| Apakah terjemahan untuk perkataan vigilante atau definisi paling tepat untuk menjelaskanya? | Salam sejahtera, Merujuk kepada soalan tuan, "vigilante" bermaksud anggota sukarelawan yang mengawasi keamanan di sesuatu kawasan. Untuk maklumat tambahan, istilah sasar bagi perkataan "vigilance" pula ialah kewaspadaan yang digunakan dalam bidang perubatan, kejuruteraan dan psikologi. Istilah sasar bagi istilah sumber "vigilance committee" ialah jawatankuasa pengawasan yang selalu digunakan dalam bidang sains politik. Justeru, penggunaan istilah yang tepat dan bersesuaian bergantung kepada konteks ayat. Terima kasih. | Istilah | 18.01.2018 |