ejaan yang betul usahasama atau usaha sama | Ejaan yang betul ialah usaha sama. | Ejaan | 20.07.2012 |
joint-venture | usaha sama | Makna | 16.04.2007 |
apakah perbezaan maksud istilah kolaborasi dengan kolaboratif. Perkataan manakah yang paling sesuai digunakan dalam makna kerjasama | Kolaborasi ialah kata nama yang bermaksud kerjasama dan kolaboratif ialah kata adjektif yang bermaksud usaha sama. | Makna | 18.04.2013 |
apakah maksud sinergi? | Merujuk Kamus Dewan, sinergi bermaksud tindakan bersama dua atau lebih ubat, otot, dll utk menghasilkan tindakan paduan yg lebih berkesan drpd tindakan bahan tersebut secara berasingan; usaha sama antara individu atau organisasi yg hasilnya lebih baik berbanding jika dibuat secara sendirian. | Makna | 22.02.2013 |
maksud memorandum? | Menurut AKmus Dewan, memorandum merujuk kepada dokumen yg merakamkan syarat-syarat perjanjian, pembentukan syarikat, atau persefahaman suatu bentuk perjanjian bertulis antara dua pihak (organisasi, institusi, negara dsb) utk melaksanakan sesuatu projek (penyelidikan dsb) usaha sama yg tidak melibatkan implikasi undang-undang. Memorandum juga ditakrifkan sebagai nota ringkas tentang sesuatu perkara atau edaran dalaman. | Makna | 29.09.2007 |
apakah maksud 'sinergi'?? terima kasih | Merujuk Kamus Dewan, sinergi bermaksud 1. tindakan bersama dua atau lebih ubat, otot, dll utk menghasilkan tindakan paduan yg lebih berkesan drpd tindakan bahan tersebut secara berasingan; 2. usaha sama antara individu atau organisasi yg hasilnya lebih baik berbanding jika dibuat secara sendirian. | Makna | 01.04.2010 |
Salam sejahtera, Bolehkah saya dapatkan contoh format Memorandum Persefahaman? Terima kasih. | Memorandum Persefahaman merujuk kepada dokumen yang merakamkan syarat-syarat perjanjian, pembentukan syarikat, atau persefahaman suatu bentuk perjanjian bertulis antara dua pihak (organisasi, institusi, negara dsb) utk melaksanakan sesuatu projek (penyelidikan dsb) usaha sama yang tidak melibatkan implikasi undang-undang. Tidak ada contoh/format Memorandum Persefahaman dalam sumber rujukan kami. Lazimnya Memorandum Persefahaman ini dianggap sulit oleh sesebuah organisasi dan tidak dipaparkan kepada awam. | Lain-lain | 11.04.2011 |
askm / slm sejhtera... ada tak perkataan yg ringkas tetapi padat - 'kerjasama drpd 2 benda atau lebih utk menghasilkan gabungan kesan yg lebih besar drpad kesan yg di asingkan'. jika enggeris 'synergy' tp saya nk dlm bhsa melyu... ada cadangan atau bagimana..? jwpnya... harap dpt lebih cepat lebih baik.. trima kasih fieda abas | Sinergi bermaksud usaha sama antara individu atau organisasi yg hasilnya lebih baik berbanding jika dibuat secara sendirian. Tetapi jika merujuk kepada benda, perkataan sinergi mungkin kurang sesuai. Dicadangkan perkataan sinergi diganti dengan ''gabungan' atau 'penyatuan' atau 'percantuman'. | Tatabahasa | 16.03.2009 |
Assalamualaikum. Adakah boleh kita gunakan perkataan memorandam selain daripada memorandum | Waalaikummussalam saudara Nizam, Menurut Kamus Dewan, memorandum merujuk kepada dokumen yg merakamkan syarat-syarat perjanjian, pembentukan syarikat, atau persefahaman suatu bentuk perjanjian bertulis antara dua pihak (organisasi, institusi, negara dsb) utk melaksanakan sesuatu projek (penyelidikan dsb) usaha sama yg tidak melibatkan implikasi undang-undang. Memorandum juga ditakrifkan sebagai nota ringkas tentang sesuatu perkara atau edaran dalaman. Tidak terdapatnya perkataan memorandam dalam maklumat kami. | Ejaan | 01.10.2012 |
Persatuan Alumni Institut Pertanian Sabah yang baru ditubuhkan ingin mendapat pengesahan mengenai penggunaan bahasa dalam "moto persatuan" dan juga "matlamat persatuan" yang telah dicadangkan. moto persatuan :- " BERWAWASAN, BERWIBAWA DAN BERWAJA" matlamat Persatuan :- 1. menaikan martabad dan imej Institut Pertanian Sabah. 2. meningkatkan taraf hidup sosial & ekonomi bekas-bekas pelajar Institut Pertanian Sabah 3. mengujudkan kemuafakatan & usahasama dikalangan bekas-bekas pelajar | Moto yang dikemukakan boleh digunakan. Matlamat : 1. Menaikkan martabat dan imej Institut Pertanian Sabah 2. Meningkatkan taraf hidup sosial dan ekonomi bekas pelajar Institut Pertanian Sabah 3. Mewujudkan semangat kemuafakatan dan usaha sama dalam kalangan bekas pelajar, | Tatabahasa | 27.03.2008 |