Soalan: Saya mencari padanan istilah 'sight vocabulary' dalam Bahasa Melayu. Istilah ini digunakan dalam pengajaran membaca bagi pelajar sekolah rendah. | Untuk makluman, tidak terdapat istilah "sight vocabulary" dalam pangkalan data kami. Walau bagaimanapun, terdapat istilah "sight word" dalam bidang Pendidikan dan padanan bahasa Melayunya ialah kata pandang. Oleh itu, istilah bahasa Melayu yang dicadangkan untuk "sight vocabulary" ialah perbendaharaan kata pandang. | Istilah | 03.04.2013 |
Saya ingin mencari padanan kepada istilah "sight vovabulary". Istilah ini digunakan dalam bidang pendidikan. | Istilah bahasa Melayu untuk "sight vocabulary" ialah perbendaharaan kata pandang. | Istilah | 02.04.2013 |
Minta Kepastian semakan penggunaan Tema sesuatu program tanggungjawab sosial korporat, contohnya:- 1. "Buku Perangsang Minda" ("Books for mind stimulant") 2. "Kamus Perangsang Tatabahasa" (Dictionary for vacabulary stimulant" 3. "Masjid Perangsang Ummah" (Mosque for society stimulant" | 'Buku Perangsang Minda' dan 'Masjid Perangsang Ummah' betul dan boleh diterima. Walau bagaimanapun, 'Kamus Perangsang Tatabahasa' tidak tepat kerana tatabahasa dalam bahasa Inggeris ialah grammar bukan vocabulary. Vocabulary merujuk kepada perbendaharaan kata. Kamus memberi makna perkataan dan tidak memberikan maklumat tentang tatabahasa. | Lain-lain | 13.04.2011 |
Assalmualaikum DBP. Saya hendak memohon bantuan untuk mencari padanan terjemahan dalam bahasa Melayu yang sesuai bagi ayat "computing the dips" berdasarkan petikan di bawah: In applying the lexicostatistical techniques developed from the basic assumptions, the steps are: collecting of comparable word lists from the relatively stable core vocabulary; determining the probable cognates and; computing the time depth; computing the range of error; and, optionally, computing the dips. | DIP ialah “dual in-line package“ yang bermaksud bungkusan dwibaris (DIP), manakala computing daripada bidang teknologi maklumat ialah pengkomputeran. Maka cadangan terjemahan yang sesuai bagi “computing the dips” ialah pengkomputeran bungkusan dwibaris (DIP) | Makna | 08.06.2021 |
Selamat sejahtera, tuan/puan. Untuk makluman pihak tuan/puan, saya sedang melaksanakan kajian tinjauan mengenai saiz kosa kata Bahasa Melayu dalam kalangan murid tahun lima sekolah rendah. Berdasarkan penelitian saya terhadap kajian-kajian lepas dalam talian, saya mendapati bahawa instrumen untuk menguji saiz kosa kata pelajar bahasa Melayu tiada. Jika dibandingkan dengan sistem pembelajaran bahasa Inggeris, ‘Vocabulary Level Test’ telah lama diwujudkan untuk mengukur tahap perbendaharaan kata pelajar bahasa Inggeris. Atas kekangan kekurangan instrumen yang berkesahan dan berkebolehpercayaan tinggi, kajian saya sukar untuk diteruskan. Untuk ini, saya berharap agar pihak tuan/puan selaku agen pemartabatan bahasa Melayu dapat menyediakan ujian yang berkenaan bagi mempermudah pelaksanaan kajian saya di samping memanfaatkan para pelajar bahasa pada masa akan datang. Andai kata terdapatnya kesilapan dan kekurangan dalam hasil carian saya, mohon pihak tuan/puan dapat memberikan tunjuk ajar yang sewajarnya kepada saya. Segala pertimbangan dan kerjasama daripada pihak tuan/puan saya dahului dengan ribuan terima kasih. Sekian. | Pihak kami mengambil maklum dan menyambut baik cadangan tersebut. Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) sentiasa mengalu-alukan sebarang kajian ilmiah yang akan mempertingkatkan penguasaan bahasa Melayu, terutamanya dalam kalangan pelajar. Untuk makluman, Bahagian Penyelidikan Bahasa, Jabatan Dasar dan Penyelidikan, DBP sentiasa melaksanakan pelbagai kajian dan penyelidikan untuk memantapkan korpus bahasa Melayu. Namun, bagi sebarang bentuk ujian atau kajian lanjut yang melibatkan para pelajar lazimnya akan dilaksanakan oleh Bahagian Sumber dan Teknologi Pendidikan (BSTP), Kementerian Pendidikan Malaysia. | Lain-lain | 14.08.2020 |