Salam hormat. Saya Som Meik Ea Ut tertarik dengan dana di atas dan sangat berminat untuk memohon bagi menghasilkan buku. Persoalan saya adalah adakah permohonan hanya untuk buku yang telah disiapkan atau sebelum? Ini adalah kerana dalam dokumen yang saya muat turun dinyatakan pembiayaan peringkat pertama perlu disertakan dengan manuskrip lengkap untuk 20% pembayaran pertama. Saya berharap pihak anda dapat memberikan maklum balas, dan segala kesulitan saya sudahi dengan permohonan maaf. Sekian terima kasih, Som Meik Ea Ut (012 669 5316) | Salam sejahtera puan budiman, Dana Penggerak Industri Buku Negara (DPIBN) Dana Penggerak Industri Buku Negara (DPIBN) merupakan dana yang diperuntukkan oleh kerajaan melalui DBP bagi membangunkan dan menyemarakkan industri penerbitan buku negara. Dana ini disediakan untuk membantu individu warganegara Malaysia yang memiliki syarikat pemilikan tunggal, penerbit bumiputera dan persatuan yang menjalankan kegiatan penerbitan buku dan pembangunan sumber manusia dalam industri perbukuan. Penerbit atau persatuan hendaklah mengirim atau menyediakan manuskrip yang lengkap dan bersih (tiada kesalahan ejaan, tatabahasa dan fakta yang tepat) untuk diserahkan kepada urus setia DPIBN. Selain itu, penerbit juga hendaklah mengemukakan borang permohonan, menyediakan laporan penilaian manuskrip, laporan cadangan judul bagi karya asli, spesifikasi buku dan surat perakuan keaslian karya. Manuskrip yang diterima oleh urus setia akan dinilai oleh Jawatankuasa Penilaian dan seterusnya dibawa ke Mesyuarat Jawatankuasa Induk DPIBN untuk kelulusan. Setelah manuskrip diluluskan, maka pembiayaan kepada penerbit dibuat berdasarkan kemajuan projek, iaitu kelulusan manuskrip lengkap oleh Jawatankuasa DPIBN dan setelah perjanjian ditandatangani dibayar sebanyak 20%, manuskrip bersih yang disahkan oleh Jawatankuasa DPIBN akan dibayar 30% dan 10 naskhah buku contoh yang diserahkan kepada urus setia akan dibayar sebanyak 50%. Perlu dimaklumkan bahawa pembiayaan akan diberikan kepada penerbit untuk kerja-kerja pembinaan judul (penyelidikan, penulisan, penilaian, penyuntingan) dan penyediaan ilustrasi. Pembiayaan tidak diberikan untuk kerja percetakan. Borang permohonan dan maklumat berkaitan DPIBN boleh dimuat turun daripada laman web www.dbp.gov.my. MOHD BIN AMRAN DAUD Bahagian Pengeluaran dan Penyelarasan Penerbitan No. Tel.: 03-2147 9497 E-mel: amran2@dbp.gov.my Tarikh: 5 November 2019 Sekian, terima kasih. | Lain-lain | 25.10.2019 |
Dana PIBN - Salam hormat. Saya Som Meik Ea Ut tertarik dengan dana di atas dan sangat berminat untuk memohon bagi menghasilkan buku. Persoalan saya adalah adakah permohonan hanya untuk buku yang telah disiapkan atau sebelum? Ini adalah kerana dalam dokumen yang saya muat turun dinyatakan pembiayaan peringkat pertama perlu disertakan dengan manuskrip lengkap untuk 20% pembayaran pertama. Saya berharap pihak anda dapat memberikan maklum balas, dan segala kesulitan saya sudahi dengan permohonan maaf. Sekian terima kasih, Som Meik Ea Ut (012 669 5316) | Salam sejahtera puan budiman, Dana Penggerak Industri Buku Negara (DPIBN) Dana Penggerak Industri Buku Negara (DPIBN) merupakan dana yang diperuntukkan oleh kerajaan melalui DBP bagi membangunkan dan menyemarakkan industri penerbitan buku negara. Dana ini disediakan untuk membantu individu warganegara Malaysia yang memiliki syarikat pemilikan tunggal, penerbit bumiputera dan persatuan yang menjalankan kegiatan penerbitan buku dan pembangunan sumber manusia dalam industri perbukuan. Penerbit atau persatuan hendaklah mengirim atau menyediakan manuskrip yang lengkap dan bersih (tiada kesalahan ejaan, tatabahasa dan fakta yang tepat) untuk diserahkan kepada urus