bagai mana untuk cop untuk sign board untuk MBJB? | Untuk permohonan pengesahan bahasa dalam talian (online), sila layari laman web dbpsahbahasa.my kemudian daftar ID pengguna dan kata laluan. Setelah itu, boleh teruskan untuk permohonan pengesahan bahasa dan lampirkan visual iklan/papan premis perniagaan anda. Pihak tuan/puan perlu membuat pembayaran pendaftaran permohonan sebanyak RM10 untuk iklan papan premis/kain rentang/gegantung/poster/notis makluman/pelabelan/badan kenderaan dan RM30 untuk papan iklan luar/iklan tiang/iklan elektronik/digital. Proses pengesahan iklan mengambil masa antara 1 hingga 3 hari waktu bekerja. Sila rujuk panduan pengguna untuk maklumat lanjut. | Lain-lain | 01.06.2020 |
saya ingin bertanya, pada bahagian glosari dialek kelatan, terdapat fonetik yang yan bertanda petak ([]) seperti yang saya lampirkan sebagai gambar untuk entri congok. adakah bentuk tersebut dikira sebagai fonetik? minta penjelasan . terima kasih | Tanda kurung yang dimaksudkan ialah kurung suku yang digunakan untuk untuk mengapit huruf atau perkataan. Ini bukanlah simbol fonetik tetapi digunakan dalam bidang fonetik untuk mengapit huruf/kata. | Tatabahasa | 23.04.2020 |
Assalamualaikum. Setelah mengadakan perbincangan dengan pakar kewangan dalam kumpulan telegram Lariba, mereka mempersoalkan perkataan 'pinjaman' dan 'pembiayaan'. Dakwa mereka bahawa perkataan pinjaman digunakan untuk perbankan konvensional untuk memberi ansuran terhadap pinjaman. Sementara, pembiayaan digunakan untuk perbankan Islam untuk memberi ansuran pinjaman berasaskan syariah. Oleh itu, saya ingin mendapatkan penjelasan daripada pihak Dewan Bahasa dan Pustaka mengenai ketepatan istilah ini. Sekian terima kasih. | Perkataan "Pinjaman" ialah padanam daripada "loan'" yang bermaksud pinjaman dalam bentuk wang tunai. Pihak institusi kewangan memberi pinjaman sejumlah wang tunai dan pihak peminjam perlu membayar balik secara ansuran. Manakala "pembiayaan" pula padanannya "financing" ialah pinjaman bukan bentuk tunai tetapi untuk pembelian aset contohnya rumah dan kereta dan peminjam juga akan membayar secara ansuran. Terpulang kepada pihak bank untuk membezakannya terma "pinjaman" dan "pembiayaan" tersebut untuk kaedah konvensional atau islamik. | Istilah | 07.08.2019 |
Dear Tuan / Puan, Bolehkah kami mengemukakan lakaran papan iklan (untuk lesen perniagaan) untuk pengesahan melalui sistem talian ini? Atau perlu penyerahan salinan keras ke pejabat anda? Harap untuk mendapat nasihat anda. Terima kasih. Steven Tew | Untuk makluman tuan, permohonan pengesahan bahasa Melayu untuk papan tanda perniagaan / iklan perlu dibuat melalui dalam talian menerusi laman dbpsahbahasa.my atau melalui kunjungan/kaunter di Aras Bawah, Menara DBP dengan membawa dua (2) salinan visual iklan. Kaunter dibuka pada hari bekerja (Isnin hingga Jumaat) dari pukul 8.30 pagi hingga 4.30 petang. 2. Bagi mendapatkan id akses dan kata laluan, puan perlu mendaftar dahulu. Mohon rujuk tunjuk cara pendaftaran dengan mengklik panduan pendaftaran di laman dbpsahbahasa.my. Sekian. Terima kasih. | Lain-lain | 03.09.2019 |
Adakah dibolehkan memulakan ayat dengan perkataan UNTUK seperti ayat ini: Untuk markah terperinci sila rujuk borang rubrik. Adakah lebih tepat sekiranya "Sila rujuk borang rubrik untuk markah terperinci" Mohon penjelasan, terima kasih. | Ayat yang betul ialah "Sila rujuk borang rubrik untuk melihat markah terperinci" | Tatabahasa | 15.07.2019 |
