Saya Usman ingin bertanya klausa itu termasuk dalam bahagian apa? | Klausa ialah unit yang merupakan rangkaian perkataan yang mengandungi subjek dan predikat yang menjadi konstituen atau bahagian kepada ayat. | Tatabahasa | 30.09.2015 |
biografi penulis "Zuber Usman" | Terima kasih atas soalan saudara. Sebenarnya hampir tiada maklumat tentang penulis Zuber Usman ini didokumentasikan. Cuma yang diketahui beliau adalah salah seorang pengkaji kesusasteraan Melayu yang gigih. Saudara boleh datang membuat rujukan samada di Perpustakaan Alam Tamadun Melayu (ATMA) di UKM, Pusat Dokumentasi Melayu, DBP atau Akademi Pengajian Melayu, UM. | Lain-lain | 09.02.2009 |
Assalamualaikum. Saya berhasrat untuk menerbitkan semula karya sajak allayarham Usman Awang bertajuk GURU OH GURU untuk diterbitkan dalam bentuk poster besar untuk diedarkan di sekolah-sekolah. Ia bertujuan untuk meningkatkan kesedaran pelajar sekolah akan kepentingan jasa guru dalam mendidik mereka. Selain itu saya juga berhasrat untuk memohon kepada pihak DBP gambar Usman Awang dalam bentuk high resolution untuk diterbitkan bersama sajak beliau pada poster terbitan saya nanti. Oleh itu, saya inginkan kepastian pihak DBP apakah penerbitan sajak GURU OH GURU berserta gambar Usman Awang tersebut tertakluk kepada tuntutan bayaran ROYALTI atau TIADA CAJ ROYALTI? Sekiranya harus dibayar royalti apakah saya harus bayar kepada DBP atau pihak lain? Sekian, terima kasih. | Waalaikumussalam WBT. Untuk maklumat lanjut tuan boleh menghubungi Bahagian Harta Intelek DBP melalui talian telefon 03-21479522 atau 03-21479000. Terima kasih. | Lain-lain | 26.03.2019 |
Sharina Cik Ibrahim Nov 25th, 10:26am salam Sharina Cik Ibrahim Nov 25th, 10:26am minta maaf Sharina Cik Ibrahim Nov 25th, 10:26am boleh saya tumpang bertanya Sharina Cik Ibrahim Nov 25th, 10:26am puisi dato usman awang tajuk 1 mei,pernah tak dikeluarkan di DBP ye? Sharina Cik Ibrahim Nov 25th, 10:27am satu Mei ~ Usman Awang Merekalah menyusun lapis-lapis besi waja Merekalah membina batu-bata Membancuhnya dengan titik peluh – bangunan tinggi itu masih jua meminta lalu diberikanlah nyawanya. Merekalah yang menyedut udara kotor Racun gas itu berbaur di rongga menjalari saraf pernafasannya menghentikan detak jantungnya –segalanya untuk upah beberapa sen cuma. Merekalah membunyikan mesin-mesin kilang debu dan serbuk logam berterbangan hari demi hari berkumpul bersarang di jantung dan paru-parunya –jentera kilang itu masih lagi meminta lalu kudunglah jarinya lalu kudunglah tangannya lalu kudunglah nyawanya segalanya untuk upah beberapa sen cuma. Merekalah menggali perut bumi yang sakit lumpur dan pasir memenuhi tiap rongga tanah lombong yang selalu mengucapkan simpati menimbusi membungkus tubuh para pekerja melindunginya dari pemerasan kejam –upah yang diterimanya sekadar beras segenggam. Merekalah mewarisi pusaka zaman seluar sehelai baju bertampal tikar buruk di sudut bangsal tulang selangka dapat dibilang. Mereka kini menyedari kekuatan diri Mengubah wajah sebuah negeri Men | Maklumat yang diperlukan tiada dalam sumber rujukan kami. Puan boleh membuat rujukan buku-buku puisi: Pilihan puisi Usman Awang, terbitan Hokkien Association of Malaysia dan Puisi-puisi pilihan Usman Awang, terbitan Fajar bakti. | Lain-lain | 25.11.2015 |
