Mohon pihak tuan mencadangkan perkataan Melayu untuk: MOBILE PATROL VEHICLE Terima kasih | Untuk makluman, tidak terdapat istilah khusus bahasa Melayu untuk "mobile patrol vehicle". Walau bagaimanapun , istilah bahasa Melayu untuk "patrol vehicle" ialah kenderaan ronda. | Istilah | 09.05.2013 |
SPECIAL PURPOSE VEHICLE | ENTITI KEGUNAAN KHAS | Istilah | 02.11.2010 |
Apakah terjemahan untuk " Special Purpose Vehicle Company" dalam bahasa Melayu. Terima Kasih | Untuk makluman, tidak ada istilah khusus untuk Special Purpose Vehicle dalam pangkalan data kami. Walau bagaimanapun, terdapat padanan istilah bahasa Melayu untuk special purpose, iaitu kegunaan khusus, kegunaan khas dan tujuan khas. Oleh itu, padanan bahasa Melayu yang dicadangkan untuk Special Purpose Vehicle Company ialah Syarikat Kenderaan Kegunaan Khas atau Syarikat Kenderaan Kegunaan Khusus. | Istilah | 10.01.2012 |
Apakah padanan bagi istilah spacecraft, spaceplane dan space vehicle? Terima kasih. | Untuk makluman istilah spacecraft dan space vehicle adalah sama. Padanan bahasa Melayu untuk kedua-dua istilah ini ialah pesawat angkasa atau kapal angkasa. Istilah spaceplane tidak terdapat dalam pangkalan data kami. | Istilah | 25.09.2012 |
Salam, mohon cadangan terjemahan untuk off-road vehicle. Menurut jawapan dikemukakan sebelum ini, kenderaan luar jalan raya/selain jalan raya. Mungkin ada cadangan terjemahan lebih pendek? Terima kasih. | Kami berpandangan terjemahan "kenderaan luar jalan raya" dan frasa tersebut tidak dapat diringkaskan untuk menjelaskan maksud off-road vehicle. | Penyemakan dan penterjemahan | 24.07.2014 |
Salam, apakah padanan bahasa Melayu untuk ungkapan bahasa inggeris berikut, all-terrain vehicle (ATV), amphibious vehicles, sports utility vehicles (SUV) dan motorcross? Terima kasih. | Untuk makluman, istilah bahasa Melayu untuk amphibious vehicles ialah kenderaan amfibia atau kenderaan dua alam. Istilah untuk motorcross ialah lumba kereta lasak. Walau bagaimanapun, belum ada istilah khusus untuk all-terrain vehicles dan sports utility vehicle. Istilah ini akan kami kemukakan kepada Bahagian Peristilahan dan Leksikologi untuk mendapat padanan bahasa Melayu yang sesuai. | Istilah | 10.09.2012 |
Dalam bidang kewangan, syarikat boleh mendapatkan modal dengan cara pengsekuritian aset. Cara yang digunakan ialah melalui special purpose vehicle (SPV) di mana originator akan tubuhkan SPV. Aset originator dipindahkan kepada SPV, SPV keluarkan bon kepada pelabur dan wang daripada bon diberi kepada originator. Apakah perkataan yang boleh digunakan bagi menggantikan originator dan SPV? | Saudara Joseph, Cadangan padanan bahasa Melayu bagi perkataan 'special purpose vehicle' dan 'originator' ialah 'kenderaan kegunaan khas' dan 'pemula'. | Istilah | 22.06.2009 |
terjemahan special purpose vehicle | Cadangan terjemahan ialah kenderaan kegunaan khas. | Istilah | 20.04.2009 |
Salam sejahtera, Bolehkah "Have the vehicle checked" diterjemahkan sebagai "Pastikan kenderaan diperiksa"? Jika tidak, sila berikan pendapat dan cadangan anda. Mohon pendapat dan cadangan pihak DBP. Terima kasih. | Selamat Sejahtera, Kami cadangkan "Pastikan kenderaan anda diperiksa" | Penyemakan dan penterjemahan | 14.01.2018 |
APAKAH MAKSUD KENDERAAN TIDAK BERMOTOR ATAU 'NON MOTORISED VEHICLE' | Tidak bermotor bermaksud tidak berjentera, contohnya pesawat peluncur ialah sejenis kapal terbang yang tidak bermotor (berjentera). | Makna | 19.12.2010 |