Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
untuk (kata tugas)
1. Bersinonim dengan bagi: bahagian, habuan, umpuk, hak,

2. Bersinonim dengan guna: buat, bagi, bakal,

3. Bersinonim dengan sebagai: dijadikan sebagai, digunakan sebagai,

4. Bersinonim dengan supaya: agar, moga,

Kata Terbitan : memperuntukkan, peruntukan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Muhamad Hafizullah Muda Jun 1st, 10:10am Assalamualaikum. Saya ada soalan. Bagaimana ejaan yang betul untuk 'nya' yang dirujuk kepada Allah ? A- kepadanya B- kepadaNya C- kepada-Nya Muhamad Hafizullah Muda Jun 1st, 10:11am Mohon jawapan daripada pihak tuanEjaan yang betul dalam konteks yang tersebut ialah kepada-Nya.Ejaan01.06.2015
Apakah perbezaan antara makcik dan mak cik? Bagaimana hendak menulis mak cik bagi seseorang budak yang bernama Anis.( makcik Anis atau mak cik Anis atau Mak Cik Anis)? Kalau wanita itu bernama Susi, panggilan untuk nya ialah Mak Cik Susi atau Makcik Susi?

Ejaan yang betul ialah mak cik. Mak Cik Ani. Mak Cik Susi.

Ejaan12.12.2023
Dalam penulisan kreatif, adakah penggunaan "-nya" untuk merujuk kepada benda berbanding manusia dianggap tidak salah dalam bahasa Melayu?

-nya merupakan kata ganti nama diri orang ketiga dan hanya digunakan pada manusia.  Selain itu, -nya juga berfungsi sebagai kata penekan dan pembenda.

Kata penekan ialah bentuk yang memberikan penegasan kepada kata yang bergabung dengannya, seperti contoh ayat yang berikut:

  1.     Lapisan ozon sesungguhnya semakin menipis.
  2.     Pokok durian itu nampaknya akan berbuah lebat.

Kata  pembenda pula ialah bentuk yang menjadikan sesuatu perkataan yang bukan daripada kata nama sebagai kata nama, seperti contoh ayat yang berikut:

  1.     Lajunya ialah 100 km sejam.
  2.     Datangnya secara mendadak.

Oleh yang demikian, penggunaan -nya tidak boleh digunakan bagi merujuk kepada benda.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 103 - 104 dan 295 - 296.

