Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata virtue


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
JPA mengguna pakai perkataan 'VALUE' untuk terjemahan Teras Strategik 5 - Membudayakan NILAI (Transformasi Perkhidmatan Awam). Apakah makna dan definisi VIRTUE pula? Apakah perbezaan VIRTUE dan VALUE? Bagaimana kesesuaian untuk menggunakan VIRTUE dan VALUE?Dalam data rujukan kami, padanan bahasa Melayu bagi perkataan virtue ialah sifat murni. Puan bolehlah melayari virtue&d=1">http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=virtue&d=1.Penyemakan dan penterjemahan07.04.2015
Salam, saya sedang mencari terjemahan yang sesuai untuk istilah virtue ethics. Saya maklum bahawa virtue diterjemahkan sebagai sifat murni. Terima kasih.Cadangan terjemahan kami bagi "virtue ethics" ialah etika murni. Merujuk Kamus Dewan, etika bermaksud "1. ilmu bkn prinsip-prinsip akhlak atau moral; 2. prinsip moral (atau akhlak) atau nilai-nilai akhlak yg menjadi pegangan seseorang individu atau sesuatu kumpulan (persatuan, pekerjaan, dll); ~ perubatan nilai dan garis panduan yg harus dipatuhi oleh para doktor dlm pengamalan perubatan masingĀ­-masing; beretika mempunyai atau berpegang kpd etika, berakhlak, bermoral: amalan yg tidak ~ itu perlu dihentikan segera."Penyemakan dan penterjemahan02.12.2015
Apa terjemahannya? 1. Virtue signalling 2. Status signalling 3. Conspicuous consumption
Padanan bahasa Melayu bagi istilah virtue signalling, status signalling dan conspicuous consumption ialah pengisyaratan murni, pengisyaratan status dan penggunaan lagak. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang tertentu.

Istilah02.01.2023
Bolehkah saya terjemahkan "virtue signaling" sebagai "tayang baik" dan "status singnaling" sebagai "tayang status"?Padanan bahasa Melayu bagi istilah virtue signalling ialah pengisyaratan murni, manakala padanan bahasa Melayu bagi istilah status signalling ialah pengisyaratan status. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu.Istilah05.05.2023
Salam Admin, Boleh mohon tolong check translation saya, BI ke BM seperti di bawah Terdapat lima dimensi Sikap Warga Organisasi (Organizational Citizenship Behaviour) 1. Tingkah laku menolong (altruism) 2. kesungguhan (conscientiousness) 3. semangat setiakawan/berpasukan (sportsmanship), 4. kesopanan/adab (courtesy) 5. kemurniaan sivik (civic virtue) Saya perlu menggunakan ayat ini dalam kajian saya. Saya berharap pihak tuan/puan dapat maklumkan penggunaan ayat yang mana sesuai. Terima Kasih.Cadangan padanan bagi istilah altruism dalam bahasa Melayu ialah altruisme, conscientiousness ialah kehematan, sportsmanship ialah sikap sukan, courtesy ialah adab, dan civic virtue ialah kemurnian sivik. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu.Istilah06.01.2024

Kembali ke atas