BAGAIMANA KAMI HENDAK MENDAPATKAN KELULUSAN UNTUK MELETAKAN SIGNBOARD UNTUK DIPAMERKAN DILUAR BANGUNAN PKNS DILAMPIRKAN BERSAMA GAMBAR SIGNBOARD | 1. Untuk mendapatkan pengesahan bahasa visual iklan, tuan/puan boleh kemukakan permohonan melalui portal “DBP SAH BAHASA” (Sila rujuk panduan proses pengesahan melalui dalam talian, tempoh masa 3 hari bekerja). Untuk pengesahan segera, tuan/puan boleh hadir ke kaunter Pengesahan Bahasa di Lobi DBP Kuala Lumpur atau di DBP Cawangan (Sabah/ Sarawak), DBP Wilayah Selatan, DBP Wilayah Timur dan DBP Wilayah Utara. Tuan/puan perlu membawa 2 atau lebih salinan visual iklan yang hendak disahkan. Satu salinan untuk simpanan fail DBP dan salinan selebihnya dibawa PTB berkenaan. 2. Sila tambah keterangan aktiviti perniagaan dalam bahasa Melayu contohnya, PEJABAT URUSAN atau teks yang bersesuaian di bahagian paling atas sebelah kiri visual iklan. | Lain-lain | 14.01.2020 |
Kepada yang berkenaan, Saya merupakan seorang pengajar yang diberi tugasan untuk membina kurikulum baharu untuk pelajar-pelajar yang terdiri daripada pegawai-pegawai perkhidmatan luar dari Amerika yang akan berkhidmat di Kedutaan Amerika. Salah satu tugasan yang sedang saya usahakan ialah mencari pengumpulan senarai data kekerapan kata untuk Bahas Melayu. Saya amat berharap sekiranya pihak tuan dapat memberi sedikit panduan di mana saya boleh peroleh senarai data berkenaan sekiranya wujud. Kerjasama daripada pihak tuan amat saya hargai. Yang Benar, Pn. Norlidah | Untuk membantu saudari menyelesaikan persoalan tersebut, saudari boleh menghubungi Bahagian Perkamusan, Dewan Bahasa dan Pustaka melalui talian 03-2147 9175. Selain itu juga, saudari boleh mengunjungi Pusat Dokumentasi Melayu, DBP. Pusat Dokumentasi Melayu memainkan peranan sebagai sebuah pusat maklumat atau perpustakaan yang menawarkan perbahanan dalam bidang bahasa, sastera dan budaya. Jika saudari berminat untuk mendapat bahan secara pinjaman di Pusat Dokumentasi Melayu, saudari boleh mendaftar diri sebagai ahli RAKAN DEWAN. Yuran keahlian dikenakan sebanyak RM20 setahun, RM30 yuran keahlian untuk 2 tahun dan RM35 untuk 3 tahun. Dengan keahlian tersebut, saudari boleh meminjam buku dan menggunakan kemudahan di Pusat Dokumentasi Melayu. Sila datang ke Tingkat 3, Blok Podium, Menara DBP. | Lain-lain | 17.07.2019 |
Hang Jebat: Baginda menitahkan tuan hamba untuk menyediakan persalinan untuk baginda. Jawapan: Bendahara Tun Ali: Baiklah, tuan hamba. Hamba akan menyediakan persalinan untuk baginda dengan segera. 1. Adakah jawapan tersebut gramatis? 2. Bolehkah "Baiklah" digunakan dalam bahasa istana? Terima kasih | Ayat tersebut betul dan boleh digunakan. | Tatabahasa | 02.07.2019 |
Boleh saya tahu macam mana untuk saya dapatkan bahan rujukan untuk dialek contoh seperti kamus dialek. Saya memerlukan untuk dialek kelantan | Salam sejahtera, Untuk makluman, buku terbitan DBP boleh dibeli di kedai buku, wakil penjual, ujana DBP dan melalui portal DBP. Maklumat lanjut, sila hubungi talian seperti berikut: •Anjung DBP – 03 2147 9597 / 03 2147 9598 •Kompleks DBP Hulu Kelang – 03 41010028 / 019 2141956 (WhatsApp) •DBP Cawangan Sarawak – 082 227000 / 019 8768358 •DBP Cawangan Sabah – 088 439317 / 010 9425569 •DBP Wilayah Timur – 09 7414918 / 014 9180092 atau klik pautan ini : https://dbpniaga.my// untuk makluman, kamus dialek tersebut ada dalam stok seperti lampiran. Untuk rujukan, boleh disemak melalui capaian http://pustakav2.dbp.gov.my/ atau ke perpustakaan DBP, iaitu: Pusat Dokumentasi Melayu, Aras 3, Menara DBP, 50460 Kuala Lumpur. No. Tel.: 03-2147 9660 | Lain-lain | 10.03.2020 |
Assalamualaikum. Saya ingin bertanya tentang penjodoh bilangan "sebidang". Adakah sesuai untuk digunakan untuk padang? sebidang padang. | Penjodoh bilangan yang paling sesuai ialah sebuah padang. | Tatabahasa | 02.03.2020 |