Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[u.tas] | اوتس

Definisi : 1. tali utk merangkaikan (manik, buah tasbih, dll), tali perangkai; 2. penjodoh bilangan utk benda yg berurai (spt benang, tali, rantai, dll): di lehernya tergantung se~ rantai suasa; berutas; ~ permata bergantungan dgn per-mata, beruntai permata. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[u.tas] | اوتس

Definisi : ark pandai, tukang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[u.tas] | اوتس

Definisi : 1 penjodoh bilangan utk benda yg berangkaian, spt rantai. 2 tali utk merangkaikan manik, buah tasbih dll; tali perangkai. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata utas


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah penjodoh bilangan bagi gelang? utas? untai? atau yang lain. TQ

Penjodoh bilangan bagi gelang ialah utas. Seutas gelang.

Walaupun untai dan utas hampir memiliki makna yang sama, namun untai lebih sesuai digunakan pada 'rantai' atau 'kalung'. Misalnya seuntai rantai berlian.

Makna04.09.2012
Saya hendak tanya -Penjodoh bilangan jam tangan adakah seutas atau sebuah? -Penjodoh bilangan jam dinding adakah seutas atau sebuah?
Penjodoh bilangan:
1, Jam tangan = utas (contoh: seutas, dua utas)
2, Jam dinding = buah (contoh: sebuah, dua buah)
Tatabahasa07.04.2020
Apa perbezaan antara penjodoh bilangan utas dengan untai?untai dan utas memiliki makna yang samaMakna07.04.2014
Salam Tuan/Puan, Saya ingin bertanya mengenai penjodoh bilangan bagi gelang. Saya telah merujuk kepada wikipedia, penjodoh bilangan "bentuk" digunakan untuk benda yang melengkung manakala "utas" digunakan untuk benda yang mengurai. Di dalam konteks bentuk, adakah tepat sekiranya penjodoh bilangan bagi gelang (bangle) adalah bentuk dan penjodoh bilangan bagi gelang (bracelet) adalah utas. Mohon pencerahan daripada pihak tuan/puan. Terima kasih.Bahasa Melayu tidak membezakan antara gelang yang bahasa Inggerisnya bangle dengan gelang (bracelet).  Penjodoh bilangan untuk gelang ialah utas, contohnya seutas gelang.Tatabahasa05.09.2018
apakah perbezaan dan penggunaan penjodoh bilangan untuk gulung dan gelung

Perbezaan gelung dan gulung bergantung pada penggunaannya dari segi bentuk dan saiz. Gulung ialah benda yang berlembar-lembar atau berutas-utas yg dilipat begitu rupa hingga berbentuk bulat torak, bentuk bulat panjang daripada benda berlembar-lembar atau berutas-utas yang dilipat, seperti dawai, kain dan sebagainya manakala gelung ialah lingkar, lengkung, gulung (tali, rotan, ular, dll); 2. kelok, ikal (rambut dll); contohnya sanggul ~ kondai, sanggul;

Istilah12.05.2009
Apakah penjodoh bilangan bagi tali pinggang?Pihak kami mencadangkan penjodoh bilangan bagi tali pinggang ialah utas.Istilah02.08.2009
Seutas rantai terikat pada leher anjing yang garang itu. A Sekalung rantai B Seurat rantai C Serawan rantai D utas rantai munsyi, apakah jawaban lebih tepat? TQJawapan yang betul ialah: Seutas rantai terikat pada leher anjing yang garang itu.Tatabahasa25.03.2012
Selamat sejahtera tuan dan puan. Apakah jawapan bagi soalan ini. Mohon penjelasan.Pak Mat menggunakan se---- tali untuk menambat kambingnya pada batang pokok kelapa A utas B laras C pucuk D lembar Sekian terima kasihPak Mat menggunakan seutas tali untuk menambat kambingnya pada batang pokok kelapa.
 
Tatabahasa04.06.2015
Ayah menghadiahi saya sebuah jam tangan. Adakah penggunaan penjodoh bilangan sebuah salah bagi jam tangan? Apakah bezanya pula dengan penggunaan seutas jam tangan?

Yang betul ialah 'seutas jam tangan' kerana utas menjadi penjodoh bilangan bagi rantai (termasuk jam tangan dalam bentuk rantai), tali dan benang.

Tatabahasa18.05.2011
1) penjodoh bilangan yang sesuai bagi jarum dan cangkul?? 2) ibu menjahit sepasang baju menggunakan seutas/selembar/sebuku benang...yang mana jawapan yang paling sesuai? apakah perbezaan seutas,selembar,dan sebuku...1. sebatang cangkul, sebatang jarum.

2. Utas penjodoh bilangan yang digunakan bagi rantai (termasuk jam tangan dalam bentuk rantai), tali dan benang. 

Lembar penjodoh bilangan bagi tali atau benang. 2 penjodoh bilangan untuk benda yang panjang atau yang luas bidangnya (tali, benang, kertas dll).  tali atau benang. 

Buku pula penjodoh bilangan  untuk benda berbongkah seperti sebuku sabun, sebuku benang.


Penjodoh bilangan yang sesuai ialah sebuku benang.
Tatabahasa10.08.2014
12

Kembali ke atas