adakah wajib di letakkan perkataan 'Wilayah Persekutuan" untuk putrajaya? | Tidak wajib seperti "Kuala Lumpur". | Lain-lain | 22.08.2009 |
Salam, 1) Apakah ayat yang sesuai untuk menulis memo panggilan kursus yang wajib dihadiri oleh pegawai atasan? 2) Bolehkah perkataan " Tuan/puan dijemput menghadiri bengkel tersebut tanpa uzur" ? digunakan untuk menjemput pegawai atasan dan kehadiran adalah wajib. | 1. Penggunaan ayat yang sesuai untuk menulis memo panggilan kursus bergantung pada kursus yang hendak diadakan. 2. Kehadiran adalah diwajibkan kepada semua pegawai /Semua pegawai wajib menghadiri kursus ini. | Tatabahasa | 11.05.2010 |
saya ingin bertanya, saya dalam proses permohonan iklan dan menunggu pengesahan bahasa dari pihak DBP, adakah pihak DBP telah berkuatkuasa pada tahun, bahasa melayu (wajib diletakkan pada papan iklan), jika saya ingin letak bahasa Inggeris juga wajib letak bahasa Melayu? adakah benar? ada surat pekekeling dikeluarkan? jika ada boleh beri kepada untuk rujukan. saya harap Tuan dapat beri maklum balas secepat mungkin. terima kasih | Mesyuarat Majlis Negara bagi Kerajaan Tempatan (MNKT) yang dipengerusikan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri pada 2 Disember 2008 meluluskan "Garis Panduan Perancangan Papan Iklan Luar" - "Penggunaan Bahasa Melayu hendaklah betul dan tepat dari segi penggunaan perkataan, susunan ayat, ejaan, tatabahasa dan sebagainya. Penggunaan bahasa yang betul hendaklah dirujuk dan mendapat pengesahan daripada Dewan Bahasa dan Pustaka". Penguatkuasaan hal ini melalui Pekeliling Ketua Setiausaha Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Bilangan 2 Tahun 2009. Justeru, semua pihak harus mematuhi peraturan yang telah ditetapkan selagi permohonan tersebut tertakluk dalam kawasan pihak berkuasa tempatan di Malaysia. | Penyemakan dan penterjemahan | 04.08.2015 |
setiap pekerja atau kakitangan yang baru berkhidmat di dewan bahasa dan pustaka mesti wajib mengikuti kursus yang di anjurkan untuk memantapkan perkhidmatan dan ada juga orientasi bila setiap pekerja atau kakitangan yang baru berkhidmat ? dan ada satu pertanyaan , kalau ada temuduga, ujian harus di adakan kh ? | Untuk makluman tuan, kesemua pegawai dan Staf DBP perlu dan wajib menghadiri kursus yang dianjurkan oleh pihak Akademi DBP untuk memantapkan ilmu dan mutu perkhidmatan staf DBP. Ujian bertulis pula diadakan untuk skim-skim tertentu sahaja. Contoh: Pengambilan Perancang Bahasa S41 dan Pegawai Tadbir S41. | Lain-lain | 26.03.2017 |
Terima Kasih. Saya ingin menggunakan perkataan Asia Care atas signboard. Boleh tak saya menggunakan Bahasa Inggeris, Asia Care Cafe? Adakah pengesahan tersebut wajib untuk memohon lesen perniagaan dari MPSJ/DBKL? Sekian Sahaja, terima kasih. | Untuk mendapat pengesahan DBP, perkataan "KAFE" perlu diletakkan di bahagian atas dan "Asia Care Cafe" di bahagian bawah. Bahasa Melayu wajib diletakkan untuk memohon lesen perniagaan daripada DBKL. Untuk pengesahan papan iklan, sila klik domain "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP" (bukan Khidmat Nasihat Bahasa). Untuk kali pertama tuan perlu mendaftar dahulu dan dapatkan kata laluan (password) yang dihantar kepada e-mel yang telah didaftarkan dan ikutilah tatacara yang seterusnya. | Lain-lain | 10.04.2014 |
