Terima kasih atas jawapan untuk soalan tempoh hari.....masih lagi istilah compelling atau menarik ini....untuk pola kebergunaan iaitu usability manakala untuk istilah kebermenarikan ......bolehkah digunakan untuk mewakili kata dasar ayat compelling ini | Tidak ada contoh penggunaan kata "kebermenarikan" dalam data kami dan pembentukan kata ini juga agak janggal. Mengambil contoh perkataan "kebergunaan", terbit daripada akar kata guna, mendapat awalan beR- menjadi berguna dan menerima pula apitan ke-...-an. Dalam bahasa Melayu, tidak wujud apitan kebeR-...-an untuk menghasilkan bentuk kata seperti kebermenarikan. | Penyemakan dan penterjemahan | 10.11.2014 |
Istilah compelling yang diberi menambat hati dalam carian kata....adakah satu lagi istilah yang lebih mantap untuk satu perkataan yang menggambarkan istilah COMPELLING contohnya usability = kebolehgunaan | Berdasarkan data yang ada compelling diterjemahkan kepada menambat perhatian atau mendorong. Jika kedua-dua terjemahan ini kurang tepat, sila kemukakan conteks penggunaan kata tersebut untuk kami mencari padanan yang sesuai. | Penyemakan dan penterjemahan | 04.08.2014 |
Terima kasih atas pertolongan tuan/puan. Saya perlukan penterjemahan dalam Bahasa Melayu untuk perkataan-perkataan Bahasa Inggeris dibawah: • Reasoning • querying technique • semantic browsing and searching • visualizing • transitive relations • presenting • adopted • controlled experiment • usability study • dependent variables • correctness • source code • improved Terima kasih atas panduan tuan/puan. | Padanan bagi reasoning ialah taakulan atau penaakulan, bergantung pada konteks penggunaan kata tersebut dalam ayat. Sila gunakan enjin carian yang telah disediakan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), iaitu Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM). PRPM merupakan kemudahan yang disediakan oleh DBP untuk pengguna membuat rujukan, mendapatkan makna kata, istilah, peribahasa dan sebagainya. Sila layari http://prpm.dbp.gov.my dan memasukkan maklumat yang ingin dicari dalam ruang yang disediakan dan klik "cari”. | Makna | 26.11.2014 |