| carian istilah BM yg tepat utk perkataan berikut: Panel Data/Panel Unit Root Test/Panel Cointegration Model/Panel Vector Error Correction Model TQ | 1.Data Panel 2.Ujian Akar Unit Panel 3.Model Panel Bersepadu 4.Model Panel Pembetulan Ralat Vektor TQ | Penyemakan dan penterjemahan | 02.07.2014 |
| Assalamualaikum dan salam sejahtera. Saya ingin bertanyakan perterjemahan perkataan dari Bahasa inggeris ke Bahasa melayu yang khusus dalam bidang ekonomi dan ekonometrik. Perkataan-perkataannya ialah: 1. Real Effective Exchange Rate 2. Error Correction Model 3. Vector Error Correction Model 4. General Autoregressive Conditional heteroskedasticity (GARCH) Terima kasih. | Terjemahan perkataan tersebut tiada dalam sumber rujukan kami. Cadangan kami: 1. Real Effective Exchange Rate - kadar pertukaran berkesan sebenar 2. Error Correction Model - model pembetulan ralat 3. Vector Error Correction Model - model pembetulan ralat vektor 4. General Autoregressive Conditional heteroskedasticity (GARCH) - heteroskedastisiti bersyarat autoregresif am Untuk makluman cadangan terjemaha ini dibuat dengan merujuk buku Daftar Istilah Industri Perkhidmatan Kewangan. | Penyemakan dan penterjemahan | 15.12.2017 |
| yang manakah betul? pecutan adalah suatu kuantiti vektor atau pecutan ialah suatu kuantiti vektor. terima kasih. | Frasa yang betul ialah "Pecutan ialah suatu kuantiti vector..." | Tatabahasa | 10.07.2013 |