Rajah 1.1 menunjukkan teori perkaitan di antara sebab dan syarat-syarat wajib zakat bagi zakat yang berasaskan harta perolehan. Soalan: Sesuaikah penggunaan perkataan "perkaitan" di situ, atau ada perkataan lain yang lebih sesuai? Kemudian perlukah diletakkan perkataan "di" sebelum "antara" atau cukup dengan "antara" sahaja tanpa "di (di antara) dalam konteks ayat di atas? Terima kasih. | Rajah 1.1 menunjukkan kaitan antara sebab dan syarat wajib zakat bagi zakat yang berasaskan harta perolehan. - perkaitan bermaksud hal atau keadaan yang berkaitan, manakala kaitan bermaksud hubungan. Kata kaitan lebih sesuai dalam ayat ini. Perkataan di antara lazimnya digunakan bagi perkataan yang menunjukkan ada ruang/jarak antara kedua-duanya, oleh itu kata antara lebih sesuai dalam ayat ini. | Tatabahasa | 12.05.2011 |
Assalamualaikum.. 1.Apakah bahasa pengantar yang perlu digunakan dalam IPTA? 2.Adakah penggunaan Bahasa Melayu wajib di IPTA? 3.Mana perkataan yang betul; Bahasa Melayu atau Bahasa Malaysia? Terima kasih. | Bahasa Melayu dikekalkan sebagai bahasa pengantar utama di IPTA. Walau bagaminanpun selaras dengan perkembangan pendidikan global IPTA diberi kebenaran untuk mengendalikan kursus pengajian tertentu dalam bahasa Inggeris dengan syarat bahasa Melayu hendaklah diajar sebagai mata pelajaran wajib. Pengunaan mengikut Perlembagaan Persekutuan dan Akta bahasa Kebangsaan ialah bahasa Melayu. Daripada aspek tamadun penggunaan yang betul ialah bahasa Melayu kerana pembinaan bahasa itu disandarkan kepada tamadun Melayu. Walau bagaimanapun mengikut keputusan pihak Kabinet Malaysia perkataan bahasa Malaysia digunakan untuk menyemai rasa kekitaan dalam kalangan rakyat. | Lain-lain | 27.03.2011 |
Boleh kongsikan format / pengisian wajib dalam "Polisi Operasi Perkhidmatan". Terima kasih. | Selamat petang Pihak kami mohon maaf kerana tidak mempunyai maklumat atau data tentang "Polisi Operasi Perkhidmatan" tersebut. Sekian. Terima kasih. | Lain-lain | 27.06.2016 |
Untuk penggunaan kata seruan, adakah wajib untuk meletakkan kata seru di permulaan ayat atau ianya adalah suatu pilihan untuk menjadi ayat seruan. Aduh, sakitnya kakiku! Sakitnya kakiku! Adakah ayat kedua masih dianggap ayat seruan. Terima Kasih. | Ayat yang kedua itu, masih digolongkan sebagai ayat seruan kerana menggunakan kata seruan dan menggunakan itonasi yang berbeza daripada ayat biasa. Kata seru ialah bentuk kata yang erfungsi melahirkan berbagai-bagai perasaan dan digunakan dalam ayat seruan. Harap maklum. | Tatabahasa | 13.08.2007 |
UNTUK SINGKATAN SENDIRIAN BERHAD IAITU SDN BHD, APAKAH WAJIB UNTUK MELETAKKAN TANDA TITIK DI KEDUA DUA PENGHUJUNG SDN DAN BHD IAITU SEPERTI SDN. BHD. ATAU BOLEH JUGA TANPA TITIK SEPERTI SDN BHD | Ejaan yang betul ialah Sdn. Bhd., mesti ada tanda titik kerana ejaan tersebut ialah singkatan kepada Sendirian Berhad. | Ejaan | 24.05.2012 |