Soalan peperiksaan anak meminta pelajar memasifkan ayat aktif berikut: "Wa Wa mewarnakan rambutnya." Jawapan anak : Rambut Wa Wa diwarnakannya. Jawapan cikgu : Rambut Wa Wa diwarnakan oleh dia. Mohon dapar menjelaskan pengunaan kata ganti nama diri ketiga dalam ayat pasif yang sepatutnya kerana rujukan kepada beberapa buku rujukan memberikan keterangan yang berbeza. Tidak pasti sama ada jawapan anak atau pun jawapan cikgu yang lebih tepat. | Ayat Rambut Wa Wa diwarnakannya dan Rambut Wa Wa diwarnakan oleh dia kedua-duanya boleh diterima sebagai bentuk pasif ayat Wa Wa mewarnakan rambutnya. Namun yang paling tepat ialah Rambut Wa Wa diwarnakannya (diwarnakan olehnya). | Tatabahasa | 28.06.2011 |
Assalamu alaykum wa rahmatullahi wa barakatuh dan selamat sejahtera kepada pihak PRPM yang dikasihi Allah. Saya ada sedikit kerisauan yang saya ingin utarakan mengenai ejaan satu perkataan yang saya jumpai baru-baru ini di sebuah page facebook yang bernama SAYS SEISMIK yang menyatakan mengenai perkataan harian yang sering kita gunakan dengan ejaan yang salah. Page tersebut mengatakan ianya adalah bersumberkan dari pihak DBP. Perkataan yang merisaukan saya ialah perkataan 'sunah". Menurut kefahaman saya ianya adalah perkataan yang dipinjam dari bahasa arab. Kita akan menjumpai kesemua terjemahan kitab-kitab muktabar akan menggunakan ejaan 'sunnah' dengan dua huruf 'n'. Ini adalah kerana didalam bahasa arab ada syaddah pada huruf nun ن menjadikan transliterasinya menjadi 'sunnah' dan bukannya 'sunah' sebagaimana yang disarankan oleh pihak PRPM. Saya berharap agar pihak DBP dapat memberi penjelasan dan penyelesaian dalam permasalahan ejaan ini agar sama-sama dapat kita mengambil manfaat dari perbincangan ini. Terima kasih atas masa pihak tuan/puan. | Peminjaman kata daripada bahasa Arab disesuaikan ejaannya dalam bahasa Melayu. Penggunaan tasydid dalam bahasa Arab tidak dilambangkan hurufnya dalam bahasa Melayu, seperti ejaan sunah. Penggunaan ejaan ini boleh disemak melalui laman web www.prpm.dbp.gov.my. Pelbagai bentuk ejaan yang ditemukan dalam media sosial, namun sebagai pengguna yang bertanggungjawab kita boleh memainkan peranan dengan menggunakan dan meuar-uarkan ejaan yang betul. Walaupun media sosal atas nama peribadi bukanlah wadah rasmi yang perlu kita berbahasa dengan baik dan betul, sekurang-kurangnya kita dapat memainkan peranan kecil untuk kesan yang lebih besar kepada usaha mempromosikan penggunaan bahasa yang baik dan betul. | Ejaan | 09.10.2017 |
1.Apakah perkataan "ahlan wa sahlan" terkandung dalam kamus Bahasa Melayu? 2. Sekiranya "ya", apakah maksud khusus bagi perkataan "ahlan wa sahlan"? 3. Bolehkah perkataan "ahlan wa sahlan" digunakan dalam penulisan Bahasa Melayu? | Encik Sabdin, Ahlan wasahlan ialah perkataan dalam bahasa Arab yang membawa maksud selamat datang. Perkataan ini hanya digunakan dalam bahasa lisan sahaja dan tidak digunakan dalam bidang penulisan bahasa Melayu. | Makna | 16.05.2010 |
Saya Ismail Wa-leng Sedang Belajar di Pusat Bahasa Melayu Dasar, Universiti Pattani Thailand, Ingin Bertanya DBP apakah kata sifat Terimakasih | Kata adjektif atau kata sifat ialah kata yang menerangkan sifat atau keadaan sesuatu benda. | Tatabahasa | 12.11.2013 |
