| who is ur mother's son? | Saudara, Diharap saudara dapat mengemukakan soalan dengan jelas. | Lain-lain | 08.08.2010 |
| Kalau mengikut persukuan , daun mempunyai dua suku kata dan dipenggalkan sebagai da-un. Bagaimana dengan perkataan 'pear'. Adakah dipenggalkan sebagai pe-ar? Bagaimana dengan perkataan 'dinosaur'. Dipenggalkan di-no-sa-ur? Betul? Saya tidak mahu penggal mengikut sebutan, saya hendak pemenggalan mengikut persukuan/ejaan. Bagaimanakah perkataan dinosaur disebut? Suku kata akhir 'saur' disebut seperti 'sa-ur' atau spt dlm bahasa Inggeris - 'sor'? | Perkataan pear mempunyai satu suku kata sahaja, iaitu pear. Manakala dinosaur pula mempunyai tiga suku kata, iaitu di-no-saur. | Lain-lain | 20.07.2010 |
| Tuan/Puan, Salam sejahtera. Mengikut jawapan yang diberikan oleh Khidmat Nasihat DBP, perkataan "ais" (a.is) dan "aib" (a.ib) ialah vokal rangkap/vokal berganding yang hadir secara berurutan dalam satu perkataan dan kedua-dua vokal itu terpisah dalam suku kata yang berlainan. Contoh lain ialah aur (a.ur). Tetapi, saya telah merujuk kepada Tatabahasa Dewan (Edisi ketiga, muka surat 301), dan dinyatakan di situ bahawa "air" mengandungi diftong "ai", manakala "perkataan "aur" pula mengandungi diftong "au". Jadi, adakah terdapat ketidakselarasan dalam penjelasan Tatabahasa Dewan pada muka surat 62 dan 301? Terima kasih. | Kami mengambil maklum berkenaan ketidakselarasan yang dinyatakan. Untuk makluman puan, kami telah merujuk Munsyi Dewan berhubung kekeliruan yang timbul berhubung dengan diftong. Menurut Munsyi Dewan, a.ir, a.ib, a.ja.ib, a.ur, ga.un, sa.uh, ko.ir, he.ro.in merupakan vokal rangkap, iaitu dua huruf vokal yang berdiri secara terasing. Untuk makluman puan juga, DBP sedang memperkemas dan menambah baik buku Tatabahasa Dewan untuk terbitan baharu. Ketidakselarasan ini diambil maklum oleh Munsyi Dewan dalam terbitan buku Tatabahasa Dewan selanjutnya. Kami menghargai pertanyaan puan untuk kebaikan bersama dalam memastikan penggunaan bahasa Melayu yang betul. | Tatabahasa | 28.01.2014 |
| Salam sejahtera, Tuan; Perkataan "kait" tergolong dalam perkataan vokal berganding atau diftong? Terima kasih. | Kait (ka.it) ialah vokal rangkap yang hadir secara berurutan dalam satu perkataan dan kedua-dua vokal itu terpisah dalam suku kata yang berlainan sama seperti ajaib (a.ja.ib) dan aur (a.ur). | Tatabahasa | 28.01.2013 |
| Mengapakah perkataan 'ais'bukan diftong? Sila batangkan suku kata perkataan 'ais'. Terima kasih. | Ais (a.is) ialah vokal rangkap yang hadir secara berurutan dalam satu perkataan dan kedua-dua vokal itu terpisah dalam suku kata yang berlainan. Contoh lain ialah aur (a.ur). | Ejaan | 08.03.2013 |
| Tuan/Puan, Salam sejahtera. Saya ingin bertanya tentang perkataan yang mempunyai pola V+VK (kata tunggal dua suku kata): ais, aib. Adakah kedua-dua perkataan "ais" dan "aib" merupakan perkataan yang mengandungi diftong atau vokal berganding? Terima kasih. | Ais (a.is) dan aib (a.ib) ialah vokal rangkap/vokal berganding yang hadir secara berurutan dalam satu perkataan dan kedua-dua vokal itu terpisah dalam suku kata yang berlainan. Contoh lain ialah aur (a.ur). | Tatabahasa | 28.01.2014 |