salam saya ingin bertanyakan maksud kepada peribahasa berikut: 1. rumah kemakmuran 2. telaga di bawah gunung | Telaga di bwah gunung bermakna perempuan yang membawa untung dan bahagia kepada suaminya. rumah kemakmuran tiada dalam rujukan kami. | Lain-lain | 14.10.2009 |
1. mengandok 2. mencarak | Mohon untuk mendapatkan contoh penggunaan mengandok. Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, mencarak membawa maksud kelihatan muncul, membuka dan melihat daun terup, meminum air dengan mencucurkannya ke mulut, memakan telur dari kulitnya, mengambil untung dengan berlebihan atau menghisap darah. | Makna | 30.08.2006 |
sukar bezakan 'mengenang',' mengenangi' dan 'mengenangkan' | Mengenang ialah mengingat (akan), memikir (akan): ia tersentak drpd ~ untung dan suratan dirinya; ~ budi mengingati budi (jasa), menghargai perbuatan baik (orang); Mengenangkan ialah 1. = mengenangi : menimbulkan kembali dlm fikiran (ingatan), membayangkan kembali serta memikirkan, mengingati (dgn perasaan tertentu spt kesedihan, kesayuan, belas kasihan, kerinduan, kegembiraan, dll): belas hatinya ~ hal si Tirim yg malang itu; fikirannya terharu ~ hidupnya di kampung dahulu; 2. membuat atau menjadikan (seseorang) teringat, mengingatkan: pertemuan dgn anaknya ~ dia akan masa yg lampau; | Tatabahasa | 18.03.2010 |
Soalan 1 Yang mana betul? a) Banyak orang membanjiri stadium itu. b) Ramai orang membanjiri stadium itu. c) Orang ramai membanjiri stadium itu. Soalan 2 Yang mana betul? a) Ikan paus itu muncul di permukaan air untuk menyedut udara. b) Ikan paus itu muncul di permukaan air demi menyedut udara. Soalan 3 Bagaimanakah hendak menggunakan istilah baharu dan baru? Tolong sertakan beberapa contoh penggunaannya Soalan 4 Yang mana betul? a) Peluh keluar dari badan melalui kulit. b) Peluh keluar daripada badan melalui kulit. Soalan 5 Gariskan atau bulatkan jawapan yang betul. Tolong berikan penjelasan untuk setiap ayat di bawah. a)Faktor utama berlakunya kecelakaan jalan raya (adalah/ialah/-) disebabkan kecuaian pengguna jalan raya. b)Hukuman itu (adalah/ialah/-) tidak benar. c)Kejayaan kem itu (adalah/ialah/-) hasil usaha semua pihak. d)Keputusan rayuan itu (adalah/ialah/-) bergantung pada bukti-bukti yang dikemukakan. e)Kolej itu (adalah/ialah/-) merupakan kolej yang paling terkenal. Soalan 6 Dalam Bahasa Melayu, imbuhan ter- dan kata penguat sekali sudah menunjukkan darjah penghabisan. Justeru hanya salah satu sahaja boleh digunakan. Namun begitu, adakah istilah "terkenal" boleh diikuti dengan perkataan sekali sedangkan istilah terkenal tidak bermaksud paling? Soalan 7 Apakah perbezaan antara istilah agar dan istilah supaya? Tolong berikan beberapa contoh ayat yang menunjukkan penggunaan kedua-dua istilah tersebut. | 1. Ketiga-tiganya betul - a) Banyak orang membanjiri stadium itu. b) Ramai orang membanjiri stadium itu. c) Orang ramai membanjiri stadium itu. 2. Yang betul - Ikan paus itu muncul di permukaan air untuk menyedut udara. 3. Baru dan baharukedua-duanya boleh digunakan, contoh ayat; Kereta baharu, Dia baru sampai dari Kuala Lumpur. 4. Yang betul - Peluh keluar daripada badan melalui kulit. 