Saya Ismail Wa-leng Sedang Belajar di Pusat Bahasa Melayu Dasar,Universiti Pattani Thailand, Ingin Bertanya DBP apakah terdapat buku tentang Sejarah fatani Thailand terimakasih | Untuk makluman tuan, tiada data mengenai buku Sejarah Pattani, Thailand dalam rujukan kami. Walau bagaimanapun, kami mencadangkan tuan boleh membuat rujukan di perpustakaan atau universiti untuk mencari buku berkaitan dengan Thailand. | Lain-lain | 05.11.2013 |
Bagaimana penulisan "waalaikumsalam" yang betul? Adakah ia waalaikumsalam, wa alaikum salam, waalaikum salam, atau wa 'alaikumus-salam? | Ejaan yang betul ialah waalaikumussalam | Ejaan | 27.11.2021 |
Assalamualaikum dan salam sejahtera. 1. Apakah ejaan yang tepat untuk frasa Ummul Kitab yang berasal dari Bahasa Arab iaitu أم الكتاب? 2. Bagaimanakah cara menulis perkataan kalimah Bahasa Arab yang ditulis dalam tulisan Rumi? Adakah perlu dieja mengikut cara sebutan ataupun ditulis perkataan demi perkataan? Contoh:- الإِبَانَةُ والإِفَاضَةُ فِي أَحْكَامِ الْحَيْضِ وَالنِّفَاسِ وَالاِسْتِحَاضَةِ Al-Ibanah Wal Ifadah fi Ahkamil Haidi Wan Nifasi Wal Istihadah Atau Al-Ibanatu wa al-Ifadatu fi Ahkami al-Haidi wa al-Nifasi wa al-Istihadati Atau Al-Ibanah wa al-Ifadah fi Ahkam al-Haid wa al-Nifas wa al-Istihadah | Terdapat dua kaedah transliterasi kata Arab-Rumi, iaitu kaedah sebutan dan kaedah aksara. 1. 1. Kaedah Sebutan - Ummul Kitab 2. 2. Kaedah Aksara - Ummu al-Kitab PENGGUNAAN TRANSLITERASI 1. 1. Buku atau Teks Ilmiah Kata Arab yang terdapat di dalam buku ilmiah hendaklah ditransliterasikan menurut kaedah aksara sepenuhnya dan dicetak dengan huruf condong. Ummu al-Kitab Ahl al-Sunah Wa al-Jemaah 2. 2. Buku atau Teks Bacaan Umum Separa Ilmiah, Remaja dan Kanak-kanak Kata Arab yang terdapat di dalam bahan bacaan jenis ini ditransliterasikan menurut kaedah sebutan. Ummul Kitab Ikhwanul Muslim 3. 3. Ejaan Kata Arab Umum Ejaan kata Arab yang menjadi kata umum dan terdapat di dalam Kamus Dewan Perdana boleh digunakan di dalam buku atau teks bacaan separa ilmiah, remaja dan kanak-kanak.
| Lain-lain | 05.11.2022 |
Bagaimanakah sebutan mengikut suku kata bagi perkataan serapan khususnya bahasa arab? Contoh: 1. Khatulistiwa =kha.tu.lis.ti.wa / kha.tul.is.ti.wa 2. Taasub =ta(k).sub / ta.a.sub Adakah perlu mengikut sebutan baku (lidah melayu) atau boleh sahaja mengikut sebutan asal (lidah arab)? | Peraturan sebutan bagi kata serapan daripada bahasa Arab boleh menggunakan dua cara: a. Cara sebutan tertakluk pada pedoman umum sebutan kata Melayu jati, dan b. Cara sebutan menurut bunyi asal dalam bahasa sumber. Menurut Awang Sariyan (2006), kaedah penulisan dan pengucapan kata-kata terdiri daripada bahasa Arab perlu ditentukan larasnya sama ada termasuk dalam laras bahasa umum atau laras bahasa khusus (istilah agama). | Tatabahasa | 03.09.2014 |
Mohon pencerahan penggunaan singkatan bagi Subhanahu wa taala. Adakah SWT atau S.W.T. ? Mohon penerangan juga bila boleh digunakan dalam huruf kecil swt atau s.w.t.? | Singkatan untuk Subhanahuwataala ialah SWT | Ejaan | 30.03.2017 |
Adakah pemisahan sebutan yang berikut betul? 1. awalan (a.wa.lan) 2. seruan (se.ruan) 3. perniagaan (per.nia.ga.an) | Ketiga-tiganya betul. | Lain-lain | 06.03.2013 |