apakah maksud "waima" | Waima ialah perkataan Arab yang membawa maksud sama ada, walaupun: apa pun yg dibuat manusia, waima dgn perang meledakkan dunia dan isinya, manusia tidak akan berjaya membunuh kebenaran dan keutamaan. | Makna | 10.05.2013 |
1.Kata pengetua itu, ¨Waima murid lelaki mahupun murid perempuan mesti mematuhi peraturan yang digubal di sekolah ini.¨ )MUNsyi, adakah waima sesuai digunakan dalam ayat ini_ TK | Waima ialah perkataan Arab yang bermaksud sama ada atau walaupun bergantung pada konteks ayat yang digunakan. Untuk melihat contoh penggunaan perkataan tersebut, sila klik waima">http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=waima. | Tatabahasa | 18.06.2013 |
saya baca satu artikel ni pengarang menulis 'perpaduan akan terus menghambat negara waima...' apa maksud waima tu?? saya cr dalam kamus x jumpa... | Maknanya ialah sama ada, walaupun. | Makna | 17.01.2010 |
Kata pengetua itu, ¨Waima murid lelaki mahupun murid perempuan mesti mematuhi peraturan yang digubal di sekolah ini.¨ maka, MUNsyi, adakah waima betul dalam ayat ini? TK | Waima bermaksud sama ada atau walaupun dan perkataan tersebut boleh digunakan dalam konteks ayat tersebut. | Tatabahasa | 19.06.2013 |
Saya mempunyai beberapa soalan di sini. 1) Saya ingin kepastian penggunaan perkataan DARI dan DARIPADA secara betul. 2) Saya juga ingin kepastian makna dan kesesuaian perkataan itu digunakan contoh seperti perkataan sayugia, waima dan natijah. Terima kasih di atas ulasan pihak tuan. | 1. Kata sendi nama DARI digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yg menyatakan arah, tempat atau masa. Contoh: Saya datang DARI kampung, Keadaannya semakin tenat DARI sehari ke sehari. Kata sendi nama DARIPADA pula hadir di hadapan kata nama atau frasa nama yg. menyatakan punca bagi manusia atau institusi, haiwan, benda dan unsur abstrak, sumber atau asal kejadian sesuatu benda, sebahagian daripada semua dan perbezaan atau perbandingan. Contoh, Ali menerima surat DARIPADA ibunya, benang berasal DARIPADA kapas, sebahagian DARIPADA pelajar sekolah itu sudah pulang ke kampung, Ali lebih tinggi DARIPADA Ahmad. 2. Ejaan yang betul ialah seyogia, daripada perkataan yogia. Seyogia membawa makna sepatutnya, selayaknya, semestinya. Contoh ayat: jikalau tuan hendak belayar, seyogianya hamba dibawa. Waima berasal daripada perkataan Arab yang bermaksud sama ada, walaupun. Contoh ayat: apa pun yg dibuat manusia, ~ dgn perang meledakkan dunia dan isinya, manusia tidak akan berjaya membunuh kebenaran dan keutamaan. Natijah: keputusan (dr sesuatu), kesudahan, kesimpulan, akibat. Contoh ayat: kadang-kadang apa yg kita benci dan tidak suka itu baik ~nya; ~ drpd perkembangan ekonomi kolonial spt itu amat buruk padahnya kpd masyarakat Melayu. | Tatabahasa | 30.11.2010 |
Salam, saya ingin bertanya bagaimana boleh saya mendapatkan contoh perjanjian antara penulis dengan penerbit. | Dokumen perjanjian adalah satu dokumen kontrak bertaraf sulit antara penerbit dengan penulis. Oleh itu ia tidak boleh diedarkan untuk tatapan/rujukan awam. Waima contohnya sekalipun. Sekiranya saudara ingin mendapatkan maklumat umum tentang isi dokumen perjanjian ini, sila rujuk buku Penulis dan Undang-Undang yang ditulis oleh Kamal Halili Hasan. | Lain-lain | 30.06.2010 |
Soalan 1: Bagaimanakah untuk mengatasi masalah kekeliruan dalam kalangan murid berkenaan bentuk huruf yang seakan-akan sama? Contohnya b dan d. Soalan 2: Bagaimanakah untuk mengatasi masalah murid yang gagal untuk mengingati bunyi suku kata awal perkataan, menyebabkan murid menyebut bunyi perkataan yang mereka pernah dengar sahaja? Contoh perkataan' satu' disebut' batu' berdasarkan bunyi suku kata akhir iaitu ' tu '. Soalan 3: Bagaimanakah cara untuk mengatasi kelemahan murid mengeja perkataan yang mempunyai suku kata tertutup? Contohnya kertas dan kolam> | Soalan 1: Bagaimanakah untuk mengatasi masalah kekeliruan dalam kalangan murid berkenaan bentuk huruf yang seakan-akan sama? Contohnya b dan d. Soalan 2: Bagaimanakah untuk mengatasi masalah murid yang gagal untuk mengingati bunyi suku kata awal perkataan, menyebabkan murid menyebut bunyi perkataan yang mereka pernah dengar sahaja? Contoh perkataan' satu' disebut' batu' berdasarkan bunyi suku kata akhir iaitu ' tu '. Soalan 3: Bagaimanakah cara untuk mengatasi kelemahan murid mengeja perkataan yang mempunyai suku kata tertutup? Contohnya kertas dan kolam. 1. Huruf yang dikatakan sama kerana cara ia dihasilkan sama, namun akan berbeza jika daerah sebutan huruf berkenaan berbeza diterangkan kepada pelajar. 'b' ialah konsonan letupan dua bibir bersuara, manakala 'p' ialah konsonan letupan dua bibir tidak bersuara. 2. Dalam bahasa, perkataan membawa makna. aspek makna 'satu' dan 'batu' adalah berbeza. Aspek semantik perkataan harus dijelaskan kepada pelajar, waima kata yang sama boleh membawa makna berbeza mengikut konteks contohnya 'daki'. 3. Penggalkan kata ikut suku kata.
| Tatabahasa | 18.04.2013 |