Tatabahasa20.09.2023
Selamat pagi Saya ingin bertanyakan penggunaan huruf besar. Biasanya, kita menulis "hamba-Nya" untuk merujuk hamba Allah. Namun, bagaimana pula kalau dalam penulisan tajuk? Contoh: PENILAIAN ALLAH TERHADAP HAMBANYA ATAU PENILAIAN ALLAH TERHADAP HAMBA-NYA? Setahu saya, penggunaan hyphen tersebut adalah untuk memisahkan penggunaan huruf kecil dan besar.-nya merupakan kata ganti diri orang ketiga dan hanya digunakan pada manusia. Kata ganti nama Nya yang merujuk kepada Allah pula hendaklah dieja dengan tanda sempang dan huruf besar seperti di sisi-Nya dan kehendak-Nya. Oleh itu, sekiranya menggunakan huruf besar, ejaan yang betul ialah HAMBA-NYA.Istilah03.02.2020
Bolehkah"nya" digunakan untuk haiwan? Contohnya, Si Comel berbulu lebat. Bulunya lembut seperti kapas.-nya merupakan kata ganti diri orang ketiga. Hanya digunakan pada manusia dan Kata ganti nama Nya yang merujuk kepada Allah hendaklah dieja dengan tanda sempang dan huruf besar seperti di sisi-Nya dan kehendak-Nya.
Selain itu -nya juga berfungsi sebagai kata pembeda. Kata pembenda ialah bentuk yang menjadikan sesuatu perkataan yang bukan daripada kata nama sebagai kata nama, misalnya: lajunya - Lajunya ialah 100km sejam.
Tatabahasa30.07.2015
Assalamaualaikum, Bolehkan kata ganti nama diri ketiga -nya digunakan untuk merujuk binatang atau sesuatu selain manusia?
-nya merupakan kata ganti diri orang ketiga. Hanya digunakan pada manusia dan Kata ganti nama Nya yang merujuk kepada Allah hendaklah dieja dengan tanda sempang dan huruf besar seperti di sisi-Nya dan kehendak-Nya.
Selain itu -nya juga berfungsi sebagai kata pembeda. Kata pembenda ialah bentuk yang menjadikan sesuatu perkataan yang bukan daripada kata nama sebagai kata nama, misalnya: lajunya - Lajunya ialah 100km sejam.
Tatabahasa27.08.2012
Bagaimana eja nya untuk tuhan. contoh dengan izinNya. ada sepang ke tidak?Ejaan yang betul ialah izin-Nya.Tatabahasa05.09.2013
Cikgu, saya ingin menanyakan bahawa adakah penggunaan -nya dalam merujuk objek tidak bernyawa adalah betul atau salah? Perhatikan contoh-contoh berikut: (-nya telah ditulis dengan semua huruf besar -NYA untuk memberikan penegasan) 1. Hadiah itu untuk ibu. HargaNYA mahal. 2. Apabila ejaan perkataan itu ditukarkan, maksudNYA juga akan bertukar. 3. (Dipetik daripada Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 75) - Apabila kata majmuk menerima imbuhan yang merupakan awalan atau akhiran sahaja, ejaanNYA tetap terpisah. Pada pengetahuan saya, -nya hanya digunakan sebagai kata ganti nama ketiga untuk manusia. Apakah pandangan DBP? Saya memerlukan pandangan Dewan Bahasa dan Pustaka sebagai rujukan dalam hal ini. Terima kasih DBP.

Dalam bahasa Melayu, tidak ada ejaan semua huruf besar perkataan ‘NYAuntuk membawa penegasan. Bentuk –nya boleh hadir sebagai kata penekan dan kata pembenda. Kata penekan ialah bentuk yang memberikan penegasan kepada kata yang bergabung dengannya. Contoh dalam ayat:

Hadiah itu sesungguhnya sangat mahal.

 

Tatabahasa28.06.2014
Ayat: Siti mengutip kulit siput di tepi pantai lalu memasukkannya ke dalam beg plastik. Soalan: Apakah fungsi -nya dalam perkataan " memasukkannya"? Bukankah nya untuk kata ganti nama diri orang ketiga?Ya, betul nya merupakan kata ganti diri orang ketiga.Tatabahasa23.06.2014
Salam sejahtera. Pertanyaan saya berkaitan tentang penggunaan "nya". Adakah penggunaan nya boleh untuk merujuk kepada haiwan? Sebagai contoh ayat berikut; "Gigi ketam berada di dalam perutnya." Sekiranya tidak boleh digunakan, apakah ayat yang sesuai? Soalan kedua ialah bagaimanakah untuk menggunakan perkataan "nya". Boleh berikan contoh penggunaan ayat. Sekian, Terima kasih.
  1. Penggunaan -nya merupakan kata ganti nama diri orang ketiga dan hanya boleh digunakan pada manusia. Ayat yang lebih tepat ialah Gigi ketam berada di dalam perut.
  2. Contoh ayat yang menggunakan kata ganti nama diri orang ketiga -nya ialah, Mimi mengundang Ai Ling dan Kencana datang ke rumahnya.
    Selain sebagai kata ganti nama diri orang ketiga, perkataan -nya juga berfungsi sebagai kata penekan dan pembenda. Contoh ayat seperti yang berikut:
    Kata penekan – Lapisan ozon sesungguhnya semakin menipis.
    Kata pembenda – Lajunya ialah 100 km sejam.

 Sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga untuk mengetahui maklumat lanjut.

Tatabahasa26.07.2021
12345678910...

Kembali ke atas