Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata untuknya


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera, Adakah terdapat kesalahan dalam ayat berikut: Bapanya masih akan mengirimkan wang untuknya. Saya tidak pasti adakah perkataan "masih" dan "akan" boleh digandingkan bersama-sama. Mohon penjelasan. Bantuan tuan/puan amat dihargaiPenggunaan yang betul ialah bapanya masih mengirimkan wang untuknya dan bapanya akan mengirimkan wang untuknya. Ayat pertama menggunakan kata bantu (masih) dan ayat kedua menggunakan kata sendi nama (akan).Tatabahasa27.06.2016
Aiman sangat gembira sekali kerana ayahnya telah menghadiahkan sebuah basikal untuknya. penggunaan "sekali "dalam atay ini betul atau salah.Ayat "Aiman sangat gembira sekali kerana ayahnya telah menghadiahkan sebuah basikal untuknya" betul dan boleh digunakan.Tatabahasa29.01.2013
Tuan, Tuan, Adakah ayat-ayat di bawah ini betul? Kini, dah ada orang sediakan baju baru untuknya. Permainan terbaru di Internet? Maklum balas dari tuan sangat dihargai. Terima kasih.Ayat yang betul 1. Kini, sudah ada orang yang menyediakan baju baru untuknya.
2. Ini permainan terbaharu di Internet.
Lain-lain04.06.2020
Rumah Sin Ling mengadakan sambutan hari jadi. Ling Sing mengadakan sambutan hari jadi. Ibu bapa Sin Ling mengadakan sambutan hari jadi untuknya di rumah. Adakah ketiga-tiga ayat ini betul? Adakah budak kecil sesuai mengadakan sambutan? Terima kasih.Ayat yang betul ialah:
1) Sin Ling mengadakan sambutan hari jadi. 
2) Ibu bapa Sin Ling mengadakan sambutan hari jadi untuknya di rumah. 
Lain-lain01.10.2021
Adakah kedua-dua ayat berikut SALAH ? 1. Cikgu Shida pergi ke pejabat dengan berkereta setiap hari. 2. Adik meminta ibu untuk membeli alat mainan untuknya. (setahu saya, "untuk" yang permata bermaksud "to" dan "untuk" yang kedua bermaksud "for" Terima kasih.Cadangan ayat yang gramatis adalah seperti yang berikut: 
1. Cikgu Shida pergi ke pejabat berkereta setiap hari.
2. Adik meminta ibu membeli alat mainan untuknya.
Tatabahasa06.07.2022
Tuan. Adakah ayat ini betul? "Susu Dutch Lady. Yang terbaik untuknya, yang terbaik daripadanya". Nya itu adalah merujuk pada kanak-kanak. Adakah ayat ini betul?Dalam laras iklan, ayat tersebut boleh diterima. Walau bagaimanpun ayat tersebut mestilah berkaitan dengan visual yang dipaparkan.Tatabahasa21.10.2011
Mengapa "berterabur" atau "terabur" tiada dalam kamus walaupun penggunaannya meluas? Apakah padanan untuknya jika ia memang tak wujud?Sila rujuk kamus terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka yang terkini, iaitu Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020). Kata terabur dan kata terbitannya terakam dalam kamus ini pada halaman 2335.Makna17.10.2023
Jika seseorang itu memiliki ijazah kedoktoran dan telah menunaikan ibadat haji, apakah gelaran yang sesuai untuknya dalam sesuatu majlis. Contohnya: 1.Tuan Haji Dr. Muhammad Ramli 2. Tuan Dr. Haji Muhammad Ramli Yang manakah betul penggunaannya? Nombor 1 atau nombor 2? Gelaran yang betul ialah "Dr. Haji Muhammad Ramli". Assalamualaikum... Saya telah bertanya soalan di atas danpihak tuan telah memberikan jawapannya. Terima kasih dengan penjelasan jawapan. Soalan tambahan saya....jika ada pihak ingin juga memasukkan kata panggilan 'tuan', adakah panggilan itu seperti dalam pilihan 1 atau 2? Terima kasihPengejaan yang betul adalah seperti yang berikut "Tuan Dr. Haji Muhammad Ramli".Ejaan06.05.2015
Tuan, adakah penggunaan "baru" dalam ayat ini betul? Kini, sudah ada orang yang menyediakan baju baru untuknya.Salam sejahtera, Penggunaan perkataan baru bagi ayat tersebut adalah betul. Sekian, terima kasih.Tatabahasa06.06.2020
Assalamualaikum.... Saya nak bertanya berkaitan dengan gelaran hormat. Jika seseorang itu memiliki ijazah kedoktoran dan telah menunaikan ibadat haji, apakah gelaran yang sesuai untuknya dalam sesuatu majlis. Contohnya: 1.Tuan Haji Dr. Muhammad Ramli 2. Tuan Dr. Haji Muhammad Ramli Yang manakah betul penggunaannya? Nombor 1 atau nombor 2?Gelaran yang betul ialah "Dr. Haji Muhammad Ramli".Tatabahasa30.04.2015
12

Kembali ke atas