Wajah lelaki itu sungguh bimbang? Adakah penggunaan kata adjektif "bimbang" sesuai? jika tidak, apakah yang sepatutnya? | Kata adjektif yang digunakan betul. | Tatabahasa | 20.11.2012 |
Assalamualaikum Saya Nurinee Chemudo berlajar bahasa Saya ingin bertanya tentng bahasa Apakah makna Wajah | Menurut data kami, maksud wajah ialah air muka; muka; paras: ~nya berseri-seri. berwajah 1 mempunyai atau menampakkan wajah (paras rupa, air muka dan sebaginya): ~ ceria. 2 mempunyai atau menampakkan keadaan luaran atau pemandangan sesuatu: Buku lama ~ baru. berwajahkah menggunakan atau mempunyai sesuatu sebagai wajah: Apakah benar kalian berani kerana benar? tanya ketua makhluk ~ semut itu. mewajahi memberikan rupa atau keadaan luaran kepada: Pemandangan alam semula jadi yang indah ~ pulau legenda itu. perwajahan perihal atau proses menjadikan sesuatu berwajah: ~ yang menarik telah dirancang untuk iklan bagi menarik pelancong. pewajahan perihal atau perbuatan memberikan wajah kepada sesuatu; proses mewajahi sesuatu: ~ merupakan salah satu usaha penting dalam mereka bentuk kulit majalah tersebut. Untuk maklumat lanjut, sila layari wajah">http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=wajah | Makna | 15.11.2015 |
Tuan, "berpengalaman dalam membuat lakaran wajah penjenayah" betul tak? Saya berpandangan frasa kerja ini harus dipinda kepada: "berpengalaman dalam pembuatan lakaran wajah penjenayah" ATAU "berpengalaman dalam pelakaran wajah penjenayah. Mengikut Tatabahasa Dewan, kata sendi nama "dalam" diikut oleh frasa nama yang abstrak, iaitu mempunyai lingkungan yang tidak ada jarak atau tidak ada ruang. Jadi, kata kerja "membuat" yang mengikut kata sendi nama "dalam" tidak sesuai digunakan dalam ayat ini kerana kata sendi nama "dalam" berada di hadapan frasa nama, bukan kata kerja. Oleh hal demikian, saya telah mengubah bentu kata kerja "membuat" kepada bentuk kata nama "pembuatan", atau bentuk kata nama "pelakaran" yang bermaksud hal melakar. Betulkah pembetulan saya? (Punca: Novel Hantu Gadis Opera, lembaran 20, terbitan Syarikat Pelangi) | Kami berpandangan ayat "berpengalaman dalam pelakaran wajah penjenayah", betul. Sila ambil contoh ayat daripada buku bahasa untuk berhujah atau memahamkan peraturan tatabahasa. Mengambil ayat daripada karya kreatif bukanlah langkah yang tepat kerana sebahagian karya kreatif tidak mematuhi seratus peratus peraturan tatabahasa. | Tatabahasa | 20.03.2015 |
Mana yang benar: "bintik-bintik pada wajah" atau "bintik-bintik di wajah"? Mohon sertakan alasan. Terima kasih. | Menurut data kami, ayat yang betul ialah bitnik-bitnik pada wajah kerana kata sendi nama "pada" digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama untuk menunjukkan keterangan waktu dan tempat, dan digunakan dalam ungkapan ada + pada (manusia dan haiwan) dalam beberapa situasi tertentu. | Tatabahasa | 11.01.2020 |
Kepada atau pada: a) Joanne melekat kembali kepada Aisha sambil menunjukkan riak wajah takut. b) Joanne melekat kembali pada Aisha sambil menunjukkan riak wajah takut. | Joanne melekat kembali pada Aisha sambil menunjukkan riak wajah takut. | Tatabahasa | 19.09.2011 |
