Assalamua'alaikum. mohon bantuan ejaan bagi tiga nama syarikat ini di dalam jawi sebagai pengesahan dbp. 1. KORDIOR UTILITI PAHANG SDN BHD 2. PAHANG GO SDN BHD 3. ASIA DEBUT SDN BHD sekian, Terima Kasih. | 1. KORDIOR UTILITI PAHANG SDN BHD - کوريدور اوتيليتي ڨهڠ سنديرين برحد 2. PAHANG GO SDN BHD - ڨهڠ ݢو سنديرين برحد 3. ASIA DEBUT SDN BHD - ايشا ديبيو سنديرين برحد | Ejaan | 13.12.2019 |
UTILITY ROOM | BILIK UTILITI | Istilah | 03.03.2011 |
Tuan/Puan, Kami meminta jasa baik tuan puan untuk menyemak statement dibawah. "Kami berusaha untuk menyediakan bekalan elektrik yang berterusan, memenuhi kehendak pihak yang berminat dan untuk mencapai kepuasan pelanggan setanding dengan mana-mana utiliti bertaraf dunia melalui perkhidmatan yang cekap, sopan dan boleh dipercayai, serta penambahbaikan berterusan sistem pengurusan. kualiti kami." Jasa baik tuan/puan amatlah dihargai. Terima Kasih. | Kami berusaha untuk menyediakan bekalan elektrik yang berterusan, memenuhi kehendak pihak yang berminat dan mencapai kepuasan pelanggan setanding dengan mana-mana kemudahan bertaraf dunia melalui perkhidmatan yang cekap, sopan dan dipercayai, serta penambahbaikan berterusan sistem pengurusan. | Tatabahasa | 08.05.2017 |
Asslamualaikum, Boleh tak pihak DBP beri cadangan perkataan untuk kenderaan 'crossover'? Setakat ini, saya masih tidak jumpa artikel atau akhbar yang menggunakan istilah, semuanya hanya meminjam semula perkataan 'crossover'. Minta perhatian dan rujukan daripada pihak DBP. Terima kasih. | Kami mencadangkan penggunaan istilah kenderaan utiliti lintas (Crossover Utility Vehicle – CUV) sama seperti penggunaan istilah kenderaan utiliti sukan (Sport Utility Vehicle - SUV) | Istilah | 18.02.2020 |
ingin mencari nama pada tanda-tanda disebuah bangunan. contoh: AHU ROOM dalam bahasa melayu BILIK AHU. UTILITY ROOM dalam bahasa melayu BILIK UTILITY | Saudara, Padanan bahasa Melayu bagi perkataan tersebut adalah seperti yang berikut: i. Bilik AHU ii. Bilik Utiliti | Istilah | 20.11.2009 |
1)Milking Complex milk storage room, cold room, utility room, control room, operator pit, manager room, meeting room, office, surau, male toilet, female toilet, milking parlour area 2)Cow Barn 3)Calf Shed 4)Heifer shed 5)Silage Store 6)Bio-Security 7)Fertilizer Store 8)Feed store 9)Guard House 10)Cattle Surveillance Post 11)TNB Sub-Station H.T switch gear room,Transformer room,MSB room 12)Water Tank 13)Septic Tank 14)Waste/Manure Treatment Ponds 15)Cattle Loading/Unloading Area | 1)Kompleks Pemerahan Susu bilik penyimpanan susu, bilik sejuk, bilik utiliti, bilik kawalan, pit operator, bilik pengurus, bilik mesyuarat pejabat, surau, tandas lelaki, tandas perempuan, ruang memerah susu 2)Kandang Lembu 3)Kandang Anak Lembu 4)Kandang Lembu Dara 5)Stor Silaj 6)Bio Keselamatan 7)Stor Baja 8)Stor Makanan 9)Pondok Pengawal 10)Pos Peninjau Lembu 11)Pencawang TNB bilik peralatan suis voltan tinggi, bilik transformer, bilik MSB 12)Tangki Air 13)Tangki Septik 14)Kolam Rawatan Tinja 15)Ruang Pemunggahan Lembu | Istilah | 25.10.2011 |