setia DPIBN. Selain itu, penerbit juga hendaklah mengemukakan borang permohonan, menyediakan laporan penilaian manuskrip, laporan cadangan judul bagi karya asli, spesifikasi buku dan surat perakuan keaslian karya. Manuskrip yang diterima oleh urus setia akan dinilai oleh Jawatankuasa Penilaian dan seterusnya dibawa ke Mesyuarat Jawatankuasa Induk DPIBN untuk kelulusan. Setelah manuskrip diluluskan, maka pembiayaan kepada penerbit dibuat berdasarkan kemajuan projek, iaitu kelulusan manuskrip lengkap oleh Jawatankuasa DPIBN dan setelah perjanjian ditandatangani dibayar sebanyak 20%, manuskrip bersih yang disahkan oleh Jawatankuasa DPIBN akan dibayar 30% dan 10 naskhah buku contoh yang diserahkan kepada urus setia akan dibayar sebanyak 50%. Perlu dimaklumkan bahawa pembiayaan akan diberikan kepada penerbit untuk kerja-kerja pembinaan judul (penyelidikan, penulisan, penilaian, penyuntingan) dan penyediaan ilustrasi. Pembiayaan tidak diberikan untuk kerja percetakan. Borang permohonan dan maklumat berkaitan DPIBN boleh dimuat turun daripada laman web www.dbp.gov.my. MOHD BIN AMRAN DAUD Bahagian Pengeluaran dan Penyelarasan Penerbitan No. Tel.: 03-2147 9497 E-mel: amran2@dbp.gov.my Tarikh: 5 November 2019 Sekian, terima kasih. | Lain-lain | 25.10.2019 |
1. bagaimana cara yang betul untuk mengeja perkataan vokal berganding? Contoh : laut dieja terus laut atau secara pemenggalan la/ut . Saya dapati ramai guru mengajar secara terus dengan alasan diajar oleh pensyarah mereka. Hal ini berbeza dengan apa yang saya pelajari dan juga dalam buku pendoman mengajar bahasa Melayu. Harap mendapat penjelasan dari pihak tuan. | Terdapat perbezaan antara pemenggalan suku kata (pemisahan suku kata) dengan pemenggalan sebutan bagi kata bahasa Melayu. Pemenggalan suku kata ditandai oleh satu vokal, vokal itu dapat didahului atau diapit oleh konsonan. Pemenggalan kata bagi ejaan pada kata terbitan dilakukan dengan cara memisahkan imbuhan daripada kata dasarnya, contohnya meng-a-rah. Manakala, sebutan bagi kata terbitan pada dasarnya menurut pola pemenggalan suku kata berdasarkan pola ejaan iaitu, VK-, KV- dan KVK. Namun, bagi beberapa bentuk terbitan dengan awalan tertentu, terdapat cara sebutan yang bervariasi contohnya, [me.nga-rah], [daun]. Sila rujuk Daftar kata Melayu Rumi-Sebutan-Jawi, Edisi Kedua, DBP, 2008 | Tatabahasa | 05.11.2014 |
ingin pasti pemenggalan suku kata untuk : makanan - ma.kan.an, sayur-sayuran-sa.yur-sa.yur.an, buah-buahan-bu.ah-bu.ah.an, beruang-be.ru.ang, bermain-ber.ma.in, membuang-mem.bu.ang, dia-di.a, laut-la.ut, siang-si.ang, bayaran-ba.yar.an, soal-so.al, buaya-bu.a.ya, tuala-tu.a.la | Pemisahan suku kata yang diberikan adalah betul: makanan ma-kan-an sayur-sayuran sa-yur-sa-yur-an buah-buahan bu-ah-bu-ah-an beruang be-ru-ang bermain ber-ma-in membuang mem-bu-ang dia di-a laut la-ut siang si-ang bayaran ba-yar-an soal so-al buaya bu-a-ya tuala tu-a-la | Ejaan | 23.03.2012 |
Julie Hi Hello Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia, please advise which is correct? Cerakinkan. buaya = (bu) (a) (ya) or (bua) (ya)? beruang = (be) (ruang) or (be) (ru) (ang)? Januari = (Ja) (nua) (ri) or (Ja) (nu) (a) (ri)? laut = (laut) or (la) (ut)? kuih = (kuih) or (ku) (ih)? radio = (ra) (dio) or (ra) (di) (o)? Thank you. | Sila terangkan makna “cerakinkan” yang diperlukan. Sekiranya “cerakinkan” bermaksud sebutan, berdasarkan buku Daftar kata Bahasa Melayu Rumi-Sebutan-Jawi, terbitan DBP,2004, berikut jawapan yang diperlukan: 1. Buaya [bua.ya] 2. Beruang [be.ruang] 3. Januari [ja.nua.ri] 4. Laut [laut] 5. Kuih [ kuih] 6. Radio [ra.dio] Perlu dingatkan bahawa, sebutan berbeza daripada pemisahan suku kata. | Tatabahasa | 28.04.2014 |