Bolehkah anda tolong saya mencari kesalahan dalam ayat berikut: Biarpun wajah kedua-dua pemuda itu agak sempadan,tetapi perangai pemuda bertubuh gempal itu lebih baik daripada seorang pemuda lagi. | Soalan: Biarpun wajah kedua-dua pemuda itu agak sempadan,tetapi perangai pemuda bertubuh gempal itu lebih baik daripada seorang pemuda lagi. Jawapan: Biarpun wajah kedua-dua pemuda itu agak sepadan,tetapi perangai pemuda bertubuh gempal itu lebih baik daripada seorang pemuda lagi. | Tatabahasa | 06.10.2014 |
Saya pernah mempopularkan ungkapan “Buku Wajah” sebagai ganti ungkapan “Muka Buku” yang dipopularkan sebelum itu. Ada rakan kurang menyenangi usaha saya. Saya pun menggunakan ungkapan “Facebook” dan “FB” semula. Namun saya dapati Dr. Awang ...Sariyan dan beberapa orang rakan terus menggunakan ungkapan “Buku Wajah”. Sesudah beberapa kali saya mendengar penjelasan Dr. Awang bahawa orang Inggeris menukar/menyesuaikan nama Arab dengan “lidah Inggeris” apabila menterjemahkan bahan daripada bahasa Arab ke bahasa Inggeris, saya berasa perlu untuk menjadi pengikut Dr. Awang. Apakah komen Tuan Dewan Bahasa? | Bagi saya, kedua-duanya boleh sahaja digunakan kerana merujuk benda yang sama, iaitu Facebook, dan Buku Wajah sebagai ganti namanya. - Zaidi | Istilah | 09.05.2012 |
Ibu Saiman membeli seikat sayur-sayuran dari pasar. ( betul / salah ) Ibu Saiman membeli sebakul sayur-sayuran dari pasar.( betul / salah ) Wajah ibu sungguh ceria selepas mendengar berita kejayaan saya dalam peperiksaan UPSR.( betul / salah ) Wajah ibu sungguh gembira selepas mendengar berita kejayaan saya dalam peperiksaan UPSR.( betul / salah ) Keluarga saya makan angin di Planetarium Negara pada minggu lepas. ( betul / salah ) | Ayat tersebut betul. Walau bagaimanapun, seikat lebih tepat kerana ia boleh digunakan untuk merujuk kuantiti yang sedikit. Dalam ayat kedua, dalam konteks wajah, ceria dan gembira boleh digunakan. Ayat ketiga juga betul, namun dalam konteks ini, lebih tepat menggunakan perkataan melawat kerana peribahasa makan angin digunakan untuk suasana yang santai. | Tatabahasa | 02.09.2010 |
Sebaik-baik mencelikkan matanya, terlihat oleh Yus ( pada , akan) wajah adik-adiknya yang tiga orang itu. Jawaban munsyi ialah akan, tetapi saya masih tidak faham mengapakah bukan pada yang digunakan? terlihat pada wajah?? sebenarnya jawaban daripada buku rujukan ialah akan, iaitu sama pendapar dengan munsyi. | Kata sendi nama "pada" digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama untuk menunjukkan keterangan waktu dan tempat, dan digunakan dalam ungkapan ada + pada (manusia dan haiwan) dalam beberapa situasi tertentu, seperti yang berikut: a. menunjukkan keterangan waktu apabila mendahului kata nama yang menyatakan waktu atau masa. b. kata sendi nama "pada" apabila didahului "ada" mesti diikuti oleh kata nama yang merujuk manusia dan haiwan. c. sebagai perkataan yang terletak di hadapan kata nama yang menunjukkan tempat bagi perbuatan sesuatu kata kerja. Oleh sebab dalam ayat yang diberikan tidak menunjukkan ketiga-tiga situasi yang diberikan di atas, jawapan yang betul ialah "akan". | Tatabahasa | 12.02.2012 |
Selamat petang! Sila bantuan membetulkan perkataan bawah ini. Terima Kasih! 1). Pembentukan semula wajah (english: Face Reshaping) 2). Lingkaran gelap di bawah mata (english: Eye Bag) | Frasa Pembentukan semula wajah dan Lingkaran gelap di bawah mata. | Pembinaan Bakat | 16.07.2012 |