Assalamualaikum Saya Nurinee Chemudo berlajar bahasa Saya ingin bertanya tentng bahasa Apakah makna Wajah | Menurut data kami, maksud wajah ialah air muka; muka; paras: ~nya berseri-seri. berwajah 1 mempunyai atau menampakkan wajah (paras rupa, air muka dan sebaginya): ~ ceria. 2 mempunyai atau menampakkan keadaan luaran atau pemandangan sesuatu: Buku lama ~ baru. berwajahkah menggunakan atau mempunyai sesuatu sebagai wajah: Apakah benar kalian berani kerana benar? tanya ketua makhluk ~ semut itu. mewajahi memberikan rupa atau keadaan luaran kepada: Pemandangan alam semula jadi yang indah ~ pulau legenda itu. perwajahan perihal atau proses menjadikan sesuatu berwajah: ~ yang menarik telah dirancang untuk iklan bagi menarik pelancong. pewajahan perihal atau perbuatan memberikan wajah kepada sesuatu; proses mewajahi sesuatu: ~ merupakan salah satu usaha penting dalam mereka bentuk kulit majalah tersebut. Untuk maklumat lanjut, sila layari wajah">http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=wajah | Makna | 15.11.2015 |
Assalamualaikum. Mohon pencerahan sama ada penggunaan 'nya' dalam ayat ini betul: 'Telefon anda boleh dibuka kuncinya oleh orang lain jika telefon itu dihalakan rapat ke wajah anda.' Apakah fungsi 'nya' dalam ayat tersebut? Terima kasih. | Ayat yang betul: Kunci telefon anda boleh dibuka oleh orang lain jika telefon itu dihalakan rapat ke wajah anda. -nya merupakan kata ganti diri ketiga dan hanya boleh digunakan pada manusia (TATABAHASA DEWAN EDISI KETIGA halaman 103-104)
| Tatabahasa | 20.08.2019 |
Apakah perkataan yang patut digunakan? 1. Wam Khatijah (mengupas) kuih itu sebelum menyuapkan ke mulut adiknya. 2. Mak Andam (mengupas) wajah pengantin itu sebelum majlis persandingan. 3. Disebabkan dia (pengikut), dia sering mengikuti lawatan sambil belajar. 4. Nama adik saya yang kecil ini ialah Aizudin tetapi nama (timbangan)nya ialah Judin. | Penggunaan kata dalam kurungan adalah tidak tepat. Untuk melihat penggunaan kata yang betul rujuk www.prpm.dbp.gov.my dan taipkan perkataan yang hendak dicari, contohnya mengupas boleh membawa maksud membuang kulit (buah-buahan) dan menghuraikan dengan teliti (karangan, pendapat, persoalan). Berdasarkan makna yang tersebut kata mengupas tidak sesuai digunakan dalam kedua-dua konteks ayat tersebut. | Tatabahasa | 06.10.2011 |
Apakah maksud cabang? Terdapat pelbagai maksud bukan? Apakah maksud cerah? | Merujuk Kamus Dewan Edisi Empat, cabang bermaksud 1. bahagian yg tumbuh dr batang atau dahan pokok: daun tumbuh di ~; 2. bahagian hujung yg berpecah spt dua jari terbuka (bkn galah, lembing, tongkat); besi ~ tiga trisula; 3. bahagian atau bahagian kecil pd tanduk rusa dsb; 4. bahagian atau bahagian kecil sesuatu jalan (sungai, jalan kereta api, dsb) yg berpecah dr bahagian yg utama: ~ jalan; sungai itu banyak ~nya; 5. cawangan: Malayan Banking Berhad mempunyai banyak ~nya di seluruh Malaysia; 6. bahagian atau bahagian kecil drpd sesuatu lapangan pengetahuan (rumpun bahasa, bangsa, dsb): botani ialah ~ biologi; bahasa Melayu ialah ~ rumpun bahasa Melayu-Polinesia; 7. golongan masyarakat: ia dilahirkan dlm kalangan kaum menak, kaum bangsawan ~ atas; ~ buaya = ~ perahu kayu bercabang pd rangka badan perahu; ~ guling cabang pd haluan atau belakang perahu; ~ tenggorok bahagian kecil dr batang tenggorok, bronkiol; Manakala cerah pula bermaksud 1. terang (bkn hari, bulan, lampu, langit, dll): hari sudah ~; 2. jernih (bkn kaca dll); 3. tidak hitam, agak putih (bkn kulit): kulitnya ~; 4. berseri, tidak muram (bkn rupa muka): wajah Cikgu Seman belum ~ betul; 5. ki baik, bahagia, elok: kehidupan mereka menjadi bertambah-tambah ~; 6. ki berakal, cerdik: mujurlah Abang Mat tu ~ sikit; ~ ceria terang lagi bersih (bkn udara, cuaca, dll); ~ kulit tidak hitam (dan tidak putih benar); | Lain-lain | 04.09.2010 |