Bagaimana kita menterjemahan Terminology used in bending of metal sheet/plate dalam bahasa melayu seperti berikut: Bend length Bend allowance Setback Bend angle Bend radius Bevel angle | Istilah bahasa Melayu yan g dicadangkan adalah seperti yang berikut: bend length - panjang lentur bend allowance - basi lentur setback bend - lentur ke belakang/lentur belakang angle bend - lentur sudut radius - radius bevel angle - sudut serong | Istilah | 29.02.2016 |
Hello, I would like to ask if there's a new word / term that we want to register to be used in all our advertising materials, how do we do it? How do I proceed with submission or request ? The term that we are looking at is "Slofie" which is created by our partners in USA. I understand that "Swafoto" is being used for "Selfie" and it was registered officially in DBP. Please let me know. Thanks. | Tuan, sila kemukakan cadangan tuan melalui link di bawah. Walau bagaimanapun, untuk mengemukakan cadangan, tuan perlu mendaftar terlebih dahulu. http://ekamus.dbp.gov.my/DaftarKata.aspx | Istilah | 20.09.2019 |
Assalamualaikum, Adakah terjemahan berikut tepat? TS: Solenoid valves are used to control the flow in pneumatic and hydraulic circuits. TSS: Injap solenoid digunakan untuk mengawal aliran dalam litar pneumatik dan hidraulik. flow=aliran atau pengaliran? dalam litar atau di dalam litar? Terima kasih | Terjemahan yang betul ialah Injap solenoid digunakan untuk mengawal aliran dalam litar pneumatik dan hidraulik. | Penyemakan dan penterjemahan | 31.12.2015 |
Apakah padanan yang sesuai untuk perkataan "Cowabunga" yang merujuk kepada used to express delight or satisfaction. Terima kasih | Tidak ada terjemahan cowabunga dalam sumber rujukan kami. Cowabunga ialah perkataan baharu yang dicadangkan. Berdasarkan huraian maksudnya cowabunga boleh diterjemahkan kepada ungkapan (dalam bentuk ucapan) atau gambaran (dalam bentuk bahasa badan) kegembiraan atau kepuasan. | Penyemakan dan penterjemahan | 06.11.2017 |
Are there any Kamus Dewan providing source languages of foreign terms used in Bahasa Malaysia? | Sila kemukakan pertanyaan dalam bahasa Melayu. Untuk makluman saudara, Kamus Dewan merupakan kamus ekabahasa (bahasa Melayu - bahasa Melayu) dan perkataan yang diambil daripada bahasa asing dilabelkan dalam entri kata tersebut seperti prima facie dilabelkan sebagai Latin, iaitu istilah khusus yang diambil daripada bahasa Latin. | Lain-lain | 11.06.2012 |
Apakah padanan yang sesuai untuk bridge yang merujuk kepada Lyrically, the bridge is typically used to pause and reflect on the earlier portions of the song or to prepare the listener for the climax. Jambatan lagu? Terima kasih | Tiada makna khusus bagi bridge dalam konteks berkenaan. Berdasarkan pemahaman kami, bridge dalam situasi tersebut seolah-olah jeda bagi rangkap seterusnya. | Penyemakan dan penterjemahan | 10.10.2017 |
Perkataan yang sesuai untuk 'swingarm' dalam Bahasa Melayu. contoh ayat dalam Bahasa Inggeris "I used the 2014 chassis for all the sessions plus the new swingarm" | Kami mencadangkan swingarm diterjemahkan kepada pangsi ayun. | Penyemakan dan penterjemahan | 26.06.2015 |
Can i know the meaning of "Madya" and the what way it is being used? | Perkataan madya digunakan dalam konteks profesor madya yang bermaksud pensyarah yang tarafnya di bawah profesor di universiti. | Makna | 06.05.2008 |
When did books first appeared in malaysia? When did it first came to Malaysia? When did it first used? | Mohon maaf. Sila gunakan bahasa Melayu apabila berurusan dengan pihak kami. | Lain-lain | 18.10.2010 |
hai ingin tanye istilah untuk "sparse" berkaitan dengan IT. huraian: sparse image is a type of disk image file used on macOS | Dalam data rujukan kami, tiada padanan khusus bagi perkataan sparse dalam bahasa Melayu. Dalam Kamus Inggeris-Melayu Dewan, sparse bermaksud adj scanty, meagre, not dense, jarang; (of population) tidak /padat, ramai/; (of information, coverage, etc) sedikit, tidak banyak: trees in the area are ~, pokok-pokok di kawasan itu tumbuh jarang;. Dalam istilah bidang teknologi maklumat, terdapat istilah sparse array yang padanannya ialah tatasusunan jarang. | Penyemakan dan penterjemahan | 06.07.2018 |