SAYA PERLUKAN MAKLUMAT BERKENAAN VARIASI BAHASA DAN VARIASI DIALOG. SEGALA INFO MENGENAINYA... | Untuk menjawab soalan ini saudara perlu membaca buku yang ada di pasaran tentang perkara ini atau membuat rujukan di perpustakaan di tempat saudara. Antara buku yang boleh dirujuk ialah buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. | Lain-lain | 07.09.2008 |
mencari tentang variasi bahasa melayu,dialek bahasa melayu dan situasi bahasa melayu di Malaysiadi mal | Bagi membantu saudara mendapatkan maklumat mengenai variasi dan juga dialek, saudara boleh merujuk laman web DBP di www.dbp.gov.my dan merujuk katalog awam dalam talian. Pelbagai maklumat tentang dialek dan variasi akan dipaparkan, umpamanya hasil tulisan James T.Collins. Terima kasih kerana menggunakan Khidmat Nasihat Bahasa DBP. | Lain-lain | 04.01.2007 |
adakah tepat penggunaan perkataan variasi dalam ayat berikut : Malaysia mempunyai variasi bangsa, etnik, kaum dan agama yang berbeza | Saudara Rusyatie, Perkataan yang sesuai dan mudah difahami ialah pelbagai. | Lain-lain | 07.02.2010 |
ingin maklumat tentang variasi bahasa | Merujuk Kamus Dewan Edisi, antara maksd variasi ialah bentuk dll yg tidak seragam atau berbeza-beza, kelainan atau pelbagaian (dlm bentuk, reka cipta, dll). Untuk keterangan lanjut berkenaan varisi bahasa, saudari boleh merujuk buku-buku yang berkaitan. Antaranya ialah buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. | Makna | 09.08.2009 |
KDE4 cenderung menggunakan bentuk "jawaban" dan "kewajiban" dlm ayat contohnya berbanding bentuk "jawapan" dan "kewajipan". Apa komen pihak Tuan tentang hal ini. | Bentuk standard sesuatu perkataan dengan ejaannya yang diiktiraf sebagai betul dan rasmi ialah sebagaimana yag terdapat pada perkataan yang ditakrifkan. Perkataan yang diturunkan di akhir takrif bentuk standard ini, atau sebagai muatan rujuk silang, merupakan variasi kepada bentuk standard dan terdiri daripada variasi kata, dan dalam hal-hal tertentu sahaja variasi ejaan. Variasi kata diperturunkan, terutamanya untuk kepentingan kajian bahasa. Di samping itu ada juga kemungkinannya seseorang pengguna bahasa Melayu yang menemui sesuatu variasi kata dan tidak dapat mengenal pasti atau mengesani bentuk standardnya akan mendapat manfaat daripada rujuk silang yang diberikan dalam kamus ini. Oleh itu, bentuk standardnya ialah jawaban dan kewajiban. Variasi kata pula ialah jawapan dan kewajipan. Sekian, terima kasih. | Tatabahasa | 27.12.2006 |
apa yang di katakan dengan laras bahasa perakaunan? | Menurut Kamus Dewan, laras ialah variasi bahasa berdasarkan penggunannya. Laras bahasa perakauanan ialah variasi bahasa yang digunakan dalam bidang perakaunan. Untuk maklumat lanjut, saudari boleh mendapatkan maklumat daripada buku Tatabahasa Dewan. terima kasih. | Makna | 08.09.2006 |
Boleh berikan bagaimana sejarah pembakuan bahasa Melayu dan juga aspek-aspek pembakuannya secara terperinci. | Bahasa baku atau bahasa standard ialah suatu variasi pertuturan yang membayangkan keseragaman dari segi bentuk dan fungsi (Haugen, 1972). Menurut Furgusan (1960:8), salahbsatu ciri bahasa standard ialah bahasa yang telah mengalami standardisasi, iaitu proses pemilihan satu variasi daripada satu bahasa yang diterima secara meluas. Menurut Harvanek (1964:3 - 16), bahasa standard digunakan dalam hal-hal yang sifatnya akademik, falsafah dan profesional. Menurut Asmah Haji Omar, bahasa standard ialah satu dialek antarabeberapa dialek lain yang dituturkan oleh sesebuah masyarakat bahasa. Za'ba pula menyatakan bahasa baku menggunakan konsep gaya bahasa surat. Untuk mendapatkan huraian lanjut, sila rujuk artikel bertajuk Sebutan Baku dalam Media Massa : Ke Arah Kesempurnaan Bahasa Melayu oleh Ab. Razak Ab. Karim dalam Jurnal Dewan Bahasa, keluaran bulan Ogos 1994, halaman 734 - 747. | Makna | 09.01.2008 |
Terdapat pelbagai ciri-ciri bahasa Melayu.Bahasa bersifat dinamis,sejagat,dan bervariasi.Berikan maksud bahas bersifat dinamis,sejagat dan bervariasi. | Menurut Kamus Dewan, sejagat bermaksud seluruh dunia, sedunia, atau antarabangsa. Variasi pula bermaksud penyimpangan atau sesuatu yg menyimpang drpd keadaan (sifat, ciri-ciri, dsb) yg lazim atau standard. Variasi juga dikaitkan dengan bentuk dll yg tidak seragam atau berbeza-beza, kelainan atau pelbagaian (dlm bentuk, reka cipta, dll). Berdasarkan pengertian yang telah diberikan, diharap agar saudara boleh mengaitkan pengertian bahasa bersifat sejagat dan bervariasai. | Makna | 14.08.2007 |
apakah aspek fonologi dalam variasi bahasa | Menurut Kamus Dewan, fonologi ialah kajian tentang bunyi sebutan dalam sesuatu bahasa. Bagi membantu saudara mendapatkan maklumat berkaitan fonologi, saudara boleh membuat rujukan pada Buku Fonetik dan Fonologi (Arbak Othman), Teori Linguistik (Ahmad Mahmood Musanif, Arbak Othman) dan juga Buku Tatabahasa Dewan. | Tatabahasa | 30.07.2010 |
salam..bagaimana nak menterjemah variasi bahasa?contoh yellow: apricot,amber, cadmium, buff, chrome yellow, cream, orange, peach, beige, vivid yellow, pure yellow...bagaimana utk menerangkanya? | terjemahan dan peneranganperkataan-perkataan yang saudara nyatakan boleh diperoleh dalam Kamus Inggeris - Melayu ataupun istilah-istilah yang berkaitan seperti Istilah warna, Istilah Seni Reka dll | Lain-lain | 10.07.2007 |