Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
wajah (kata nama)
1. Bersinonim dengan muka: paras, rupa, roman muka, tampang muka, bentuk muka, raut muka, air muka,

2. Bersinonim dengan keadaan luaran: rupa, bentuk.,



Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1. Wajah Puan Raziah (gemerlapan/ceria/gembira/suram) apabila mendapat berita tentang kejayaan anaknya itu. 2. Dalam perbahasan itu, David menyampaikan hujah-hujahnya dengan suara yang (nyaring/lantang/gagap/merdu). 3. Dulang tembaga ini kelihatan (kusam/pucat/pudar/kelam) kerana sudah lama tidak digilap. 4. Ukiran pada tingkat rumah datuk sungguh (elok/cantik/ayu/kaku).1. Wajah Puan Raziah ceria apabila mendapat berita tentang kejayaan anaknya itu. 2. Dalam perbahasan itu, David menyampaikan hujah-hujahnya dengan suara yang lantang. 3. Dulang tembaga ini kelihatan (kusam/pudar) kerana sudah lama tidak digilap. 4. Ukiran pada tingkat rumah datuk sungguh elok.Tatabahasa30.07.2008
selamat pagi, 1. wajah pesakit kamser itu_________ a. pucat b. cekang 2.Adakah kedua - ayat ini betul a. Jangan tandus dengan kehendak yang tidak wajar b. Pendebat itu telah tandus idea bagi mematahkan hujah lawan. 3. Penjaga gol berjaya___________bola itu a. Menepis B. menangkis1. Wajah pesakit kanser itu pucat.

2. Tandus ialah 1. tidak ditumbuhi apa-apa: padang ~ padang yang tidak ditumbuhi apa-apa.  2. telah habis langsung (berkenaan idea, modal, bakat).

     a. Jangan tandus dengan kehendak yang tidak wajar.
    Penggunaan perkataan tandus tidak sesuai dalam ayat di atas.

    b. Pendebat itu telah ketandusan idea bagi mematahkan hujah lawan.

3. Penjaga gol berjaya menangkis bola itu.
Tatabahasa13.03.2013
Assalamualaikum Saya Nurinee Chemudo berlajar bahasa Saya ingin bertanya tentng bahasa Apakah makna WajahMenurut data kami, maksud wajah ialah air muka; muka; paras: ~nya berseri-seri. berwajah 1 mempunyai atau menampakkan wajah (paras rupa, air muka dan sebaginya): ~ ceria. 2 mempunyai atau menampakkan keadaan luaran atau pemandangan sesuatu: Buku lama ~ baru. berwajahkah menggunakan atau mempunyai sesuatu sebagai wajah: Apakah benar kalian berani kerana benar? tanya ketua makhluk ~ semut itu. mewajahi memberikan rupa atau keadaan luaran kepada: Pemandangan alam semula jadi yang indah ~ pulau legenda itu. perwajahan perihal atau proses menjadikan sesuatu berwajah: ~ yang menarik telah dirancang untuk iklan bagi menarik pelancong. pewajahan perihal atau perbuatan memberikan wajah kepada sesuatu; proses mewajahi sesuatu: ~ merupakan salah satu usaha penting dalam mereka bentuk kulit majalah tersebut. Untuk maklumat lanjut, sila layari wajah">http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=wajahMakna15.11.2015
Selamat petang! Sila bantuan membetulkan perkataan bawah ini. Terima Kasih! 1). Pembentukan semula wajah (english: Face Reshaping) 2). Lingkaran gelap di bawah mata (english: Eye Bag)Frasa Pembentukan semula wajah dan Lingkaran gelap di bawah mata.Pembinaan Bakat16.07.2012
Apakah kesalahannya? 1) Pengunjung yang ke 1000 pasar raya itu layak menerima hadiah. 2) Jangan cerobohi rumput-rumput yang baru ditanam di taman ini. 3) Wajah Mak Usu mengingatkan saya kepada arwah ibu yang saling tak tumpah seiras. 4) Promosi barangan murah oleh pasaraya menarik perhatian. 5) Haji Khalid gemar cerita mengenai zaman bujangnya kepada anak-anak.Ayat yang saudara kemukakan terdapat kesalahan dan telah kami perbetulkan.
1) Pengunjung yang ke-1000 pasar raya itu layak menerima hadiah.
2) Jangan pijak rumput-rumput yang baru ditanam di taman ini.
3) Wajah Mak Usu salin tak tumpah arwah ibu dan mengingatkan saya kepadanya.  
4) Promosi barangan murah oleh pasar raya menarik perhatian orang ramai.
5) Haji Khalid gemar bercerita mengenai zaman bujangnya kepada anak-anak
Tatabahasa05.04.2013
Apakah perkataan yang patut digunakan? 1. Wam Khatijah (mengupas) kuih itu sebelum menyuapkan ke mulut adiknya. 2. Mak Andam (mengupas) wajah pengantin itu sebelum majlis persandingan. 3. Disebabkan dia (pengikut), dia sering mengikuti lawatan sambil belajar. 4. Nama adik saya yang kecil ini ialah Aizudin tetapi nama (timbangan)nya ialah Judin.

