(1) Apakah perkataan Bahasa Melayu yang boleh diterjemahkan untuk kategori pengguna telefon bimbit dalam konteks ayat berikut : We established four categories of users; casual user, regular user, at-risk user and problematic user. (2) Adakah betul konteks penggunaan perkataan bagi kategori pengguna telefon bimbit iaitu 'pengguna sekali sekala, pengguna biasa, pengguna berisiko dan pengguna bermasalah'? | Padanan bahasa Melayu untuk perkataan bahasa Inggeris seperti cadangan di bawah: Casual user: Pengguna biasa Regular user:Pengguna tetap At-risk user:Pengguna berisiko Problematic user:Pengguna bermasalah Wala bagaimanapun, cadangan perkataan bergantung kepada kesesuaian ayat dan konteks penggunaan. | Makna | 03.07.2020 |
user id i sekarang tidak boleh membuat permohonan baru. ada kah perubahan di profile saya? sila email i : jackycheng_ce@yahoo.com | Tuan, Sistem yang tuan guna ini ialah sistem Khidmat Nasihat Bahasa untuk pertanyaan bahasa dan sastera, sekiranya tuan ingin mengesahkan iklan, sila kemukakan permohonan tuan melalui DBP Sah Bahasa di www.dbpsahbahasa.my, Jika menghadapi masalah berkaitan dengan sistem sila hubungi talian 03-21479691/9400/9100/9300. Sekian, terima kasih. | Lain-lain | 22.06.2017 |
Saya ingin mendapatkan terjemahan untuk istilah berikut: a) user-pay - konteks ayat: projek lebuh raya berkonsep 'user-pay' - pengguna lebuh raya yang akan menyumbang kepada hasil kutipan pengendali lebuh raya. b) more interconnected - konteks ayat: keadaan ekonomi dan hubungan dagangan dunia Sekian, terima kasih. | Istilah user-pay dan more interconnected masih belum ada dalam pangkalan data kami, cadangan bagi terjemahan user-pay ialah bayaran pengguna manakala more interconnected pula ialah saling berkait atau saling berhubung. | Istilah | 12.10.2018 |
Assalamualaikum.. Saya sedang menulis tesis phD Multimedia berkenaan antara muka = user interface dan saya pohon tuan mncadangkan istilah bahasa melayu DBP untuk NATURAL USER INTERFACE yang digunakan dalam teknologi multimedia memandangkan istilah ini tiada dalam carian kata web ini | Kami mencadangkan natural user interface diterjemahkan kepada antara muka pengguna lazim, walau bagaimanpun jika cadangan kami ini kurang tepat mohon kerjasama tuan mengemukakan konteks penggunaan perkataan tersebut. | Penyemakan dan penterjemahan | 04.08.2014 |
Yvonne sudah resigned. Boleh saya tukar user id to kit@dmdc.com.my. Kata laluan tidak ubah Terima Kasih Jane@dmdc.com.my/Tel: 77293878 | Bagi menangani masalah teknikal ini, sila hubungi Pegawai Sistem Maklumat DBP melalui talian 03-21479389/9373. | Lain-lain | 17.06.2015 |
Selamat pagi, nak tanya kenapa system x dapat buat pendaftaran baru? user name: jackycheng_ce@yahoo.com | Untuk membuat aduan/pertanyaan berkaitan Khidmat Pengesahan Bahasa DBP secara dalam Talian sila hubungi Pegawai Teknikal di talian telefon 03-2147 9377, 03-2147 9404 dan 03-2147 9398. | Lain-lain | 19.06.2017 |
Salam sejahtera, Bagi pendapat tuan/puan, yang manakah sesuai digunakan untuk terjemahan "dear" untuk ayat "Dear website user," 1. Wahai pengguna tapak web 2. Pengguna tapak web yang dikasihi 3. Lain-lain (sila nyatakan cadangan anda) Mohon bantuan DBP. Terima kasih. | Pada pandangan kami, terjemahan yang sesuai ialah "Pengguna tapak web yang dihormati" | Penyemakan dan penterjemahan | 30.10.2014 |
Assalamualaikum, Boleh saya tahu apakah istilah yang sesuai bagi perkataan 'home' dalam ayat "Navigation bar items can be added to the current set (Home, About, User Home, etc.) that appear at the top of the page." dan istilah plugin bagi ayat "The PDF file you selected should load here if your Web browser has a PDF reader plugin installed (for example, a recent version of Adobe Acrobat Reader.)"? Terima kasih | Dalam data rujukan kami, terdapat istilah homepage yang diberikan padanannya ialah laman utama dan laman. Istilah yang boleh digunakan berdasarkan konteks ayat yang diberikan bagi perkataan home ialah utama dan plugin ialah palam. Puan boleh merujuk http://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=homepage&d=69812&#LIHATSINI untuk lebih lanjut. | Penyemakan dan penterjemahan | 10.04.2019 |
Salam sejahtera, Terima kasih atas bantuan yang telah pihak DBP berikan. Apakah terjemahan yang sesuai bagi "Customize"? a) Sesuaikan b) Suaikan c) Lain-lain (mohon bantuan DBP dalam mencadangkan terjemahan yang lebih sesuai). Maksud: To modify or assemble hardware or software to suit the needs or preferences of the user. Terima kasih sekali lagi. | Kami mencadangkan perkatan customize diterjemahkan kepada menyesuaikan atau disesuaikan, bergantung pada konteks ayat yang digunakan. | Lain-lain | 27.05.2015 |
Assalamualaikum, saya ingin bertanya adakah betul istilah 'pemberitahuan tolak' yang sering digunakan kini untuk 'push notifications'? Adakah terdapat padanan yang lebih baik? terima kasih. | A push notification is a message that pops up on a mobile device. App publishers can send them at any time; users don't have to be in the app or using their devices to receive them. They can do a lot of things; for example, they can show the latest sports scores, get a user to take an action, such as downloading a coupon, or let a user know about an event, such as a flash sale. Waalaikumussalam... Istilah 'push notifications' masih belum ada dalam data kami lagi. Terjemahan yang sesuai bagi 'push notifications' jika mengikut konsep ialah Pemberitahuan Segera atau Pemberitahuan Semasa lebih sesuai digunakan. | Istilah | 07.05.2018 |