Display virtual keyboard interface
 

Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[u.si/.me.ngu.si/] | اوسيق-مڠوسيق

Definisi : saling mengusik antara satu sama lain: kami memang suka bergurau dan ~ apabila bertemu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata usik-mengusik


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah terjemahan "dash" dan "hyphen" ? Dalam bahasa Inggeris ada perbezaan antara kedua-duanya.Terjemahan bagi dash dan hyphen ialah tanda sempang/sengkang. Dalam bahasa Melayu yang berbeza ialah (tanda) sempang/sengkang dan tanda pisah.

Sengkang ialah tanda garis melintang yang lebih pendek daripada tanda pisah yang terdapat dalam kata ganda, untuk menghubungkan angka tahun dengan akhiran -an dsb, misalnya dalam perkataan usik-mengusik dan 1990-an;
Kata sinonimnya ialah sempang; tanda sempang; tanda sengkang;

Tanda pisah ialah tanda (–) yang panjangnya satu en yg digunakan untuk memisahkan keterangan sesuatu idea, aliran fikiran penulis dsb, atau menggantikan perkataan hingga.
Contoh penggunaannya ialah:
1. Novel yang dibacanya itu meninggalkan pelbagai kesan pd dirinya – sedih, gembira, marah, kesal.
2. Jun – Oktober;

Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Gaya Dewan, Kamus Dewan Perdana dan Canggihnya Bahasa Melayu Sistem Tanda Baca.

Lain-lain10.09.2023
Adakah istilah "mengorat" akan dimasukkan ke dalam kamus Bahasa Malaysia?
Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat, ejaan yang betul ialah "mengurat" yang bermaksud mengusik-usik perempuan (untuk memikat), mengganggu perempuan. Contoh ayat: Buruh-buruh yang ramai turun dari lori bersiul-siul mengurat Rokiah.
Makna19.11.2021

Kembali ke atas