wajahnya nampak________kerana kurang tidur selama berapa hari. a) muram b) tegang c) murung d)cengkung | Saudara, Ayat yang betul ialah : Wajahnya nampak cengkung kerana kurang tidur selama beberapa hari. | Tatabahasa | 11.09.2009 |
2. Sarina ___menghadapi sesuatu masalah, sebab itulah wajahnya mrung sahaja. A masih B pernah C sudah D barangkali munsyi, jawaban ialah D, adakah munsyi sependapat dengan saya bahawa A juga sesuai? apakah jawaban yang paling tepat dalam konteks ini? TQ | Pada pandangan kami, jawapan yang lebih tepat untuk ayat tersebut ialah masih. | Tatabahasa | 11.03.2012 |
Salam Sejahtera, Apakah perkataan yang maksudnya 'tergambar di wajahnya yang kebingungan?' Terima Kasih. | Salam sejahtera, Tuan, Kami mencadangkan perkataan termangu-mangu yang membawa maksud termenung-menung (kerana susah hati, bingung, dll), melengung: sejak ibunya meninggal, ia kelihatan selalu ~ sahaja; ia pun duduk termangu-mangu; (Kamus Dewan Edisi Keempat). Untuk maklumat lanjut boleh rujuk http://prpm.dbp.gov.my/. Sekian, terima kasih. | Makna | 13.06.2017 |
Salam Sejahtera, Apakah perkataan yang memberi maksud 'tergambar di wajahnya yang kebingungan?' Terima kasih. | Salam sejahtera, Tuan, Kami mencadangkan perkataan termangu-mangu yang membawa maksud termenung-menung (kerana susah hati, bingung, dll), melengung: sejak ibunya meninggal, ia kelihatan selalu ~ sahaja; ia pun duduk termangu-mangu; (Kamus Dewan Edisi Keempat). Untuk maklumat lanjut boleh rujuk http://prpm.dbp.gov.my/. Sekian, terima kasih. | Makna | 13.06.2017 |
Seorang pelajar menulis ungkapan ini dalam karangan yang berasingan: 1. Kumencari-cari rakan yang ikhlas. 2. Kucari-cari sahabat yang setia. 3. Kaudisanjung dan dipuja. 4. Kuberdiri di sini. 5. Kurenungi wajahnya. Adakah ayat-ayat ini gramatis? | Ayat tersebut gramatis tetapi lebih kepada penulisan kreatif. | Tatabahasa | 23.03.2009 |
maksud lentok, lentik, pacak, dan cacak | Lentok: terkulai (ke bawah atau ke sisi), terkelepai (ke bawah), miring (kerana lemah dsb) Lentik: melengkung ke atas atau ke belakang (bulu mata dll): wajahnya yg bujur sirih itu dihiasi alis yg melentik wilis; 2. lekuk ke atas pd hujungnya (haluan perahu dll); Pacak: sesuatu yg panjang dan runcing, cucuk (ikan yg hendak dipanggang, sate, dll); 2. kayu (tongkat dll) yg tirus hujungnya, pancang; pak ~ orang yg tidak penting peranannya (watak tambahan dlm lakonan pentas dll); Cacak: tegak (galah, tiang, dll); ~ lari lari tergesa-gesa atau cepat-cepat; Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat untuk maklumat lanjut. | Makna | 17.04.2009 |
SOALAN - MENYIPIT | Ejaan yang betul ialah sepet dan kata terbitannya menyepetkan. sepet (kata adjektif) kecil dan tertutup sedikit kelopak matanya. menyepetkan (kata kerja transitif) [kata pasif: disepetkan, sepetkan] menjadikan (mata) kelihatan sepet. Kata menyepetkan tidak sesuai digunakan dalam ayat yang diberikan. Dicadangkan: Matanya melirik manja saat dia ketawa menjadikan raut wajahnya itu tampak lebih manis dan menawan. Sila layari PRPM https://prpm.dbp.gov.my/ atau Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020) untuk memperoleh maklumat tentang kata tersebut dalam bahasa Melayu.
| Makna | 09.09.2024 |
Assalamualaikum, Saya ingn bertanya berkaitan golongan kata bagi perkataan 'mirip'. Jika diteliti dalam PRPM, 'mirip' dikategorikan sebagai kata kerja. Pada pandangan saya, 'mirip' lebih cenderung digolongkan sebagai kata adjektif kerana dapat digandingkan dengan kata penguat. Apakah kriteria yang digunakan oleh PRPM untuk menggolongkan perkataan 'mirip' dalam kategori kata kerja? | Perkataan mirip telah dikategorikan sebagai kata kerja. Sila rujuk Tesaurus Bahasa Melayu Dewan. Mirip didefinisikan sebagai menyerupai benar; hampir sama (bkn rupa dll): Wajahnya ~ wajah ibunya. Merujuk kepada definisi menyerupai benar tersebut, 'menyerupai' merupakan kata kerja yang memberi makna kepada mirip. | Tatabahasa | 27.08.2012 |
Kami amat berharap agar pihak DBP dapat memberi penjelasan itu dengan kadar segera. Soalan saya, Ayat di atas sering ditemui dalam Khidmat Nasihat. Apakah golongan kata "Berharap" di situ>? Adakah sebagai kata kerja atau kata adjektif yang boleh menerima kata penguat "amat" kerana semua sedia maklum bahawa kata penguat hanya bergandingan dengan kata adjektif. | 1. Golongan/kelas kata bagi "berharap" dalam ayat tersebut ialah kata kerja tak transitif. 2. Golongan/kelas kata bagi "amat" dalam ayat tersebut ialah kata adverba. Sila rujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020: 74) amat1 pgt 1 digunakan utk menguatkan kualiti tertentu yg terkandung dlm kata adjektif dan kedudukannya bebas sama ada di hadapan atau di belakang adjektif; sangat: Batuk ayah amat keras bunyinya. ♦Dia letih amat dan lapar benar sekarang. 2 digunakan utk menunjukkan darjah perbandingan yg penghabisan bagi sst kata yg mengikutinya; paling; sangat: Rancangan itu dirasakan amat baik sekali.♦Malam itu wajahnya amat tenang sekali. adv 3 digunakan utk menegaskan maksud perbuatan yg terkandung dlm kata kerja dan kedudukannya di hadapan kata kerja tsb; sangat: Swee Ling amat mengharapkan bantuan Jalal utk mengangkat meja itu.♦Pd saat begini dia amat memerlukan sokongan anaknya itu. Penggunaan sesuatu kata dalam ayat menentukan kelas katanya. | Tatabahasa | 17.05.2023 |