Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[vo.lum] | ۏولوم

Definisi : (Eko) banyaknya atau kuantiti sesuatu: pd hujung tahun, ~ jualan sebenar akan dibandingkan dgn apa yg ternyata dlm belanjawan; satu drpd caranya adalah melalui carta harga dan ~ sesuatu saham. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata volum


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera! Bolehkah perkataan "volum" disamakan dengan maksud kelantangan bunyi/suara (volume)? Sekian, terima kasih!Perkataan "volum" digunakan dalam bidang Ekonomi, Perniagaan atau Perakaunan yang membawa maksud banyak atau kuantiti sesuatu dagangan, manakala menurut Kamus Inggeris-Melayu Dewan, "volume" (berkaitan bunyi) bersinonim dengan "sound" dan  tidak perlu diterjemahkan (loudness of sound, not translate). Namun, sekiranya perlu, kami mencadangkan perkataan ini diterjemahkan sebagai "bunyi kuat atau perlahan" bergantung pada konteks penggunaannya.Makna02.01.2021
Apakah yang dimaksudkan dengan Indeks sebagai contoh dalam penggunaan Indeks Kitar Semula? Adakah perkataan Indeks boleh digantikan dengan perkataan kadar?Menurut Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020: 822):

indeks  
kata nama
1 senarai kata yang utama atau penting menurut urutan abjad, disertai dgn nombor halaman yang mengandungi kata tersebut, biasanya terletak di bahagian akhir buku;

2 senarai nama pengarang, judul buku dan sebagainya yg disusun mengikut urutan abjad pada kad atau dalam komputer untuk memudahkan carian di perpustakaan dsb; katalog;

3 angka yang menunjukkan tahap sesuatu ciri boleh diukur atau dinilai; angka tunjuk; angka indeks: indeks kualiti udara;

Ekon angka yang menunjukkan perubahan prestasi harga, volum atau perkembangan satu kumpulan barang, aset atau ekonomi pada tempoh masa tertentu;

Matematik  nombor atau huruf yang ditulis di sebelah kanan atas sesuatu nombor atau huruf untuk menunjukkan berapa kali nombor atau huruf tersebut didarabkan dengan nombor atau huruf itu sendiri, mis bagi x3 ;

kata kerja transitif  6 lihat mengindeks;

Makna indeks yang dirujuk ialah makna 3 di atas. Bandingkan dengan makna kata kadar (KDP, 2020: 934).Penggantian kata boleh dilakukan jika kata tersebut bersesuaian dengan maksud dan menepati konteksnya.
Makna15.05.2023

Kembali ke atas