Yang manakah yang sesuai untuk dipadanankan dengan perkataan "outbreak" dalam konteks wabak penyakit? Peletusan atau letusan? Ayat contoh: Peletusan/Letusan wabak penyakit yang disebabkan oleh coronavirus telah memberikan kesan yang besar kepada ekonomi negara. | Maksud outbreak menurut Kamus Inggeris Melayu Dewan ialah bermaksud kerebakan peletusan atau wabak dari bidang pertanian, perubatan, veterinar dan perhutanan. Cadangan terjemahan yang sesuai mengikut konteks ayat yang diberikan ialah Peletusan wabak penyakit yang disebabkan oleh koronavirus telah mengakibatkan kesan yang buruk kepada ekonomi Negara. | Makna | 20.03.2020 |
Semasa musim wabak COVID-19, telah tular istilah social distance. Apakah terjemahan yang betul untuk istilah "social distance"? "Jarak sosial" atau "penjarakkan sosial"? Atau telah ada istilah sedia ada bagi terjemahan perkataan tersebut. Terima kasih.. | Cadangan padanan istilah yang sesuai bagi "social distance" ialah penjarakan sosial. | Istilah | 25.03.2020 |
Tuan, dengan penularan wabak Covid-19 sekarang, kita sering didedahkan dengan istilah “frontliner”. Di dalam kamus istilah bahasa melayu diterjemahkan kepada “baris hadapan”. Adakah istilah ini boleh diguna pakai bagi pekerja “frontliner” dalam menangani covid-19? Seperkara lagi, bolehkah menggunakan kata pensanitasi tangan bagi menggantikan hand sanitizer? Terima kasih. | Kami mencadangkan padanan bahasa Melayu bagi perkataan frontliner ialah barisan hadapan, dan hand sanitizer ialah pensanitasi tangan. | Istilah | 23.03.2020 |
Definisi: Kesiapsiagaan (= preparedness), betul ke? Saya tengah buat thesis tentang 'preparedness' terhadap wabak Avian Influenza. TQ, Dr. Amin HUKM asbaza7@yahoo.com atau dramin012000@yahoo.com | Merujuk kepada kamus Dewan Edisi Keempat, kata ini merupakan imbuhan kepada kata siap. Siap siaga merujuk kepada keadaan sudah bersedia untuk melakukan sesuatu dan lain-lain. Bagi mendapatkan maklumat lanjut berkaitan kata ini, Dr. boleh membuat rujukan pada Kamus Dewan Edisi Keempat pada muka surat 1485. | Makna | 06.01.2008 |
Ahmad Afendiyevich Kamalov SUN 09:38 Assalamualaikum dan salam sejahtera, Saya ingin tanya soalan tentang ejaan Jawi Mengapakah sesetengah kata pinjaman Arab dieja dengan ejaan yang berbeza dari ejaan asal dalam bahasa Arab? Misalnya, perkataan "wabak" dieja "وابق" dalam tulisan Jawi tetapi dieja "وباء" dalam bahasa Arab asalnya. Perkataan "ingkar" dieja "ايڠکر" dalam bahasa Melayu, tetapi dieja "إنكار" dalam bahasa Arab. Kafir dieja "کافير" walaupun tiada ya dalam kalimat Arab asalnya. Sedangkan kata lawannya muslim dieja seperti perkataan Arab asalnya "مسلم". Adakah DBP maklum tentang perbezaan ini? Jika ya, mengapakah ia harus dieja dengan ejaan berbeza walaupun perkataan ini berasal dari bahasa Arab? Saya harap DBP mampu membalas mesej saya. Terima kasih. | Untuk makluman tuan, kata serapan daripada bahasa Arab yang tergolong dalam istilah agama atau yang berkaitan dengan aktiviti agama Islam, ejaan Jawinya dikekalkan seperti ejaan Arab, seperti معاملة. Kata serapan daripada bahasa Arab yang tergolong dalam kata umum disesuaikan ejaan Jawinya mengikut sebutan dalam bahasa Melayu, seperti وابق. | Ejaan | 16.04.2017 |
Apakah maksud 'PANDEMIK' dalam ayat berikut. Rakyat tidak perlu panik dengan perisytiharan pandemik selesema babi oleh Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) semalam kerana Malaysia mempunyai pelan berjaga-jaga. | Saudara Joannes, Makna pandemik ialah wabak penyakit yg tersebar dgn begitu meluas, sama ada hingga ke seluruh wilayah, benua atau dunia. Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat. | Makna | 12.06.2009 |
penggunaan boleh/dapat yang betul. 1. penggunaan alat kecantikan dapat/boleh mengakibatkan pelbagai penyakit. 2. Antaranya cara yang dapat/boleh dicuba oleh seseorang yang ingin berhenti merokok adalah... 3.Kelambu pula dapat/boleh dipasang di bilik. 4. .....,menjadi pengedar pun dapat/boleh menjadi kaya. 5.wabak yang berbahaya dapat/boleh membawa maut. 6. untuk menegathui status kad pengenalan,seseorang dapat/boleh melayari laman web.. | Saudara Azmazaira, Perkataan 'boleh' digunakan dalam konteks yang menunjukkan keizinan atau kebenaran, manakala perkataan 'dapat' digunakan dalam konteks yang menunjukkan keupayaan atau kemampuan. Jawapan bagi ayat yang di atas ialah : i. dapat ii. dapat iii. boleh iv. dapat v. dapat vi. boleh | Tatabahasa | 28.04.2010 |
