Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : kep Very Important Person (orang penting atau orang kenamaan). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Adakah anda bermaksud : VIP,vie,vim,viz,via

Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata vip


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
vip atau VIP? (Bila huruf besar atau kecil) Contoh ayat: 1. Semua ajk bersetuju dengan keputusan tersebut. 2. Semua ajk PIBG bersetuju dengan keputusan tersebut.

Ejaan yang betul ialah VIP dan AJK kerana keda-duanya singkatan. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga.

Tatabahasa01.01.2009
1. VIP & VVIP dalam Bahasa Malaysia 2. Apa perbezaan VIP & VVIP?1. VIP dalam bahasa Melayu ialah orang penting atau orang kenamaan. VVIP pula ialah tetamu kehormat utama.
2. VIP terdiri daripada golongan yang lebih penting daripada orang kebanyakan, manakala VVIP pula terdiri daripada golongan yang amat berpengaruh seperti kerabat diraja, ahli politik dan sebagainya.
Istilah15.12.2020
Apakah perkataan dalam Bahasa Melayu yang paling sesuai digunakan bagi mengantikan perkataan 'VVIP','VIP', dan 'Portluck?. Selain itu, apakah perbezaan ketara antara 'VVIP' dengan 'VIP'.?1. Istilah bahasa Melayu untuk "potluck" ialah juadah bawaan.
2. Sila rujuk vip">http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=vip dan http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=vvip .
Penyemakan dan penterjemahan01.03.2017
salam...saya ingin bertanya berkenaan tulisan jawi... bagaimana nak jawikan 1)PA Sistem?.....2)Bilik makan VIP?...3)jawikan kod G-D 4, contohnya......tk...1. في اي سيستم
2. بيليق ماكن وي.اي.في (VIP - va ya . alif ya . pa ya) 
3. 4 G-D كود
Ejaan28.05.2012
Saya ingin mendapatkan nama yang sesuai untuk menggantikan nama Bilik Jamuan VIP, Bilik Makan Guru, Bilik Gerakan dan Bilik Wawasan. Bilik Gerakan dan Bilik Wawasan di sekolah saya digunakan untuk mengadakan mesyuarat. Jika ada nama yang seerti atau klasik saya berharap mendapat respons daripada DBP.Terima kasih.Cadangan kami bagi bilik jamuan atau bilik makan guru, boleh digunakan bilik rehat sahaja atau sudut selera. Bagi bilik gerakan dan bilik wawasan boleh digunakan bilik kegiatan, bilik sumbang saran, bilik perbincangan, atau bilik gagasan. Bilik gerakan dan bilik wawasan juga boleh dinamakan sempena nama tokoh terkenal dalam organisasi saudara.Lain-lain08.01.2009
Dengan segala hormatnya, perkara diatas adalah dirujuk. 2. Sukacita dimaklumkan dijemput sebagai Tetamu VIP di Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Daerah Timur Laut dan Barat Daya (Zon III). Majlis akan diadakan seperti ketetapan berikut:- Tarikh : 18 Januari 2018 (Khamis) Masa : 10.00 Pagi Tempat : Dewan Masjid Daerah Barat Daya 3. Sehubungan itu, Kehadiran tuan puan dalam menjayakan majlis ini amatlah dihargai. Sekian terima kasih.Dengan segala hormatnya, perkara di atas dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa tuan dijemput sebagai tetamu kenamaan Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Daerah Timur Laut dan Barat Daya (Zon III). Majlis akan diadakan seperti ketetapan berikut:

    Tarikh : 18 Januari 2018 (Khamis) 
    Masa   : 10.00 Pagi 
    Tempat : Dewan Masjid Daerah Barat Daya

3. Atas perhatian dan kesudian tuan untuk hadir dan menjadi tetamu kenamaan dalam majlis ini amatlah dihargai.

Sekian. terima kasih.
Tatabahasa21.02.2018
Bagaimana penggunaan panggilan hormat Yang berbahagia, Yang dihormati dan yang berusaha dalam Majlis formal untuk tetamu vip yang hadir

Berdasarkan Surat Pekeliling Am Bilangan 4 Tahun 2014, Panggilan Hormat dan Kaedah Penggunaannya.

Panggilan hormat “Yang Berbahagia” digunakan untuk mereka yang bergelar Tan Sri, Puan Sri, Datuk Seri, Datin Seri, Datuk Paduka, Datin Paduka, Dato’, Datuk, Datin dan lain-lain.

Panggilan hormat “Yang Berusaha” digunakan untuk pegawai kerajaan yang kanan tetapi tidak mempunyai apa-apa gelaran, sama ada gelaran warisan ataupun anugerah. Kebiasaannya kata sapaan diikuti oleh nama rujukan kehormat.    

Walau bagaimanapun, panggilan hormat “Yang Dihormati” tidak ada dalam surat pekelilimg tersebut. Panggilan ini ada digunakan di negeri-negeri seperti negeri Pahang dan agensi perkhidmatan awam seperti Polis Diraja Malaysia. Untuk maklumat lanjut tentang panggilan tersebut, sila rujuk kerjaan negeri dan agensi yang berkenaan.


Lain-lain09.07.2026
Salam. Yang mana lebih tepat : " Yang Berhormat - Yang Berhormat Dato' " atau "Yang Berhormat Dato'- Dato' "... situasinya : terdapat ramai YB-YB yang bergelar Dato', di samping VIP bukan YB bergelar Dato'..Orang yang bergelar Dato' tetapi bukan Yang Berhormat disapa sebagai Yang Berbahagia Dato', manakala Yang Berhormat khusus kepada Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri. Sapaan yang betul ialah Yang Berbahagia Dato'-Dato', Yang Berhormat Dato' -Dato' ....Tatabahasa26.06.2012
Untuk 'airport golden lounge', apakah perkataan terbaik dalam bahasa untuk mentafsirkannya. Antara ketiga-tiga pilihan dibawah, yang mana satukah paling sesuai: 1. Bilik singgah 2. Bilik VIP 3. Ruangan mewah 4. Ruang menunggu Mohon bantuan dan penjelasan daripada tuan. Terima kasih. Merujuk kepada soalan di atas, bolehkah perkataan 'lounge' dikekalkan untuk tujuan pengiklanan dan penerbitan majalah dan suratkhabar?Untuk makluman, belum ada istilah bahasa Melayu yang khusus untuk airport golden lounge. Oleh itu, istilah yang dicadangkan ialah ruang menunggu mewah. Perkataan "lounge' tidak boleh digunakan dan perlu diterjemahkan kepada bahasa Melayu.Istilah04.01.2013
Untuk 'airport golden lounge', apakah perkataan terbaik dalam bahasa untuk mentafsirkannya. Antara ketiga-tiga pilihan dibawah, yang mana satukah paling sesuai: 1. Bilik singgah 2. Bilik VIP 3. Ruangan mewah 4. Ruang menunggu Mohon bantuan dan penjelasan daripada tuan. Terima kasih.Untuk makluman, belum ada istilah bahasa Melayu yang khusus untuk airport golden lounge. Oleh itu, istilah yang dicadangkan ialah ruang menunggu mewah.Istilah04.01.2013
12

Kembali ke atas