Saya ingin bertanyakan istilah 'usaha sama'. Saya dapati ada ejaan 'usahasama' dan 'usahasama' dalam PRPM. Bolehkah tuan/puan terangkan apa makna setiap satunya dan apakah bezanya? Terima kasih. | Ejaan yang betul ialah 'usaha sama' dua perkataan yang membawa makna perusahaan (perniagaan dsb) yang diusahakan oleh dua atau beberapa orang pengusaha dengan berkongsi modal dan sebagainya. Dalam istilah sememangnya ada ejaan usahasama satu perkataan tetapi data tersebut merupakan data lama yang belum lagi dikemas kini. | Ejaan | 05.10.2019 |
usahasama | Sila kemukakan soalan tuan dengan jelas. Untuk menyemak ejaan, tuan boleh memanfaatkan kemudahan yang disediakan melalui laman kami www.prpm.dbp.gov.my. | Lain-lain | 10.10.2015 |
ejaan yang betul usahasama atau usaha sama | Ejaan yang betul ialah usaha sama. | Ejaan | 20.07.2012 |
Assalamualaikum Sekiranya saya ingin menganjurkan kursus/bengkel dengan usahasama pihak DBP (Penceramah/Moderator), apakah kos yang diperlukan atau pihak DPB dapat memberikan secara percuma dan pihak saya menyediakan tempat serta makan minum peserta. Terima Kasih. | KURSUS DI AKADEMI DBP Untuk makluman permohonan berkaitan kursus DBP bolehlah dialamatkan kepada: Ketua Akademi DBP, Dewan Bahasa dan Pustaka, Aras 4, Wisma DBP, 50460 Kuala Lumpur. Sebarang pertanyaan lanjut bolehlah menghubungi: Laman sesawang: http://akademi.dbp.my/ Nombor telefon: 03-2147 0220/0230 Faksimile: 03-2147-0231 E-mel: akademi@dbp.gov.my | Lain-lain | 18.04.2022 |
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Saya ingin bertanya beberapa soalan. Pertama, adakah buku-buku rujukan bahasa Melayu (ebook) untuk para pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah ada dalam pustaka digital?. Kedua, setuju atau tidak sekiranya ada pihak tertentu yg ingin menjalinkan usahasama dgn pihak DBP berkaitan bahan rujukan para pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah terbitan DBP seperti tatabahasa dewan dan apa-apa bahan terbitan DBP yang berkaitan dgn golongan sasar tersebut dilanggan oleh pihak tersebut dalam bentuk ebook bagi dimuatkan dalam perpustakaan digital/maya/dalam taliannya?. Ketiga, sekiranya usahasama tersebut terjadi, berapakah anggaran harga langganan bagi tujuan tersebut? Sekian. | Kami mencadangkan pihak tuan berhubung terus dengan Bahagian Harta Intelek melalui Ketua Bahagian, Puan Hajah Kamariah binti Yusof melalui talian 03-21479000 atau e-mel kamari2@dbp.gov.my. | Lain-lain | 27.06.2015 |
Persatuan Alumni Institut Pertanian Sabah yang baru ditubuhkan ingin mendapat pengesahan mengenai penggunaan bahasa dalam "moto persatuan" dan juga "matlamat persatuan" yang telah dicadangkan. moto persatuan :- " BERWAWASAN, BERWIBAWA DAN BERWAJA" matlamat Persatuan :- 1. menaikan martabad dan imej Institut Pertanian Sabah. 2. meningkatkan taraf hidup sosial & ekonomi bekas-bekas pelajar Institut Pertanian Sabah 3. mengujudkan kemuafakatan & usahasama dikalangan bekas-bekas pelajar | Moto yang dikemukakan boleh digunakan. Matlamat : 1. Menaikkan martabat dan imej Institut Pertanian Sabah 2. Meningkatkan taraf hidup sosial dan ekonomi bekas pelajar Institut Pertanian Sabah 3. Mewujudkan semangat kemuafakatan dan usaha sama dalam kalangan bekas pelajar, | Tatabahasa | 27.03.2008 |
