Bolehkah 'mereka' digunakan bagi (i) haiwan, dan (ii) struktur tubuh? Contoh ayat: Jelaskan motility gaster dan usus serta pengawalaturan mereka. Terima kasih | Menurut buku Tatabahasa Dewan, kata mereka ialah kata ganti nama diri orang ketiga (dalam bentuk jamak) yang hanya digunakan untuk manusia dan tidak digunakan bagi merujuk binatang dan perkara-perkara lain.Oleh itu, ayat tersebut boleh diubah menjadi “Jelaskan motility gaster dan usus serta proses aturan/kawalannya”. Jika merujuk binatang, kata ganti nama mereka perlulah digantikan dengan nama haiwan yang terlibat. | Tatabahasa | 02.04.2018 |
Apakah maksud perkataan diinvaginasikan. terima kasih | Perkataan "invaginasi" mempunyai dua maksud mengikut bidang seperti berikut: (1) Lipatan ke dalam satu bahagian dengan satu bahagian lain suatu stuktur. (UBAT, GIGI) (2) Penyusupan satu bahagian usus ke dalam satu sama lain, menyebabkan berlaku penyekatan pada usus. (UBAT) | Makna | 16.12.2009 |
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apakah yang membezakan antara 'serat' dan 'serabut'? Apakah padanan yang paling tepat untuk konsep 'fiber' dalam teks teknikal. Terima kasih. | Perkataan serat, serabut dan gentian merupakan padanan bagi istilah fibre dalam bahasa Inggeris. Serat: Struktur seperti benang, seperti sel otot, serat saraf atau serat kolagen.Serabut: Bahan berselulosa yang tidak tercernakan oleh enzim gaster usus manusia.Gentian: Serat atau serabut pada sabut, daging manusia dan lain-lain. | Tatabahasa | 02.10.2013 |
Adakah hot dog boleh digunakan dalam bahasa Melayu? Jika tak, bagaimana untuk menterjemah ayat yang mengandungi kedua-dua perkataan hot dog dan sausage? Contohnya; Daniel took out the sausage out of the hot dog because he didn't want the bread. (Daniel mengeluarkan sosej daripada ___ itu kerana dia tak mahukan rotinya). Terima kasih. | Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat maksud hot dog ialah daging frankfurter yang dimasak biasanya dihidang dalam bentuk rol panjang. Manakala sosej pula bermakna sejenis makanan daripada daging kisar yang diisi dalam usus atau sarung tiruan. Kedua-dua istilah ini memberikan maksud yang sama dan boleh digunakan dalam bahasa Melayu, istilah sosej lebih sesuai digunakan dalam penulisan rasmi. Maksud ayat yang diberikan ialah Daniel mengeluarkan sosej daripada roti itu kerana dia tak mahukan rotinya. Sekian terima kasih. | Makna | 29.05.2017 |