Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : n pembolehubah. (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : 4. (math) pembolehubah: a ~ number, nombor pembolehubah; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : 3. fickle, berubah-ubah, tdk tetap: her affections are ~ and unpredictable, kasih sayangnya berubah-ubah dan tdk dapat diramalkan; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : 2. that can be varied, boleh diubah: the heat produced is ~ at will, haba yg dihasilkan boleh diubah apabila dikehendaki; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : adj 1. changeable, berubah-ubah: he is a man of ~ opinion, dia lelaki yg berubah-ubah fikirannya; a ~ rainfall, jumlah hujan yg berubah-ubah; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata variable


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Mohon terjemahkan ke dalam Bahasa Melayu: 1. Endogenous Variable 2. Exogenous Variable 3. Latent Variable 4. Koefisien DeterminationPadanan bahasa Melayu untuk istilah yang diberikan adalah seperti yang berikut:

1. Endogenous Variable - Pemboleh Ubah Endogen
2. Exogenous Variable - Pemboleh Ubah Eksogen 
3. Latent Variable - Pemboleh Ubah Pendam
4. Coefficient Determination - Penentuan Pekali
Istilah21.09.2016
Salam tuan/puan, Bolehkah saya dapatkan terjemahan istilah berikut dalam konteks statistik, secara spesifiknya Model Persamaan Struktur? i) latent variable ii) manifest variable Terima kasih.Dalam sumber rujukan kami, padanan latent variable ialah pemboleh ubah pendam, dan manifest variable kami mencadangkan diterjemahkan kepada pemboleh ubah ketara.Penyemakan dan penterjemahan18.09.2017
selamat sejahtera, saya mohon bantuan tuan menterjemahkan perkataan berikut: 1. antecedent factor 2. moderating variable 3. mediating variable 4. stakeholder theory 5. strategic capabilities terima kasih1. antecedent factor - faktor sebelumnya/faktor luar jangka/faktor antesedan
2. moderating variable - pemboleh ubah sederhana
3. mediating variable - pemboleh ubah perantaraan 
4. stakeholder theory - teori pelbagai kepentingan
5. strategic capabilities - kemampuan strategi
Untuk makluman, istilah nombor 1. dan 2. ialah cadangan pihak kami kerana belum ada istilah bahasa Melayu yang khusus untuk kedua-dua istilah tersebut.
Istilah21.02.2013
variableTiada soalan yang dikemukakan, sila hubungi kami semula dan nyatakan soalan saudara dengan jelas.Lain-lain13.12.2011
1. Adakah terma Communities of Practice yang diperkenalkan oleh Lave & Wenger (1991) boleh diterjemahkan ke bahasa Malaysia? Kalau boleh, apakah terjemahan yang terbaik? 2. Apakah terjemahan terbaik untuk moderator variable dan mediator variable? Terima kasih.Untuk makluman istilah "communities of practice" dan "mediator variable" tidak ada dalam pangkalan data kami. Istilah "moderator variable" terdapat dalam bidang pendidikan, dan istilah bahasa Melayunya ialah pemboleh ubah sederhana.Istilah23.04.2013
Apakah istilah bagi kata nama "measured variable" dalam bidang statistik?Tidak ada istilah "measured variable" dalam pangkalan data kami. Untuk makluman padanan istilah measured ialah terukur dan dalam bentuk kata umum ialah satu-satu atau berhati-hati. Padanan variable dalam bidang Matematik ialah berubah.Istilah07.06.2011
mohon untuk terjemahkan penggunaan perkataan adaptive selling behavior dan latent variable dalam bahasa melayuTerjemahan latent variable ialah pembolehubah pendam, iaitu istilah yang digunakan dalam bidang Matematik. Walau bagaimanapun tidak ada padanan bagi adaptive selling behaviour . Sila kemukakan cadangan terjemahan (jika ada) atau konsep penggunaan frasa tersebut untuk kami mencadangkan terjemahan yang sesuai.Penyemakan dan penterjemahan09.01.2015
Assalamualaikum dan salam sejahtera.saya ingin mendapatkan kepastian bagi terjemahan istlah yang berikut. Apakah terjemahan paling sesuai bagi 'variable region' serta 'constant region'.Kedua-dua struktur tersebut terdapat pada imunoglobulin. Bolehkah saya terjemah 'variable region' sebagai kawasan boleh ubah manakala 'constant region' sebagai kawasan malar. Terima kasih atas bantuan.Waalaikumsalam dan salam sejahtera,


Terjmahan yang kami sarankan:

variable region: bahagian boleh ubah

constant region: bahagian malar

Sekian, terima kasih.
Penyemakan dan penterjemahan16.08.2017
apakah maksud endogenous dan exogenous variable yang digunakan dalam penulisan tesis/kajianMengikut data DBP, padanan endogenous dan exogenous variable dalam bahasa Melayu ialah ‘endogenus’ dan ‘pemboleh ubah eksogen’ namun boleh berubah mengikut konteks penggunaan serta bidang. Maksud istilah ini tiada dalam data kami.Istilah26.11.2014
Assalamualaikum wr wt Saya ingin bertanya mengenai satu variable dalam kajian saya iaitu "Family supportive supervisor behaviour? Adakah ia merupakan “penyelia sokongan terhadap keluarga” atau “sokongan penyelia terhadap keluarga”. Family-supportive supervisor behavior = atau ia sepatutnya diterjemah sebagai “tingkah laku penyelia yang menyokong keluarga:? Supervisor saya meminta saya mendapatkan khidmat nasihat DBP. Terima kasihKami mencadangkan “tingkah laku penyelia sokongan keluarga” sebagai pemboleh ubah (variable) bagi padanan “family supportive supervisor behaviour”.Penyemakan dan penterjemahan17.06.2020
12

Kembali ke atas