pendapat sasterawan negara seperti a.samad said,usman awang,shahnon ahmad tentang sastera atau makna atau pendapat mereka tentang sastera | Pendapat sasterawan negara (seperti nama-nama yang dinyatakan) tentang sastera boleh dirujuk pada buku terbitan DBP berjudul Ucapan Penerima Anugerah Sasterawan Negara - SASTERA DAN KEMANUSIAAN. Buku tersebut boleh dibeli di Kedai Buku Koperasi DBP, Kuala Lumpur, Pejabat-pejabat DBP Wilayah (Timur - di Kota Bharu, Kelantan atau Utara - di Bukit Mertajam, Pulau Pinang atau Selatan - Larkin Perdana, Johor Bahru) atau boleh dirujuk di Pusat Dokumentasi Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. | Lain-lain | 09.02.2008 |
Bolehkan kita mengguna "indah" untuk menyifatkan kesenian karya-karya seseorang? Misalnya, kesenian karya-karya Usman Awang yang indah? | Boleh digunakan perkataan "indah" bagi karya kerana ia bermaksud "elok" dan "bagus benar". | Lain-lain | 05.03.2007 |
senarai nama sasterawan negara keseluruhan | Senarai nama Sasterawan Negara ialah: 1. 1981 - Keris Mas (Kamaludin Muhamad) 2. 1982 - Dato' Shahnon Ahmad 3. 1983 - Dato' (Dr.) Usman Awang 4. 1985 - Datuk (Dr.) A. Samad Said 5. 1987 - Arena Wati (Muhamad Abdul Biang) 6. 1991 - Prof. Dr. Muhammad Haji Salleh 7. 1993 - Dato' Noordin Hassan 8. 1996 - Dato' Abdullah Hussain 9. 2003 - S. Othman Kelantan (Syed Othman Syed Omar) | Lain-lain | 11.11.2007 |
Penggunaan (banyak) dalam ayat no.1 dan 2 yang mana satu betul ? Mengapa ? 1.Sayur-sayuran (banyak) mengandungi vitamin C. 2.Sayur-sayuran mengandungi ( banyak ) vitamin C. Penggunaan kata pemeri dalam ayat berikut yang mana satu betul ? Mengapa? 3. Gunung Kinabalu adalah gunung yang tertinggi di Malaysia. 4. Gunung Kinabalu ialah gunung yang tertinggi di Malaysia. 5. Usman Awang adalah sasterawan yang terkenal di Malaysia. 6.Usman Awang ialah sasterawan yang terkenal di Malaysia. 7. Mengedar dadah ialah perbuatan yang salah di sisi undang-undang. 8. Mengedar dadah adalah perbuatan yang salah di sisi undang-undang. | Ayat yang betul ialah: 1. Sayur-sayuran mengandungi banyak vitamin C. - yang banyak ialah vitamin C, bukan mengandungi 2. Gunung Kinabalu ialah gunung yang tertinggi di Malaysia. - kata pemeri ialah hadir di hadapan frasa nama/frasa nama 3. Usman Awang ialah sasterawan yang terkenal di Malaysia. - kata pemeri ialah hadir di hadapan frasa nama/frasa nama 4. Mengedar dadah adalah salah di sisi undang-undang. - kata pemeri adalah hadir di hadapan frasa adjektif | Tatabahasa | 05.05.2011 |
Salam, bolehkah pihak tuan memberikan beberapa senarai cadangan pautan laman sesawang yang boleh saya rujuki untuk mendapatkan contoh sastera yang bermutu dalam bahasa melayu. Mungkin karya dari Pak Samad atau Pak Usman | Tuan, DBP tidak mempunyai pautan laman sesawang khas untuk tujuan tersebut. Terima kasih. | Lain-lain | 22.05.2013 |
Salam sejahtera, Mengenai lirik lagu rakyat "Ikan Kekek", adakah ejaan "iloi-iloi" di dalam ayat ini betul? "Ikan kekek mak iloi-iloi" Mengikut artikel majalah Dewan Budaya keluaran 1 Januari 1979 dari pengarang Usman Awang, judul yang tertera adalah "Ikan kekek mak eloi-eloi, ikan gelama mak elai-elai". Adakah ejaan ini yang paling tepat? Sekian, terima kasih. | Ejaan yang tepat mengikut keselarasan vokal ialah ilui-ilui dan ilai-ilai. Dalam karya kreatif, penggunaan sesuatu perkataan lazimnya digunakan untuk menunjukkan ritma dalam sesebuah karya. | Ejaan | 08.06.2020 |