vandalisme/standard (ejaan) | vandalisme/standard | Lain-lain | 17.04.2007 |
Salam, apakah pecahan suku kata bagi perkataan 'vandalisme'? Adakah van / da / lis / me atau van / da / lisme? Sekian, terima kasih. | Pecahan suku kata perkataan vandalisme ialah van/da/lis/me. | Tatabahasa | 08.07.2013 |
yang mana satu betul? 1. mengambilkira/mengambil kira 2. ambil kira/ ambilkira 3. tingkahlaku/tingkah laku 4. selok-belok/selok belok 5. vandalisme/vandalisma 6. bersangkut-paut/bersangkut paut | Ejaan yang betul ialah (1) mengambil kira; (2) ambil kira; (3) tingkah laku; (4) selok-belok; (5) vandalisme; (6) bersangkut paut. | Ejaan | 22.08.2014 |
apakah yang di maksudkan dengan vedualisme? | Maksud vandalisme ialah perbuatan membinasakan atau merosakkan harta benda awam atau persendirian. | Makna | 20.03.2010 |
Para vandelis munsyi, istilah untuk ini adalah benar? ataupun vandal tk | Perkataan yang ada ialah vandal dan vandalisme, tidak ada perkataan vandalis. Sila rujuk kamus untuk mendapatkan maklumat lanjut. | Istilah | 04.07.2012 |
1."____ menitahkan hamba mengiringi Tun Ali ke Majapahit," kata Hang Tuah kepada Tun Mamat. Perkataan yang paling sesuai untuk tempat kosong ialah 'baginda' atau 'tuanku''? 2.Puan Mei seakan-akan tidak percaya bahawa anaknya, Daniel menuruti perbuatan vandalisme itu. Adakah penggunaan perkataan 'menuruti' di ayat di atas sesuai? 3.Sejak kematian ayahnya, dialah yang mengurus syarikat itu. Adakah ayat di atas betul? Terima kasih! | 1."Baginda menitahkan hamba mengiringi Tun Ali ke Majapahit," kata Hang Tuah kepada Tun Mamat. - Baginda - kata ganti nama diri ketiga bagi raja atau sultan. 2.Puan Mei seakan-akan tidak percaya bahawa anaknya, Daniel menuruti perbuatan vandalisme itu. - Perkataan menuruti itu boleh digunakan, sila rujuk makna keempat menuruti dalam Kamus Dewan, iaitu menjadikan sesuatu sebagai contoh (teladan), contoh ayat: jangan dituruti, kerana ia orang yang tidak tahu bahasa; 3.Sejak kematian ayahnya, dialah yang mengurus syarikat itu. - mengurus sama maknanya dengan menguruskan, iaitu menyelenggarakan supaya berjalan dan sebagainya dengan baik (perniagaan dan perdagangan) | Tatabahasa | 13.04.2010 |
Adakah kesalahan dalam perenggan ini? Dalam era globalisasi ini,kebanyakan ibu bapa bekerja.Mereka tidak mampu meluangkan masa dengan anak-anak.Mereka juga tidak dapat mengawasi gerak-geri anak-anak mereka dan bimbang anak-anak akan terpengaruh dengan gejala sosial.Oleh itu,mereka menghantar anak-anak ke kelas tuisyen.Mereka cuba mengetatkan masa anak-anak dengan kelas tuisyen supaya anak-anak tidak dapat melibatkan diri dalam kegiatan tidak berfaedah seperti menyertai kongsi gelap,vandalisme dan melepak dengan kawan. | Ruang yang terhad ini tidak dapat membimbing tuan membina ayat dengan betul. Seelok-eloknya bertanya dengan guru, rujuk sebarang permasalahan bahasa dengan guru kerana mereka dapat membimbing tuan secara berdepan. Untuk makluman tuan juga, kami tidak menyediakan perkhidmatan menyemak esei, lebih-lebih lagi yang berkaitan dengan peperiksaan kerana selain bahasa yang perlu diteliti, ketepatan fakta juga perlu diperhati. | Tatabahasa | 29.09.2015 |
Adakah kesalahan dalam perenggan ini? Dalam era globalisasi ini,kebanyakan ibu bapa bekerja.Mereka tidak mampu meluangkan masa dengan anak-anak.Mereka juga tidak dapat mengawasi gerak-geri anak-anak mereka dan bimbang anak-anak akan terpengaruh dengan gejala sosial.Oleh itu,mereka menghantar anak-anak ke kelas tuisyen.Mereka cuba mengetatkan masa anak-anak dengan kelas tuisyen supaya anak-anak tidak dapat melibatkan diri dalam kegiatan tidak berfaedah seperti menyertai kongsi gelap,vandalisme dan melepak dengan kawan. | Untuk lebih lebih memahami binaan ayat dan penggunaan perkataan yang betul, sila bertanya kepada guru di sekolah dan banyakkan berbincang dengan rakan pelajar. Ruang yang terhad ini tidak dapat membimbing pelajar dengan rinci dan jelas. Kami juga tidak menyediakan perkhidmatan menyemak esei atau tulisan, sekalipun dihantar satu demi satu. | Tatabahasa | 29.09.2015 |
definisi sebenar kemudahan awam dan cara mengatasi gejala merosakkan kemudahan awam | Kemudahan awam bermaksud prasarana yang disediakan oleh pihak kerajaan di tempat awam seperti tandas, telefon, tong sampah, tempat berteduh bagi pejalan kaki dan lain-lain, yang ditempatkan di sepanjang lebuh raya atau jalan raya, padang permainan, dewan serbaguna, pasar, sekolah, dan pejabat kerajaan. Gejala merosakkan kemudahan awam boleh merugikan semua pihak. Rakyat harus menghargai kemudahan awam ini dan menjaganya dengan baik demi kebaikan bersama. Elakkan sikap vandalisme. | Makna | 09.02.2008 |