Tuan, Saya telah menyemak maksud perkataan 'usah' dalam Kamus Dewan. Usah mendukung dua maksud [1] perlu dan [2] Jangan. Dalam ayat contoh yang dikemukakan Tak usah kita mengungkit-ungkitkan hal yang lalu. Soalnya, bolehkah saya menggunakan perkataan usah tanpa perkataan 'tak ' di depannya. Kita usah menjaga kebersihan badan sepanjang masa. [Kalaulah usah mendukung maksud perlu - adakah ayat ini gramatis?] Saya agak keliru kalau usah bermaksud perlu, mengapakah maksud yang kedua pula jangan - seolah-olah berkontradiksi. Cuba tuan berikan tunjuk ajar. Sekian terima kasih. Daripada, Pencinta Bahasa | Encik Chan, Dalam ayat pertama perkataan 'tak' perlu digunakan kerana tanpa perkataan tersebut membawa maksud yang lain, bukan bermaksud perlu atau jangan. Dalam ayat kedua perkataan 'usah' boleh digantikan dengan perkataan tetapi bukan perkataan 'jangan'. | Tatabahasa | 04.06.2010 |
apakah perbezaan antara "usah" dengan "jangan"? saya pernah dengar penjelasan yang mengatakan "usah" digunakan untuk memujuk atau dengan suara yang lembut manakala "jangan" digunakan dalam situasi yang lebih tegas. contohnya - Usah menangis lagi. - Jangan bermain di situ! | Ayat larangan ialah ayat yang menggunakan kata larangan seperti jangan, usah, atau tak usah sebelum kata kerja dengan tujuan menegah seseorang melakukan sesuatu. Penjelasan tuan untuk membezakan penggunaan "usah" dan "jangan" betul. | Tatabahasa | 08.07.2013 |
Cikgu, kata kerja dalam ayat larangan juga harus diimbuhkan dengan akhiran -kan atau menggunakan kata dasar? Contoh: 1. Jangan main di sini atau Jangan bermain di sini 2. Usah pedulikan dia atau Usah peduli dia | Lihat buku Tatabahasa Dewan, halaman 450, contoh ayat larangan: (a) Jangan ambil harta orang. (b) Kamu jangan beritahu dia. (c) Usah kaupedulikan dia. | Tatabahasa | 13.05.2014 |
1. Apakah beza antara 'jangan' dengan 'usah'? 2. Apakah beza antara 'sila' dengan 'jemput'? 3. Apakah beza antara 'harap' dengan 'tolong'? | 1. Kata usah membawa beberapa maksud antaranya jangan. Oleh itu, jangan dan usah sama sahaja maksudnya. 2. Sila (silalah), jemput (jemputlah) dan satu lagi sudi (sudilah) sama sahaja maksudnya iaitu minta dengan hormat. 3. Harap (haraplah) bermaksud hendaklah, mintalah, pohonlah; dan tolong bermaksud bantu. Untuk lebih memahami perkatan ini dan perkataan yang lain juga sila rujuk Kamus atau layari laman web DBP di www.prpm.dbp.gov.my. | Tatabahasa | 16.12.2010 |
Apakah perbezaan perkataan 'jangan' dengan 'usah'? | Perbezaan makna perkataan bahasa Melayu boleh diperoleh melalui carian dalam kamus terbitan DBP, iaitu Kamus Dewan Edisi Keempat, dan Kamus Pelajar. Atau anda boleh layari usah">http://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=usah untuk makna kata usah dan http://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=jangan untuk makna kata jangan. Untuk makluman anda, perbezaan makna perkataan boleh dikenal pasti dalam konteks penggunaan iaitu, dengan melihat kolokasi kata selepas dan sebelum kata jangan atau usah. | Makna | 15.05.2017 |
Apakah perbezaan antara 1. "sila" dengan "jemput" 2. "Jangan" dengan "usah" | Sila bermaksud meminta dengan hormat. Jemput bermaksud mengajak atau menyilakan datang. Jangan dan usah ialah kata larangan yang bermaksud tidak boleh. | Makna | 16.12.2013 |
Puan, tolong semak betulkan ayat-ayat berikut (jika terdapat sebarang kesalahan): 1. "Usah dimarahi dia kerana dia hanya mahu bergurau dengan kamu," kata ibu kepada abang. 2. Tumpuan orang ramai terhadapnya setiap kali dia menyampaikan ucapan. 3. Kata-kata yang diungkapkan oleh Amira itu meningkatkan kemarahan Hana. 4. Ulasan itu akan disampaikannya sendiri kepada pihak pengurusan. 5. Akhirnya dia menemukan jejaka pilihan hatinya. 6. Bekas Perdana Menteri Jepun telah mengakhirkan hayatnya baru-baru ini. Terima kasih. | 1. "Usah dimarahi dia kerana dia hanya mahu bergurau dengan kamu," kata ibu kepada abang. 2. Tumpuan orang ramai diberikan terhadapnya setiap kali dia menyampaikan ucapan. 3. Kata-kata yang diungkapkan oleh Amira itu menaikkan kemarahan Hana. 4. Ulasan itu akan disampaikannya sendiri kepada pihak pengurusan. 5. Akhirnya dia menemukan jejaka pilihan hatinya. 6. Bekas Perdana Menteri Jepun telah mengakhirkan hayatnya baru-baru ini. - Ayat ini salah, sila pilih penggunaan kata yang tepat dalam konteks ayat tersebut | Tatabahasa | 20.02.2013 |
1)Mereka memberitahu kami bahawa peraturan itu telah dikuatkuasakan mulai penggal pertama persekolahan. 2)Rajesh membuat laporan tentang kejadian itu kepada pihak pengawal. 3)Usah melonggarkan hubungan persahabatan kita yang telah lama terjalin. Tolong betulkan.Terima kasih. | 1. Mereka memberitahu kami bahawa peraturan itu berkuat kuasa mulai penggal pertama persekolahan. 2. Rajesh membuat laporan tentang kejadian itu kepada pihak pengawal. 3. Usah longgarkan hubungan persahabatan kita yang telah lama terjalin. | Tatabahasa | 16.07.2012 |
Nak eja bagaimana perkataan seperti di bawah? Bagaimanakah atau bagaimana kah? Usahlah atau usah lah? Tandakan atau tanda kan? Jika dulu dieja dekat, tetapi sekarang Dewan Eja akan merahkan tanda salah. | Saudari, cara penulisan yang tepat adalah "bagaimanakah, usahlah dan tandakan." Kami memohon maaf atas kekeliruan yang dihadapi. | Tatabahasa | 02.08.2012 |
maksud perkataan berbeli dan kegunaannya | Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, berbeli ialah dapat) dibeli, (dapat) dibayar, terbayar: ikan juga tidak pernah ~; ambil sajalah, tak usah ~;. Untuk keterangan lanjt, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat. | Tatabahasa | 12.01.2009 |