Salam Sejahtera, Saya ingin bertanya tentang penggunaan perkataan COVID-19 dalam bahasa Melayu. Adakah COVID-19 boleh ditulis sebagai Kovid Sembilan Belas dalam penulisan esei? atau pihak tuan ada cadangan yang lebih sesuai. terima kasih | Salam sejahtera, Coronavirus disease 2019 (COVID-19) telah diguna pakai secara meluas dalam penulisan atau percakapan sejak wabak ini merebak. Oleh sebab itu, dalam bahasa Melayu perkataan ini dikekalkan agar tidak mengubah maksud asal. Sekian, terima kasih. | Pengembangan | 21.04.2020 |
Salam sejahtera, Bolehkah tuan/puan memberikan penjelasan sama ada perkataan "ia" boleh digunakan sebagai kata ganti nama untuk merujuk subjek selain manusia dan binatang, tumbuh-tumbuhan, undang-undang, fenomena semulajadi dan sebagainya? Saya faham bahawa perkataan "ia" boleh digunakan untuk merujuk manusia dan tidak boleh digunakan untuk binatang, tetapi bagaimana pula dengan ayat seperti berikut: "Wabak denggi semakin menular di Malaysia. Ia membahayakan nyawa banyak penduduk" ? Adakah telah berlaku pertukaran dalam tatabahasa penggunaan perkataan "ia" kebelakangan ini, kerana sewaktu saya mengambil peperiksaan (tahun 2001) guru-guru bahasa sebulat suara menegaskan bahawa perkataan "ia" hanya boleh digunakan untuk merujuk manusia? Sekian, terima kasih dan selamat maju jaya. | Salam sejahtera, Untuk makluman, 'Ia'merupakan kata ganti nama diri ketiga atau kependekan bagi kata 'dia' dan 'ia' boleh merujuk benda yang dibicarakan tetapi bukan binatang. Untuk lebih jelas, sila rujuk Kamus Dewan Edisi ke-4, halaman 556. | Tatabahasa | 30.09.2015 |
Adakah semua ayat dalam perenggan di bawah gramatis? Dalam menongkah arus globalisasi yang penuh dengan pancaroba dan kompetitif, negara kita masih berdepan dengan masalah peningkatan kes demam denggi. Masalah yang semakin membimbangkan ini telah menjadi topik yang hangat dibicarakan dalam media massa sama ada media elektronik mahupun media cetak. Sememangnya tidak dapat dinafikan bahawa peningkatan kes demam denggi mendatangkan pelbagai implikasi negatif kepada semua pihak. Demam denggi bukan sahaja telah meningkatkan perbelanjaan kerajaan malahan kadar kematian yang berpunca daripada wabak penyakit ini juga semakin bertambah. Sekiranya masalah ini dibiarkan berterusan tanpa sebarang penyelesaian yang efektif maka sudah pastinya negara kita akan menghadapi pelbagai musibah yang sekali gus akan menjejaskan kesejahteraan negara yang dikecapi selama ini. Oleh hal yang demikian, masalah ini tidak boleh dipandang enteng. Sebenarnya, terdapat banyak punca berlakunya demam denggi dan cara-cara mengatasinya. | Kami mencadangkan penambabaikan dalam teks yang berkenaan seperti yang berikut - Dalam menongkah arus globalisasi yang penuh pancaroba dan persaingan, negara kita masih berdepan dengan masalah peningkatan kes demam denggi. Masalah yang semakin membimbangkan ini telah menjadi topik yang hangat dibicarakan dalam media massa, sama ada media elektronik mahupun media cetak. Sememangnya tidak dapat dinafikan bahawa peningkatan kes demam denggi mendatangkan pelbagai implikasi negatif kepada semua pihak. Demam denggi bukan sahaja telah meningkatkan perbelanjaan kerajaan malahan kadar kematian yang berpunca daripada wabak penyakit ini juga semakin bertambah. Sekiranya masalah ini dibiarkan berterusan tanpa penyelesaian tuntas, maka sudah pasti negara kita akan menghadapi pelbagai musibah yang sekali gus akan menjejaskan kesejahteraan negara. Oleh hal yang demikian, masalah ini tidak boleh dipandang enteng. Sebenarnya, terdapat banyak punca berlakunya demam denggi dan cara-cara untuk mengatasinya. | Penyemakan dan penterjemahan | 08.04.2015 |