Salam hormat. Saya Muhaimin Hamzah mewakili Kelab Penulisan Irbid (KPI), Jordan ingin meminta khidmat nasihat daripada pihak DBP berkaitan kerja-kerja penterjemahan karya. Sukacitanya dimaklumkan bahawa kami ingin menterjemah karya Ali Majod bertajuk 'The Pencil', yang pernah dijadikan silibus sastera Inggeris KBSM satu masa dulu, ke bahasa Arab. Ini adalah kerana kami melihat, garapan yang ringkas tetapi memukau oleh penulis (dan penterjemah bahasa Inggeris) mampu mengetengahkan persoalan yang penting: fasal menjatuhkan hukuman. Projek ini adalah usahasama dengan 'Malaysian Arabian Cultural Society' (MACS) yang bertekad membina jambatan budaya antara dua bangsa. Maka di sini ada beberapa persoalan: 1. Apakah prosedur sebenar untuk hak-hak legal dalam penterjemahan? 2. Adakah kami perlu membayar apa-apa pampasan? Karya terjemahan ini bukanlah untuk keuntungan tetapi lebih kepada siaraya. 3. Bagaimanakah kami boleh mendapatkan manuskrip asal 'Pensel Sebatang'? Di internet tiada fail yang berkenaan melainkan 'The Pencil' sahaja. Terima kasih. Muhaimin FB KPI: https://www.facebook.com/kelab.penulisan?fref=ts FB MACS: https://www.facebook.com/malaysianarabianculturalsociety | Untuk makluman, DBP tidak membuat perkhidmatan penterjemahan bahasa Inggeris atau sebagainya. Sila hubungi ITBM 03-41451800 atau PPM, Persatuan Penterjemahan Malaysia 03-21442506. | Lain-lain | 31.10.2014 |
SOALAN: Betulkah terjemahan ini? An arbitral tribunal appointed by Malaysia and Singapore has decided that a joint investment company of the two countries will not be conditionally liable to pay development charges on the former Malayan Railway parcels of land in Keppel, Kranji and Woodlands. In January 2012, Singapore and Malaysia entered into an agreement, submitting the issue to final and binding arbitration. The Permanent Court of Arbitration acted as registry in this arbitration. (TERJEMAHANNYA) Tribunal timbang tara yang dilantik Malaysia dan Singapura telah memutuskan sebuah syarikat usahasama pelaburan kedua-dua negara tidak akan bertanggungjawab secara bersyarat membayar caj pembangunan bekas tiga keping tanah milik Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) di Keppel, Kranji dan Woodlands. Pada Januari 2012, Singapura dan Malaysia melaksanakan perjanjian, mengusulkan isu itu ke Mahkamah Timbang Tara sebagai usaha terakhir dan muktamad. Mahkamah Tetap Timbang Tara bertindak selaku pendaftaran dalam timbang tara itu. | Tribunal timbang tara yang dilantik oleh Malaysia dan Singapura telah memutuskan bahawa syarikat pelaburan bersama kedua-dua negara tidak akan bertanggungjawab secara bersyarat membayar caj pembangunan atas tanah bekas milik Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) di Keppel, Kranji dan Woodlands. Pada Januari 2012, Singapura dan Malaysia melaksanakan perjanjian dan mengusulkan isu kepada Mahkamah Timbang Tara sebagai usaha terakhir dan muktamad. Mahkamah Tetap Timbang Tara bertindak selaku pendaftaran dalam timbang tara itu. Penyemakan penggunaan bahasa ini mengambil kira aspek bahasa, sila pastikan makna dalam bahasa Melayu sama dengan makna dalam bahasa Inggeris. Sila pastikan isu diusulkan kepada pihak yang betul, sama ada kepada Mahkamah Timbang Tara atau Tribunal Timbang Tara. | Penyemakan dan penterjemahan | 11.11.2014 |