Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[vi.si] | ۏيسي

Definisi : tanggapan dan pandangan yg jauh dan men­dalam, terutamanya yg berkaitan dgn perkem­bangan masa depan dsb, wawasan: pemimpin yg mempunyai keperibadian yg utuh serta ~ dlm kepimpinan; Pak Arena menganggap ~ itu penting dlm penulisan sebab tanpa ~ seseorang tidak boleh menjadi penyair, tidak boleh menjadi seniman; bervisi mempunyai visi: pemimpin negara yg ~ tinggi dan jauh. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata visi


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
APAKAH ITU VISIVisi ialah tanggapan dan pandangan yang jauh dan mendalam, terutamnya yang berkaitan dengan perkembangan masa depan dsb., wawasan. Rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat.Makna17.03.2009
maksud visi dan misi?Visi bermaksud tanggapan dan pandangan yg jauh dan mendalam, terutamanya yg berkaitan dgn perkembangan masa depan dsb, wawasan: Misi bermaksud  tugas khusus yg dipertanggungjawabkan kpd atau yg akan dilakukan oleh seseorang atau sesuatu kumpulan. Rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat.Makna21.04.2009
definasi visi dan misiVisi ialah tanggapan dan pandangan yg jauh dan mendalam, terutamanya yg berkaitan dgn perkembangan masa depan dsb, manakala misi ialah  tugas khusus yg dipertanggungjawabkan kpd atau yg akan dilakukan oleh seseorang atau sesuatu kumpulan.Makna13.01.2009
selamat sejahtera tuan.apakah perbezaan antara visi dan misi??Visi bermaksud wawasan, manakala misi bermaksud tugas khusus yang dipertanggungjawabkan kepada atau yang akan dilakukan oleh seseorang atau sesuatu kumpulan.Makna11.07.2012
Apakah maksud visi dan misi?

Saudara,

Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat, makna perkataan visi dan misi adalah seperti yang berikut:

visi : tanggapan dan pandangan yg jauh dan mendalam, terutamanya yg berkaitan dgn perkembangan masa depan dsb, wawasan: pemimpin yg mempunyai keperibadian yg utuh serta ~ dlm kepimpinan; Pak Arena menganggap ~ itu penting dlm penulisan sebab tanpa ~ seseorang tidak boleh menjadi penyair, tidak boleh menjadi seniman;

 misi : perwakilan dr sesebuah negara ke negara lain utk sesuatu tugas; 2. urusan bkn penyiaran agama Kristian; 3. tugas khusus yg dipertanggungjawabkan kpd atau yg akan dilakukan oleh seseorang atau sesuatu kumpulan: ~ organisasi saya ialah mengadakan kemudahan pengangkutan udara dan perhubungan yg paling akrab dgn keperluan negara.

Makna10.09.2009
Mohon pihak tuan memberikan definisi/penerang lebih terperinci untuk Misi dan Visi berikut : a. Misi: Mempertahankan Kedaulatan Dan Kepentingan Maritim Negara Menerusi Dominan Peperangan Bawah Air. b. Visi: Angkatan Kapal Selam yang Berwibawa Dan DigeruniDBP tidak mempunyai maklumat mengenai misi dan visi jabatan. DBP hanya boleh memberikan maksud sesuatu perkataan berdasarkan makna yang diberikan dalam Kamus Dewan. Sila rujuk makna setiap perkataan tersebut melalui laman prpm.dbp.gov.myMakna16.01.2017
APAKAH MAKNA VISI? APAKAH MAKNA MISI?Visi ialah tanggapan dan pandangan yamg jauh dan mendalam, terutamanya yang berkaitan dengan perkembangan masa depan dsb., wawasan. Misi ialah tugas khusus yang dipertanggungjawabkan kepada atau sesuatu kumpulan. Rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat.Makna17.03.2009
contoh ayat bagi visi dan contoh ayat bagi perkataan misi

Makna visi : tanggapan dan pandangan yg jauh dan mendalam, terutamanya yg berkaitan dgn perkembangan masa depan dsb, wawasan. Contoh ayat : pemimpin  mempunyai keperibadian yg utuh serta ~ dlm kepimpinan; Pak Arena menganggap ~ itu penting dlm penulisan sebab tanpa ~ seseorang tidak boleh menjadi penyair, tidak boleh menjadi seniman;

Makna misi :  tugas khusus yg dipertanggungjawabkan kpd. atau yg. akan dilakukan oleh seseorang atau sesuatu kumpulan. Contoh ayat: ~ organisasi saya adalah untuk  mengadakan kemudahan pengangkutan udara dan perhubungan yg. paling akrab dgn. keperluan negara.

Tatabahasa24.04.2009
Tuan, pohon semak adakah betul penggunaan bahasa berikut: genggam visi,pacu transformasiPenggunaan yang betul ialah menggenggam visi dan memacu transformasi.Makna07.06.2012
Terjemahan Misi dan VisiDBP mencadangkan terjemahan yang berikut: Misi Institusi Kewangan yang menepati segala keperluan pelanggan, Penanda Aras Antarabangsa untuk Menjana kecemerlangan PKS. Visi Membangunkan PKS sebagai Pemacu Pertumbuhan Negara Selaras dengan Agenda Ekonomi NegaraTatabahasa14.02.2014
1234

Kembali ke atas