| Cikgu, bagaimanakah kata "Nabi Muhammad s.a.w" dan "Allah S.W.T"? Kedua-dua kata ini perlu ditulis sebagai bentuk "Nabi Muhammad s.a.w." atau "Nabi Muhammad S.A.W.", dan bentuk "Allah s.w.t." atau "Allah S.W.T."? Satu soalan lagi. Ada titik noktah di belakang kata "s.w.t." dan "s.a.w." tak? Jadi, perlu ditulis "s.w.t" atau "s.w.t." (dengan adanya titik noktah di belakang kata ) dan "s.a.w."(adana titin noktah di belakang kata) atau "s.a.w" (tiada titik noktah di belakang kata) | Ejaan yang betul ialah Allah SWT dan Nabi Muhammad SAW. | Ejaan | 21.01.2015 |
| W.M. Hanif Hassan 23/12/2016 17:04 W.M. Hanif Hassan W.M. Salam saya nak tanya berkenaan perkataan "terbijak" boleh atau salah penggunaannya dan penerangannya..terima kasih..boleh atau tidak ter digabungkan dengan bijak... | Waalaikumussalam. Kata adjektif "bijak" boleh digabungkan dengan imbuhan "ter". Kata adjektif terbitan yang sedemikian ini berfungsi sebagai penjelasan keadaan perbandingan atau keadaan paling. Perkataan "terbijak" membawa maksud paling bijak. | Tatabahasa | 23.12.2016 |
| (1) WP Labuan atau W.P Labuan atau W.P. Labuan ? (2) Mengapakah Internet dieja dengan huruf besar? Kata nama khas atau akronim? (3) pertandingan karaoke atau pertandingan nyanyian karaoke? | 1. Penggunaan yang betul ialah WP Labuan 2. Ditulis dengan huruf besar kerana merupakan nama khas. 3. Penggunaan yang betul ialah Pertandingan Nyanyian | Tatabahasa | 01.10.2019 |
| bagaimanakah penggunaan yang betul, singkatan untuk s.w.t. S.W.T. SAW | Singkatan yang betul ialah SWT dan SAW | Lain-lain | 15.08.2007 |
| Dalam penulisan, kalau kita hendak menulis Baginda Rasulullah s.a.w, Perkataan s.a.w ditulis dengan huruf kecil atau besar? | Ejaan yang tepat ialah Nabi Muhammad SAW dan Allah SWT. | Tatabahasa | 11.07.2013 |
| Apakah yang dimaksudkan dengan semantik? | Assalamualaikum wbt Makna semantik menurut Nik Safiah Karim (2001) ialah bidang yang mengkaji makna atau erti dalam sesuatu bahasa. Semantik juga boleh dirujuk sebagai sistem dan kajian tentang makna dalam bahasa (Kamus Linguistik ,1997). Menurut J.W.W Verhaar (1996: 284), semantik ialah cabang linguistik yang membahaskan erti atau makna. Abdul Chaer (1984: 284) pula mendefinisikan semantik sebagai bidang kajian linguistik yang objek penelitiannya ialah makna bahasa. Makna dalam sesuatu bahasa sentiasa mengalami perubahan dan berkembang mengikut peredaran masa. | Makna | 18.09.2024 |
| Apa erti WISMA. Bolehkah didalam sesebuah wisma itu mengandungi kilang pemprosesan makanan, kilang kasut atau spa? sesuaikah? | Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, "wisma" bermaksud 1. rumah; 2. bangunan yg di dalamnya terdapat ruang pejabat, kedai, dsb: W~ Persekutuan; W~ Yakin. Oleh itu, perkataan "wisma" tidak boleh digunakan untuk bangunan yang mengandungi kilang. Boleh menggunakan perkataan "kilang" sahaja. | Makna | 04.04.2013 |
| Assalamualaikum w.b.h., tuan/puan, dicadangkan agar soalan dan jawapan dalam Khidmat Nasihat DBP disusun dari tarikh yang terkini bertujuan untuk memudahkan rujukan. Perhatian tuan/puan berkenaan perkara ini amat dihargai. Sekian, terima kasih. | Pihak kami mengambil maklum mengenai saranan pihak tuan. Untuk makluman, pihak kami juga sedang dalam pembangunan dan penambahbaikan sistem. | Lain-lain | 08.10.2025 |
| Assalamualaikum w.b.h., Tuan/Puan, Dimaklumkan bahawa definisi kaunseling dalam PRPM DBP adalah tidak tepat dan mengelirukan. https://prpm.dbp.gov.my/cari1?keyword=kaunseling Sehubungan itu, dikemukakan definisi berikut untuk perhatian; Kaunseling bererti "suatu proses sistematik untuk membantu perhubungan berdasarkan prinsip-prinsip psikologi yang dilaksanakan oleh kaunselor berdaftar mengikut kod etika kaunseling untuk mencapai suatu perubahan, kemajuan dan penyesuaian yang holistik, baik dan sukarela pada diri klien supaya perubahan, kemajuan dan penyesuaian itu akan berterusan sepanjang hayat klien (Akta Kaunselor 1998)." chrome-extension://efaidnbmnnnibpcajpcglclefindmkaj/https://warga.nres.gov.my/sites/epsikologi/Documents/Pekeliling/Akta%20Kaunselor%201998.pdf Menurut APA (2018), kaunseling bermaksud bantuan yang profesional bagi menangani permasalahan peribadi, yang merangkumi emosi, tingkah laku, vokasional, perkahwinan, pendidikan, rehabilitasi dan permasalahan berkaitan dengan peringkat kehidupan. https://dictionary.apa.org/counseling Sekian, terima kasih. | Waalaikumussalam. Tuan, terima kasih atas pandangan tuan. Untuk makluman tuan, takrifan kaunseling dalam PRPM (kamus) ialah takrifan secara umum sahaja. Walau bagaimanapun, kami mengambil perhatian terhadap pandangan tuan dan akan menyesuaikan takrifan kaunseling yang tuan cadangkan dengan takrifan yang sedia ada untuk kamus edisi yang akan datang. | Makna | 30.06.2025 |
| Assalamualaikum w.b.h., Tuan/Puan, Huraian intrusive thoughts dalam PRPM DBP adalah tidak tepat. Hal ini kerana dua sebab. Pertama, huraian tersebut mengetengahkan konsep pemikiran, yang mana ianya adalah berbeza daripada konsep sebenar. Kedua, huraian tersebut memberikan makna yang negatif, walhal ianya juga merangkumi makna yang bukan negatif. https://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=intrusif&d=250808& APA Dictionary (2018) menerangkan bahawa intrusive thoughts bermaksud peristiwa yang bersifat mental yang mencelah aliran pemikiran yang berkaitan dengan tugasan meskipun usaha bagi mengelakkannya. https://dictionary.apa.org/intrusive-thoughts Sehubungan itu, dikemukakan perkara tersebut untuk perhatian tuan/puan. Sekian, terima kasih. | Untuk makluman tuan/puan, huraian ini telah diteliti oleh Jawatankuasa Istilah Semasa (JKIS) DBP dan pakar bidang berdasarkan pelbagai rujukan yang autentik. Huraian ini diolah dalam bahasa mudah untuk memberikan kefahaman kepada masyarakat umum, namun huraian tersebut bergantung kepada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam bidang berkaitan. | Istilah | 11.07.2025 |