Saya ingin bertanya apakah istilah yang tepat untuk penggunaan vape ...... adakah menghisap vape atau menggunakan vape ? Seperti yang kita sedia maklum, perbuatan menghisap rokok adalah merokok. Bagaimana pula dengan vape atau rokok elektronik? | Cadangan istilah bagi penggunaan "vape" ialah "mengewap". | Penyemakan dan penterjemahan | 30.11.2015 |
Adakah perkataan vape ada dalam bahasa Melayu. Jikalau ada, adakah perkataan ini dikira sebagai bahasa percakapan dan diitalikkan? | Untuk makluman, perkataan "vape" tidak ada dalam bahasa Melayu. Walau bagaimanapun, padanan bahasa Melayu yang dicadangkan untuk "vape" ialah rokok elektronik. | Istilah | 01.12.2015 |