5. Yang betul - a)Faktor utama berlakunya kecelakaan jalan raya ialah kecuaian pengguna jalan raya. b)Hukuman itu tidak benar. c)Kejayaan kem itu hasil usaha semua pihak. d)Keputusan rayuan itu bergantung pada bukti-bukti yang dikemukakan. e)Kolej itu merupakan kolej yang paling terkenal. 6. Imbuhan ter- dan kata penguat sekali boleh digunakan. Oleh itu terkenal sekali boleh digunakan. 7. agar dan supaya berfungsi sebagai kata perangkai yg menerangkan maksud ayat sebelumnya, dan digunakan dalam situasi yang sama, contohnya; ia berpesan agar/supaya kami pandai-pandai membawa untung. | Tatabahasa | 18.12.2008 |
Salam sejahtera. Senaraikan 16 pola kekecualian keselarasan huruf vokal serta contoh penggunaan setiap pola pada perkataan Daripada, rajes | Keselarasan huruf vokal bermaksud keselarasan atau kesesuaian dua huruf vokal yang membentuk dua suku kata pada kata dasar, iaitu pasangan antara huruf vokal di suku kata praakhir dengan huruf vokal pada suku kata akhir tertutup. Contoh: alih, untung, tidor, lebih, dsb.. Perkataan daripada bahasa Indonesia dan bahasa Inggeris dikecualikan daripada sistem keselarasan huruf vokal. Pengejaan kata pinjaman daripada bahasa Inggeris dilakukan melalui penyesuaian huruf dengan mementingkan bentuk ejaan dan bentuk visual perkataan tersebut. Terdapat 18 pola keselarasan vokal, iaitu: 1. a-a (asah, balak) 2.a-i (alih, balik) 3. a-u (asuh, datuk) 4. e pepet - a (emas,kelam) 5.e pepet -i (lebih, betik) 6. e pepet - u (telur, tempuh) 7. e taling - a (elak, dewan) 8. e taling - e taling (leceh, gelek) 9. e taling - o (esok, telor) 10. i - a (ingat, kilang) 11. i - i (intip, sisih) 12. i - u (riuh, tidur) 13. O - a (otak, borang) 14. O - e taling (oleh, boleh) 15. O - o (obor, borong) 16. u - a (ubat, tumpang) 17. u - i (usik, kuih) 18. u - u (untuk, tunduk) Perkataan daripada bahasa Indonesia dan bahasa Inggeris dikecualikan daripada sistem keselarasan huruf vokal. Pengejaan kata pinjaman daripada bahasa Inggeris dilakukan melalui penyesuaian huruf dengan mementingkan bentuk ejaan dan bentuk visual perkataan tersebut. Kata serapan daripada bahasa Arab/Inggeris/nusantara kebiasaannya tidak mengikut pola keselarasan vokal, kata serapan ini ada pola khas untuk mengejanya. Saudara boleh merujuk buku Pedoman Umum Ejaan Rumi Bahasa Melayu (halaman 10-14). | Tatabahasa | 23.01.2013 |
Yang mana tepat i )Sumbangan diberikan bagi mengenangkan jasa perajurit atau... ii)Sumbangan diberikan bagi mengenang jasa perajurit Apakah perbezaan antara mengenangkan dengan mengenang | Sekiranya diteliti makna kedua-dua kata terbitan yang diberikan di bawah, kata "mengenang" lebih tepat untuk digunakan. Mengenang: mengingat (akan), memikir (akan): ia tersentak drpd ~ untung dan suratan dirinya; ~ budi mengingati budi (jasa), menghargai perbuatan baik (orang); Mengenangkan:1. = mengenangi menimbulkan kembali dlm fikiran (ingatan), membayangkan kembali serta memikirkan, mengingati (dgn perasaan tertentu spt kesedihan, kesayuan, belas kasihan, kerinduan, kegembiraan, dll): belas hatinya ~ hal si Tirim yg malang itu; fikirannya terharu ~ hidupnya di kampung dahulu; 2. membuat atau menjadikan (seseorang) teringat, mengingatkan: pertemuan dgn anaknya ~ dia akan masa yg lampau; | Makna | 31.07.2009 |