Apakah perkataan bahasa Melayu yang sesuai untuk 'visibility' dalam ayat di bawah? Objektif program ini adalah untuk meningkatkan 'visibility' persatuan kita dalam kalangan masyarakat setempat. Saya mempunyai cadangan perkataan 'keberadaan' dan 'ketampakan'. Adakah perkataan lain yang lebih tepat dan sesuai? Adakah 'visibility' sudah diterima dalam bahasa Melayu sebagai 'visibiliti'? Terima kasih. | Perkataan visibility diterjemahkan kepada kebolehlihatan dan ketampakan mengikut konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang. Untuk maklumat lanjut, tuan boleh lihat melalui visibility">http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=visibility. | Penyemakan dan penterjemahan | 12.06.2015 |
Saya bertanya apakah perkataan visibiliti boleh digunakan dalam bahasa Melayu? Jika tidak boleh, apakah perkataan yang sesuai menggantikannya. Terima kasih. | Perkataan visibiliti tidak terdapat dalam pangkalan data kami. Perkataan yang ada ialah kebolehlihatan yang merupakan istilah terjemahan bagi perkataan visibility. | Penyemakan dan penterjemahan | 05.11.2018 |
Boleh saya tahu macam mana untuk saya dapatkan bahan rujukan untuk dialek contoh seperti kamus dialek. Saya memerlukan untuk dialek kelantan | Salam sejahtera, Untuk makluman, buku terbitan DBP boleh dibeli di kedai buku, wakil penjual, ujana DBP dan melalui portal DBP. Maklumat lanjut, sila hubungi talian seperti berikut: •Anjung DBP – 03 2147 9597 / 03 2147 9598 •Kompleks DBP Hulu Kelang – 03 41010028 / 019 2141956 (WhatsApp) •DBP Cawangan Sarawak – 082 227000 / 019 8768358 •DBP Cawangan Sabah – 088 439317 / 010 9425569 •DBP Wilayah Timur – 09 7414918 / 014 9180092 atau klik pautan ini : https://dbpniaga.my// untuk makluman, kamus dialek tersebut ada dalam stok seperti lampiran. Untuk rujukan, boleh disemak melalui capaian http://pustakav2.dbp.gov.my/ atau ke perpustakaan DBP, iaitu: Pusat Dokumentasi Melayu, Aras 3, Menara DBP, 50460 Kuala Lumpur. No. Tel.: 03-2147 9660 | Lain-lain | 10.03.2020 |