Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[va.rian] | ۏاريان

Definisi : 1. sesuatu yg menyimpang atau ber­lainan drpd yg lazim atau standard, kelainan; 2. bentuk atau ejaan yg berlainan bagi per­kataan yg sama. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata varian


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
paku + me = memaku panas + me = memanas pancing + me = memancing Mengapa pamer + me = mempamer, bukannya memamer?Awalan Men ialah awaln yang membentuk kata kerja aktif, sama ada transitif atau tak transitif. Awaln ini mempunyai empat varian, bergnatung pada huruf pertama kata dasar yang bercantum dengannya iaitu, me, men, dan meng. Bnetuk-bentuk varian ini berlaku seperti yang berikut; men menjadi men apabila bergabung dengan kata dasar yang bermula dengan huruf m, n, ny, r, l, w, dan y. Contohnya masak-memasak, nanti-menanti, nya-menyala. Untuk keterangan lebih lanjut sila rujuk Tatabahasa Dewan di bawah tajuk Kata kerja terbitan muka surat 151.Tatabahasa13.08.2008
Makna alormof dalam morfem.Pewujudan morfem disebut alomorf atau varian morfem. Dalam perkataan lain alomorf itu tidak lain dari morfem dalam penggunaannya yang sebenar. Sesuatu morfem itu sekurang-kurangnya mempunyai satu alomorf. Tidak ada morfem yang tidak mempunyai alomorf.Makna03.11.2007
makna alomorf

Pewujudan morfem disebut alomorf atau varian morfem. Dalam perkataan lain alomorf itu tidak lain dari morfem dalam penggunaannya yang sebenar. Sesuatu morfem itu sekurang-kurangnya mempunyai satu alomorf. Tidak ada morfem yang tidak mempunyai alomorf.

Makna25.05.2010
Perbezaan diantara perkataan 'baru' dengan 'baharu'Kata "baru" dan "baharu" dianggap sebagai varian dalam bahasa Melayu. Menurut Kamus Dewan, baharu atau baru bermaksud membaharui, memperbaharui, membaiki semula (melakukan sesuatu, mengubah, dll). Bagi menjawab pertanyaan saudara, "baru" kebiasaannya merujuk kepada masa, bagi membantu, dalam bahasa Inggeris, kata "just" digunakan untuk mempamerkan penggunaan kata ini. Contoh ayatnya, "Dia baru tiba dari Kuala Lumpur". Kata "baharu" pula merujuk kepada sesuatu yang baru. Terjemahan dalam bahasa inggerisnya, "new", termasuk digunakan untuk barang-barang. Contoh, "Buku Tatabahasa Dewan Edisi Baharu". Walau bagaimanpun tidak salah juga kita menyebut "Buku Tatabahasa Dewan Edisi Baru".Tatabahasa23.08.2011
Tahun Baru Cina atau Tahun Baharu Cina.... yang mana betulPerkataan baru dan baharu kedua-duanya diterima sebagai varian, walau bagaimanapun ungkapan yang tepat dari segi tatabahasa ialah "Tahun Baharu Cina".Tatabahasa22.02.2013
Bagaimana ejaan yang betul? jawaban atau jawapanJawapan dan jawaban boleh digunakan dan merupakan varian. Jawaban adalah betul dari segi morfologi, iaitu pengimbuhan kata dasar jawab + akhiran -an, manakala jawapan pula diterima pakai disebabkan kelaziman penggunaannya. Kamus Dewan Edisi Keempat menjadikan jawapan sebagai subentri kepada jawab. Tatabahasa15.12.2011
apakah yang dimaksudkan dengan alomorf?

Pewujudan morfem disebut alomorf atau varian morfem. Dalam perkataan lain alomorf itu tidak lain dari morfem dalam penggunaannya yang sebenar. Sesuatu morfem itu sekurang-kurangnya mempunyai satu alomorf. Tidak ada morfem yang tidak mempunyai alomorf.

Tatabahasa11.07.2011
Saya ingin bertanya, adakah penggunaan perkataan "jawapan" telah bertukar menjadi "jawaban"?

Jawapan dan jawaban boleh digunakan dan merupakan varian. Jawaban adalah betul dari segi morfologi manakala jawapan pula diterima pakai disebabkan kelaziman penggunaannya. Kamus Dewan Edisi Keempat menjadikan jawapan sebagai subentri kepada jawab. 

Ejaan14.07.2010
Apakah perbezaan antara jawapan dengan jawabanTidak ada perbezaan antara jawapan dengan jawaban. Kedua-duanya betul. Jawapan dan jawaban boleh digunakan dan merupakan varian. Jawaban adalah betul dari segi morfologi manakala jawapan pula diterima pakai disebabkan kelaziman penggunaannya. Kamus Dewan Edisi Keempat menjadikan jawapan sebagai subentri kepada jawab. Istilah17.03.2010
Kata "jawab" ialah kata akar. Mengapakah apabila ditambah imbuhan akhiran -an, kata ini menjadi "jawapan" dan bukannya "jawaban"?Jawapan dan jawaban boleh digunakan dan merupakan varian. Jawaban adalah betul dari segi morfologi manakala jawapan pula diterima pakai disebabkan kelaziman penggunaannya. Kamus Dewan Edisi Keempat menjadikan jawapan sebagai subentri kepada jawab. Istilah04.10.2009
1234

Kembali ke atas