Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[vé.te.ran] | ۏيترن

Definisi : (véteran) 1. bekas askar (perajurit, pejuang); 2. jaguh lama (sukan dll); 3. orang yg telah banyak pengalamannya (dlm sesuatu perkara); ~ perang askar yg pernah terlibat dlm sesuatu peperangan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[vé.te.ran] | ۏيترن

Definisi : /véteran/ 1 bekas askar (perajaurit, pejuang). 2 jago lama (dlm gelanggang bola sepak dll); bekas pemain. 3 orang yg banyak pengalamannya dlm sesuatu perkara. ~ perang askar yg pernah terlibat dlm sesuatu peperangan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata veteran

Peribahasa

75

If the shoe fits, wear it

Jika kita terasa apabila dikritik meskipun nama kita tidak disebut maka kritikan itu memang ditujukan tepat kepada kita.

Siapa makan cabai (lada) dialah terasa pedas (kepedasan)

When a Malay film portrayed a character who could not speak proper English, a veteran actress suddenly flew into a temper, accusing that the producer was trying to make fun of her. " If the cap fits, wear it!" rebuked the film producer.

Apabila sebuah filem Melayu memaparkan satu watak yang lintang-pukang bahasa Inggerisnya, seorang pelakon veteran tiba-tiba melenting marah, dengan menuduh bahawa pengeluar filem itu cuba mempersendakannya." Siapa makan lada dialah terasa pedas!" tempelak pengeluar filem itu.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(7)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
tentera veteran atau veteran tentera?Tentera veteranLain-lain04.10.2013
Wujudkah penggunaan hyphens (sempang '-') dalam tatabahasa Melayu? Sebagaimana yang ada dalam Bahasa Inggeris. Contoh: thirty-three, 40-years-old man, First-World-War veteran, "that ten-pound baby looks cute". Selain penggunaan sempang pada perkataan contoh: rama-rama, 80-an, dan ke-3.Tanda sempang umumnya digunakan untuk mengurangkan kekeliruan. Antara fungsinya:

1. Menunjukkan dan menegaskan ejaan sesuatu perkataan.
2. Menunjukkan pertuturan yang tidak lancar.
3. Memisahkan angka yang berbeza fungsi.
4. Menggabungkan kata dasar yang dipendekkan untuk menyatakan sifat.
5. Menunjukkan kata ganda.
Ejaan22.12.2017

Kembali ke atas