Salam. Saya bekerja disyarikat roti. Kami ingin mengeluarkan produk baharu iaitu TIGER SKIN SPONGE CAKE WITH LAYERED FLAVOUR COFFEE, PANDAN, VANILLA. Adalah dengan ini saya ingin meminta bantuan untuk menterjemahkan nama ini ke dalam Bahasa Melayu untuk penjenamaan produk. Segala keprihatinan tuan amatlah kami hargai. Terima kasih. | Cadangan padanan terjemahan bagi TIGER SKIN SPONGE CAKE WITH LAYERED FLAVOUR COFFEE, PANDAN, VANILLA ialah KEK SPAN CORAK HARIMAU BERPERISA KOPI, PANDAN DAN VANILA. | Penyemakan dan penterjemahan | 26.11.2023 |
Apakah terjemahan yang sesuai untuk French Vanilla Flavour dalam Bahasa Melayu? | Untuk makluman, DBP tidak menjalankan kerja penterjemahan atau menawarkan khidmat penyemakan terjemahan, sama ada daripada bahasa Melayu kepada bahasa asing atau sebaliknya. Sila hubungi Persatuan Penterjemah Malaysia (PPM), melalui talian 03-9226 2506 atau e-mel terjemah1@gmail.com | Penyemakan dan penterjemahan | 25.02.2025 |
i nak sumit papan iklan atrwork utk restoran cheeky seven cafe , almat no 40, jalan anggerik vanilla M31/m,40400 shah alam. | Untuk pengesahan iklan klik domain Khidmat Pengesahan Bahasa DBP di http://10.1.102.46/Iklan/Pelanggan/login.aspx. | Lain-lain | 20.06.2013 |
Salam Mohon semakan terjemahan bagi ayat-ayat di bawah: A rich and intense dark coffee with notes of sweet fruits. Kopi pekat yang pahit dan kuat dengan aroma dengan perisa buah-buahan manis. Fresh and fruity medium roast with notes of chocolate and vanilla. An extraordinary single-origin coffee with a unique story to tell. Panggang sederhana berasa buah dan segar dengan aroma serta perisa coklat dan vanila. Kopi asal tunggal yang luar biasa dengan kisah unik untuk diceritakan. Premium coffee with a purpose. Uganda coffee farmers growing together through business, not charity. Every cup matters. Kopi premium dengan tujuan memanfaatkan. Peladang kopi Uganda bersama-sama berkembang melalui peniagaan, bukan kebajikan. Setiap cawan kopi itu penting. A medium-dark coffee with a good body, a fruity acidity and notes of cocoa in the aftertaste for a typical coffee experience. Kopi sederhana pekat dengan tekstur yang sederhana, keasidan berasa buah serta perisa koko dalam kesan rasa untuk merasai pengalaman kopi yang tipikal. Terima kasih. | Terjemahan yang baik dan tepat memerlukan pemahaman berkaitan konsep dan konteks penggunaan teks dalam sesebuah bidang. Untuk makluman, DBP tidak menjalankan kerja penterjemahan atau menawarkan khidmat penyemakan terjemahan, sama ada daripada bahasa Melayu kepada bahasa asing atau sebaliknya. Sila hubungi Persatuan Penterjemah Malaysia (PPM), melalui talian 03-9226 2506 atau e-mel terjemah1@gmail.com. | Penyemakan dan penterjemahan | 26.07.2021 |
Saya sertakan fail di bawah bagi semakan istilah-istilah Bahasa Melayu yang saya gunakan untuk senarai bahan-bahan. | Berikut terjemahan yang betul: Bahan: Tepung Gandum, Lelemak Sayuran, Gula, Oat, Tepung Susu, Ubi, Biji Bunga Matahari, Halia, Garam, Sodium Bikarbonat, Ammonia Bikarbonat, Pengimulsi, Serbuk Kayu Manis, Mentega Vanila. Ingredients: Wheat Flour, Vegetable Shortening, Sugar, Oats, Milk Powder, Tapioca, Sunflower Seed, Ginger, Salt, Sodium Bicarbonate, Ammonium Bicarbonate, Emulsifier, Cinnamon Powder, Butter Vanilla. Untuk padanan istilah yang lain, tuan boleh menggunakan enjin carian Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM). Sila layari http://prpm.dbp.gov.my dan memasukkan maklumat yang ingin dicari dalam ruang yang disediakan dan klik "cari".
| Istilah | 05.06.2014 |
MAKSUD INTISARI DALAM B.I SELAIN DARI ESSENCE | Menurut Kamus Inggeris Melayu Dewan mendefinisikan kata essence; - n 1. basic or most important characteristic, intipati, intisari: justice should be the ~ of all laws, keadilan seharusnya menjadi intipati semua undang-undang; 2. extract used to flavour food, esen: vanilla ~, esen vanila;
in ~pd dasarnya: the two arguments appear to be similar, but in ~ they are entirely different, dua hujah itu nampak sama, tetapi pd dasarnya sama sekali berbeza; of the ~, (fml) sangat penting: in giving first aid, speed and care are of the ~, dlm memberikan pertolongan cemas, kecepatan dan ketelitian adalah sangat penting.
| Makna | 11.06.2009 |