tuan, adakah ayat di berikut salah? walaupun usianya muda tetapi dia sudah petah berbahasa. tq | Ayat tersebut kurang tepat, ayat yang gramatis ialah "walaupun usianya muda tetapi dia petah berbahasa". | Tatabahasa | 16.09.2011 |
APAKAH MAKSUD YANG LEBIH TERPERINCI BAGI PERIBAHASA SETAHUN JAGUNG? DAN APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN SETAHUN | Setahun jagung bermaksud seseorang yg masih muda usianya. Maksud setahun di sini ialah umur seseorang itu yg masih muda dan tidak mempunyai pengalaman yg banyak. Kebiasaannya peribahasa ini digunakan untuk membezakan seseorang yg matang, luas pengalaman, banyak ilmu pengetahuan dengan seseorang yg tidak atau kurang pengalaman atau sebagainya dalam konsep perbandingan antara seseorang dengan seseorang yg lain. T.kasih. | Makna | 26.08.2008 |
WHO menggunakan istilah "Healthy and Active Ageing" dalam dokumen rasmi. Apakah istilah tersebut diterjemahkan dalam Bahasa Malaysia? Sama ada 'Pengusiaan Sihat dan Aktif' atau 'Penuaan Sihat dan Aktif' Dalam konteks "Healthy and Active Ageing" - adalah memastikan seseorang sihat dan aktif sepanjang usianya hingga ke hari tua. Mohon pendapat DBP dalam isitilah tersebut. | Terjemahan yang sesuai bagi "Healthy and Active Ageing" ialah penuaan yang aktif dan sihat | Makna | 16.11.2020 |
Tuan, Sila beritahu sama ada perkataan dalam kurungan adalah betul atau salah.Jika salah,bolehkah tuan betulkan?Terima kasih atas tunjuk.ajar tuan. 1.Ibu mengutip beberapa (cubit) kulat sisir. 2.Kita boleh membeli barangan (jati) di pasar raya itu. 3.(Akal) yang sihat melahirkan idea yang bernas. 4.Bau tempat penyembelihan lembu sangat (hanyir.) 5.Dia mendapat (kecederaan) pada lengannya akibat terjatuh tangga. 6.Pemain yang mengalami kecederaan itu (ditunda) keluar dari padang. 7.Kereta ayah yang rosak telah (ditunda) ke bengkel. 8.Pemain yang tidak menunjukkan prestasi yang baik akan (digantung ) 9.Walaupun datuk sudah lanjut usianya,tetapi ingatannya masih (teguh) 10.Ibu bapa harus memegang tanga anak mereka dengan (teguh) semasa menaiki eskalator. Adakah ayat berikut betul? 11.Sila mendapat maklumat tentang pertandingan itu daripada Cikgu Ali. | Ayat yang betul adalah seperti yang berikut: 1.Ibu mengutip beberapa kulat sisir. 2.Kita boleh membeli barangan asli di pasar raya itu. 3. Akal yang sihat melahirkan idea yang bernas. 4. Bau tempat penyembelihan lembu sangat hanyir. 5. Dia mendapat kecederaan pada lengannya akibat terjatuh tangga. 6. Pemain yang mengalami kecederaan itu diusung keluar dari padang. 7. Kereta ayah yang rosak telah ditunda ke bengkel. 8. Pemain yang tidak menunjukkan prestasi yang baik akan digantung tugas. 9. Walaupun datuk sudah lanjut usianya,tetapi ingatannya masih kuat. 10. Ibu bapa harus memegang tangan anak mereka dengan kemas semasa menaiki eskalator. 11. Sila dapatkan maklumat tentang pertandingan itu daripada Cikgu Ali. | Tatabahasa | 14.11.2017 |
Kerja terkemut-kemut itu dilakukannya hampir sepanjang usia. adakah penggunaan frasa terkemut-kemut betul dalam ayat tersebut? kalau tidak betul, apakah perkataan yang sesuai untuk menggantikan frasa itu? tq | Dalam kamus Dewan, kemut bermaksud ; kemut-kemut, mengemut, terkemut-kemut 1. bergerak-gerak turun naik atau kembang kuncup (seperti mulut kanak-kanak yang menyusu dll): mulutnya terkemut-kemut; nadinya terkemut-kemut; 2. a) terhuyung-huyung; b) perlahan-lahan, lambat-lambat, terdemut-demut: berjalan terkemut-kemut; membuat kerja terkemut-kemut.. Ayat yang boleh menggunakan frasa terkemut-kemut ialah "Mulutnya terkemut-kemut hampir sepanjang usianya." | Tatabahasa | 11.09.2013 |
Apakah terjemahan bahasa Melayu yang sesuai untuk istilah 'scaffold' dan 'scaffolding' yang biasa digunakan dalam bidang pendidikan? Scaffold dari segi istilah bermaksud perancah (dalam bidang pembinaan). Dalam konteks pendidikan, scaffold merujuk kepada bimbingan guru secara berterusan/berkala sehingga pelajar mahir sendiri tanpa bantuan guru. Terima kasih | Ada dua pilihan mengikut konteks: 1. scaffolding - sokongan 2. instructional scaffolding - perancah pengajaran. Namun, kami berpandangan Kementerian Pendidikan sudah ada istilahnya sendiri bagi konsep tersebut kerana konsep ini sudah lama juga usianya dalam dunia pendidikan. | Istilah | 21.02.2015 |
sila bezakan'orang tua-tua' dengan 'orang-orang tua'!Sila sertakan ayat-ayatnya agar memudahkan pemahaman | Frasa "orang tua" ialah kata majmuk. Apabila kita menggandakan kata majmuk hanya perkataan pertama digandakan, maka terhasillah orang-orang tua seperti Rumah Orang-orang Tua. Orang tua-tua pula merujuk pada orang yg dianggap sudah lanjut usianya dan luas pengetahuannya. Contoh ayat: Pantang larang orang tua-tua bertujuan untuk mendidik masyarakat, khususnya generasi muda agar dapat membawa kepada penerapan nilai-nilai baik yang boleh diamalkan dalam kehidupan. | Tatabahasa | 26.03.2014 |