Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[u.sap] | اوسڤ

Definisi : ; mengusap 1. menyapu (menyeka) supaya kering, menghapuskan: air matanya masih kelihatan bergenang di kelopak mata-nya, tidak diusap; 2. = mengusapi meng-gosok perlahan-lahan, membelai, mengelus-elus: suamiku menyambut pemberian anak sulung kami sambil ~ pipinya; perlahan-lahan tangannya mengusapi dahi Karim; ~ dada ki menggosok-gosok dada kerana kecewa dll; 3. melumas (dgn cat dll), menyapu (dgn cat dll), menyelaputi: ~ keris dgn pamor. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[u.sap] | اوسڤ

Definisi : ; mengusap 1 menyapu supaya kering; mengesat: Ia ~ air matanya dgn lengan bajunya. 2 menggosok perlahan-lahan dgn tangan; mengelus-elus; membelai: Ibu itu ~ kepala anaknya yg sedang sakit. mengusapkan menyapukan sesuatu pd: Dukun ~ air yg telah dijampi itu ke muka orang yg sedang sakit. usapan hasil mengusap; gosokan yg perlahan-lahan; belaian dgn tangan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
usap
Kata Terbitan : mengusap,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
adakah perkataan 'sapu-menyapu' boleh digunakan sebagai kata ganda?Perkataan sapu-menyapu tidak boleh digunakan sebagai kata ganda. Kata ganda yang betul ialah menyapu-nyapu yang membawa maksud mengesat-ngesat, menggosok-gosok, mengusap-usap.Tatabahasa07.02.2013
MAKNA BAGI PERKATAAN MENYAPU DAN MENYIRAM.

Makna bagi perkataan menyapu ialah 1. membersihkan lantai dgn sapu, 2. mengesat, menghapuskan, mengusap, 3. menyapunyapu, mengesat-ngesat, menggosok-gosok, mengusap-usap, 4. mencecah ke (kerana terlalu tinggi), 5. melumas (dgn cat, kapur, dll): 6. melumur (bedak ke muka dll), 7. bp melenyapkan sama sekali (wang dll), mengambil habis, mengambil (memperoleh, memenangi, dsb) kesemuanya.              Menyiram pula ialah 1. mencurahkan air dll pd, mendirus, menjirus 2. menjirus dgn air dll (supaya bersih). Namun penggunaan kata ini dalam ayat adalah bergantung pada penggunaan konteks dan situasi.

Makna02.02.2010
betulkan pemahaman saya mengenai istilah berasa dan merasa berasa ialah sesuatu perasaan terhadap benda atau perkara (sesuatu yang dirasai daripada tubuh badan) merasa pula ialah sesuatu perbuatan dengan menggunakan anggota badan

Berasa dan merasa terbit daripada kata rasa. Kedua-dua perkataan ini digunakan dalam konteks ayat yang berbeza. Dengan merujuk kamus, pengguna akan dapat memahami makna sesuatu perkataan dan dapat menggunakan sesuatu perkataan dengan betul. Dalam Kamus Dewan Perdana (KDP:1826):

 

Makna berasa yang pertama ialah mempunyai rasa dalam hati seperti takut, sedih dan gembira. Contoh ayat: Salina berasa kasihan melihat kucing itu dan mengusap-usap kepalanya.

Makna berasa yang kedua ialah mempunyai rasa tertentu yang dapat dikesan oleh lidah seperti manis, pedas dan sedap. Contoh ayat: Kopi ini berasa pahit kerana sedikit sangat gulanya.

Makna berasa yang ketiga ialah berada dalam keadaan hairan, sedih, insaf dan sebagainya dalam hati. Contoh ayat: Dia berasa hairan melihat kelakuan majikannya yang tiba-tiba sahaja marah-marah tidak tentu pasal.

 

Makna merasa yang pertama ialah mengecap untuk mengetahui (rasa makanan, minuman dan sebagainya) dengan lidah. Contoh ayat: Ibu hendak merasa kuih yang saya buat.

Makna merasa yang kedua ialah mengalami (rasa panas, sakit dan lain-lain) pada tubuh. Contoh ayat: Seluruh tubuhnya merasa gatal-gatal krn dilekati miang rumput ketika terjatuh di tepi longkang.

Makna merasa yang ketiga ialah meraba atau menjamah (sesuatu) dengan tangan atau kaki. Contoh ayat: Dia memegang tanganku dan merasa denyut nadi.

 

Kamus boleh dijadikan panduan atau rujukan bagi memastikan sesuatu perkataan yang digunakan betul.

Makna05.05.2025

Kembali ke atas