Penggunaan kata dalam kurungan adalah tidak tepat. Untuk melihat penggunaan kata yang betul rujuk www.prpm.dbp.gov.my dan taipkan perkataan yang hendak dicari, contohnya mengupas boleh membawa maksud membuang kulit (buah-buahan) dan menghuraikan dengan teliti (karangan, pendapat, persoalan). Berdasarkan makna yang tersebut kata mengupas tidak sesuai digunakan dalam kedua-dua konteks ayat tersebut.

Tatabahasa06.10.2011
Berkenaan perkataan "swafoto". 1) Apa maksud "swa"? 2) perkataan "foto" pula berasal dari perkataan Inggeris "photo". Kenapa DPB tidak memartabatkan Bahasa Melayu dengan menggunakan perkataan seperti "gambar" atau "wajah"?Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, "swa" bermaksud sendiri. Perkataan "foto" juga telah lama diterima dan bahasa Melayu dan telah meluas penggunaannya. Oleh sebab itu, DBP menerima istilah swafoto sebagai padanan untuk perkataan bahasa Inggeris "selfie". Sekiranya tuan memerlukan maklumat lanjut mengenai cara pembentukan istilah bahasa Melayu, sila rujuk kepada Bahagian Peristilahan dan Leksikologi, Dewan Bahasa dan Pustaka.Istilah04.01.2017
Di sini ada beberapa soalan yang ingin ditanya 1. Apakah perbezaan maksud di antara perkataan (a) gedempol (b) gempal (c) gemuk] (i) Mana satu jawapan di atas sesuai dengan saolan di bawah: Kanak-kanak juga sering dikaitkan dengan badan yang ............akibat tabiat makan yang tidak terkawal (ii) Orang yang banyak makan menyebabkan badan mereka menjadi ........... Soalan di bawah mana pilihan yang sesuai 2. Wajah yang (cantik, kacak)bukan ukuran tetapi yang paling penting ialah budi bahasa. 3. Bunga kembang pagi akan berbau (wangi, semerbak ,harum) pada setiap pagi Harap tuan dapat membalas sebelum 25/2/09 sekian terima kasih

Menurut Kamus Dewan Edisi ke-4, gedempol bermaksud gemuk, gempal  pula bermaksud gemuk sedang (berkenaan tubuh) atau padat berisi dan gemuk - tidak kurus atau besar badan (kerana banyak daging). Bagi ayat yang diberikan perkataan yang sesuai ialah: (i) Kanak-kanak juga sering dikaitkan dengan badan yang gemuk akibat tabiat makan yang tidak terkawal (ii) Orang yang banyak makan menyebabkan badan mereka menjadi gemuk/gempal.

Manakala bagi soalan:

2. Wajah yang cantik bukan ukuran tetapi yang paling penting ialah budi bahasa. 3. Bunga kembang pagi akan berbau wangi/harum) pada setiap pagi.

Makna26.02.2009
saya sedang mencari biodata dan biografi penulis m. yasin makmur atau dikenali dengan nama penanya iaitu pungguk.Sila rujuk bahan ini : 1.Pungguk: pelopor puisi Melayu moden Burhanuddin al-Rawi Karya 01/02/1998 . 2.Pungguk (1910-1971): pelopor puisi Melayu moden Zabidin Hj. Ismail Mutiara Malaysia 01/04/1995 . 3.Pungguk Dewan Sastera (Mekar Sastera) 01/11/2003 . 4.Wajah : biografi penulis Dewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan) 1988 5.Wajah: biografi penulis [t.p.] Dewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan) 2005Lain-lain22.09.2007
1. “Pemuda itu tertarik akan kecantikan kakak.”, “Pemuda itu tertarik dengan kecantikan kakak.” Ayat manakah yang betul? 2. “Bunyi itu begitu jelas sekali”, “Bunyi itu jelas sekali”. Ayat manakah yang betul?1. Bagi menjawab soalan tuan ini,  kesemua jawapan seperti akan, pada, kepada, oleh, dengan  merupakan kata sendi nama yang mempunyai fungsi yang berbeza-beza mengikut konteks ayat (rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi ketiga tentang penggunaan kata sendi nama hlm 272 hingga 285).  Oleh yang demikian,  jawapan yang betul ialah akan.  Hal ini kerana, kata sendi nama "akan" digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang merujuk manusia, dan penggunaannya mesti didahului oleh kata adjektif yang bersifat emotif. Kata adjektif kecantikan atau kejelitaan  dapat menimbulkan sifat suka atau asyik apabila seseorang itu melihat wajah pelakon tersebut. 
2. Frasa "begitu jelas sekali" betul, dua unsur penguat boleh juga hadir berderetan sebelum kata adjektif, contohnya: sungguh amat indah dan terlalu amat pedih.
Tatabahasa27.02.2015
123

Kembali ke atas