Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : n 1. st which is different from what is normal or usual, kelainan: it is interesting to study the cultural ~s in this country, memang menarik utk mengkaji kelainan budaya di negeri ini; her novels are ~s on a basic theme, novel-novelnya ialah kelainan drpd satu tema yg asas; 2. degree of varying, berubah-ubah: ~ in temperature, suhu yg berubah-ubah; there are great ~s in price for the same articles, bagi benda yg sama harganya sangat berubah-ubah; 3. (biol) variasi; 4. (math) variasi; 5. (mus) ragaman: ~s on a theme by Brahms, ragaman pd tema oleh Brahms; 6. (ling.) variasi: conditioned ~, variasi bersyarat. (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata variation


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera, Betulkah jika istilah “Translation Variation Theory" diterjemahkan sebagai "Teori Variasi Terjemahan"? Terima kasih.Cadangan terjemahan bahasa Melayu bagi frasa Translation Variation Theory ialah Teori Variasi Terjemahan.Penyemakan dan penterjemahan01.06.2023
Majalah-majalah yang bertimbun itu kami baca. Berdasarkan ayat ini, di manakah kesalahannya. Majalah-majalah atau bertimbun-timbun

variation-settings: normal; caret-color: #000000; color: #000000; -webkit-text-size-adjust: auto;">Ayat yang betul adalah seperti yang berikut:

  1. variation-settings: normal;">Majalah yang bertimbun-timbun itu kami baca.
  2. variation-settings: normal;">Majalah yang bertimbun itu kami baca.
Tatabahasa07.05.2025
mengapakan istilah bahasa inggeris yang di melayukan mengunakan '-si' di akhiran perkataan..dan bukannya '-kan', '-se' atau sebagainya. contoh: tranformation=trafomasi modification=modifikasi aplication=aplikasi *terdapat pelbagai contoh perkataan lain juga yang diakhiri dengan '-si' saya mengalami kekeliruan terhadap persoalan nih.. harap Tuan/Puan dapat membantu menyelesaikan masalah yang saya hadapi ini..terima kasih atas bantuan..Untuk makluman, dalam tatacara pembentukan istilah terdapat satu kaedah, iaitu penyerapan yang bermaksud mengambil keseluruhan istilah asing dengan atau tanpa penyesuaian ejaan dan sebutan. Proses penyesuaian istilah asing mengutamakan bentuk visual, yakni bentuk ejaannya, supaya sesuai dengan sistem ejaan bahasa Melayu. Akhiran asing -tion boleh dipadankan menjadi -si atau -syen. Contohnya, tradition (tradisi), variation (variasi), convention (konvensyen) dan convocation (konvokesyen). Akhiran -kan merupakan salah satu daripada imbuhan yang membentuk kata kerja, contohnya belikan dan padamkan. Tidak ada akhiran -se dalam bahasa Melayu.Istilah14.02.2012
Adakah benar tokoh bahasa Melayu hari ini telah banyak menginggeriskan bahasa Melayu dan banyak mengambil perkataan serta istilah saduran dan pinjaman dalam bahasa Inggeris. Benarkah bagi apa-apa perkataan atau istilah saduran dan pinjaman daripada bahasa Inggeris yang ada akhiran ''tion'' maka perkataan atau istilah yang dimelayukan akan berakhiran dengan ''si''. Mengapakah perkara ini boleh berlaku sedangkan bahasa Melayu itu sendiri banyak dan kaya dengan perkataan, istilah,perbendaharaan kata serta kosa kata yang boleh dipilih, direka, diperbaharui dan digubal.Saya sebagai dan selaku pencinta bahasa Melayu sungguh kecewa dan mohon penjelasan yang sewajarnya dari pihak DBP.Perkara sebegini perlu dipandang sungguh-sungguh oleh tokoh-tokoh bahasa yang bijak pandai lagi dihormati. Saya juga mohon supaya mengurangkan perkataan, kosa kata serta istilah saduran dan pinjaman bahasa Inggeris dan Eropah. Pada pandangan saya, bahasa Melayu akan lebih berdiri megah dengan perkataan , kosa kata, perbendaharaan kata dan istilahnya sendiri tanpa banyak pinjaman. Masyarakat juga lebih memahami serta dapat mengerti dalam melontarkan dan mengucapkan kata-kata.Untuk makluman, salah satu cara pembentukan istilah bahasa Melayu adalah melalui penyerapan. Penyerapan istilah asing menjadi istilah behasa Melayu bermakna mengambil keseluruhan istilah asing dengan atau tanpa penyesuaian ejaan dan sebutan. Kaedah ini digunakan apabila; 1. Istilah asing yang akan diserap memperlihatkan mudahnya pemindahan timbal balik antara istilah asing dengan istilah Melayu dalam konteks keperluan pemindahan ilmu pengetahuan. 2. Istilah asing yang akan diserap mempermudah pemahaman teks asing oleh pembaca Malaysia kerana memberi ciri transparensi teks. 3. Istilah asing yang akan diserap lebih ringkas jika dibandingkan dengan terjemahan Melayunya. 4. Istilah asing yang akan diserap mempermudah kesepakatan antara pakar jika padanan terjemahannya terlalu banyak sinonimnya. 5. Istilah asing yang akan diserap lebih sesuai dan tepat kerana tidak mengandungi konotasi buruk. Akiran "-tion" pada istilah bahasa Inggeris boleh dipadankan menjadi "-si" dan "-syen". Contohnya: tradition- tradisi, variation - variasi, convention - konvensyen, convocation - konvokesyen. Untuk maklumat lanjut tentang perkara di atas, sila rujuk buku "Pedoman Umum Pembentukan Istilah Bahasa Melayu Edisi Baharu" terbitan DBP.Istilah20.01.2014

Kembali ke atas