Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. = pejabat ~ pejabat yg bertang-gungjawab tentang kerja-kerja kesetiausahaan, perkeranian, dan pentadbiran sesebuah badan perundangan, majlis atau pertubuhan antara-bangsa, sekretariat; 2. kakitangan pejabat urus setia, sekretariat; 3. bangunan atau bilik tempat pejabat urus setia ditempatkan, sekretariat; berurus setia mempunyai urus setia (sekretariat); keurusetiaan (segala hal) yg berkaitan dgn tugas, fungsi, aktiviti dsb urus setia: utk mem-bincangkan dan menyelaraskan hal-hal yg berkaitan dgn ~ sidang MABBIM yg akan datang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : pejabat atau pegawai yg mengendalikan hal-hal pentadbiran (spt kesetiausahaan, perkeranian dsb) sesebuah jabatan atau badan yg besar: ~ Dewan Bandaraya. keurussetiaan segala hal yg berkaitan dgn tugas, fungsi, aktiviti dsb urus setia. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
urus
Kata Terbitan : berurus, menguruskan, terurus, urusan, berurusan, pengurusan, pengurus,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Mohon penjelasan lebih lanjut: Contoh: Majlis dimulakan dengan sesi suai kenal. Tapi kalau dalam brosur dan digunakan sebagai sub topik: Sesi Suai Kenal Begitu juga dengan Urus Setia/Urus setia Dalam ayat: En. Mazlan yang bertindak sebagai urus setia... Sub topik dalam brosur: Urus Setia Seminar Terima kasih.Penjelasan yang diberikan oleh puan adalah betul. Sekiranya dalam penulisan ayat, suai kenal ditulis dengan huruf kecil seperti ayat "Majlis dimulakan dengan sesi suai kenal" manakala "Sesi Suai Kenal"  boleh digunakan bagi subtopik atau tajuk dalam penulisan.Tatabahasa12.12.2013
Ejaan Urus setia adalah terpisah. Kenapa bila mengeja Urus setia, mesti U dan S mesti huruf besar? Sebab Urus setia adalah gabungan yang berpisah dari 'urusetia' maka, 'setia' saya rasa wajar jika menggunakan huruf kecil pada S, seperti ejaan bandar raya; Bandar raya Melaka. Mohon komen tuan munsyi jugaPerkataan urus setia ialah kata nama am dan dieja dengan huruf kecil. Perkataan bandar raya juga kata nama am dan dieja dengan huruf kecil kecuali perkataan tersebut hadir dalam frasa kata nama khas seperti Bandar Raya Melaka Bersejarah.Ejaan01.03.2012
Di antara ejaan "Urus Setia" dan "Urusetia", yang manakah sepatutnya digunakan di dalam nama sesebuah organisasi seperti, "Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa"? Adakah sepatutnya perkataan Urusetia pada nama agensi tersebut dieja sebagai "Urus Setia" (jarak) yang akan menjadikannya "Bahagian Istiadat dan Urus Setia Persidangan Antarabangsa" atau boleh dieja sebagai "Urusetia" (tanpa jarak) yang menjadikannya "Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa"?Ejaan yang betul ialah Urus Setia.   "Bahagian Istiadat dan Urus Setia Persidangan Antarabangsa"Ejaan22.04.2021
KATA MAJMUK BERKAITAN "URUS SETIA"Urus setia perlu dieja dengan dua perkataan.Istilah15.02.2009
Yang Mana satu betul:- 1. Lantikan Sebagai Jurulatih Utama dan Urus Setia Program. atau 2. Lantikkan Sebagai Jurulatih Utama dan Urus Setia Program. - Mohon beri panduan berkaitan ejaan perkataan "Lantikan' atau "Lantikkan" Terima kasih.

Lantikan bermaksud tindakan melantik, iaitu mengangkat seseorang untuk memegang sesuatu jawatan dan tidak ada kata lantikkan kecuali apabila kita menggunakannya dalam ayat perintah. Satu lagi kata terbitan ialah pelantikan yang merujuk perihal melantik. Oleh itu, penggunaan yang paling tepat ialah "Pelantikan sebagai Jurulatih Utama dan Urus Setia Program".

Tatabahasa17.07.2011
PENGGUNAAN PERKATAAN URUS SETIA DAN DIURUSSETIAKAN ATAU DIURUSETIAKAN SERTA CONTOH AYAT
Ejaan yang betul ialah urus setia dan diurussetiakan. 

Contoh ayat:

Peserta boleh menghubungi urus setia bagi mendapatkan maklumat awal mengenai pertandingan tersebut.  

Mesyuarat diurussetiakan oleh Unit Kajian Media, Bahagian Promosi dan Hubungan Antarabangsa. 
Tatabahasa16.10.2020
Yang manakah betul? 1. Suai Kenal atau Suai kenal? 2. Mereka Bentuk atau Mereka bentuk? 3. Urus Setia atau Urus setia?Kata majmuk dieja dengan huruf kecil. Jika di pangkal ayat, huruf pertama hendaklah dieja dengan huruf besar.Ejaan10.12.2013
Salam, Saya ingin bertanya. Ejaan urus setia dekat atau jauh?Ejaan yang betul ialah urus setia.Ejaan15.02.2013
Antara ejaan "urusetia" atau "urus setia" yang mana satu betul?Boleh jelaskan? Terima kasih.Ejaan yang betul ialah urus setia.Ejaan15.07.2014
ATURCARA @ ATUR CARA - MANA YANG BETUL URUSETIA @ URUS SETIA - MANA YANG BETULEjaan yang betul ialah atur cara dan urus setia (ejaan dijarakkan). Sila rujuk kamus terbitan DBP yang terkini iaitu Kamus Dewan Perdana (DBP,2020).Ejaan12.09.2023
12345678

Kembali ke atas