wakil-wakil rakyat atau wakil rakyat-wakil rakyat | Saudara, Frasa yang betul ialah wakil-wakil rakyat. Hanya perkataan pertama diulang. | Tatabahasa | 17.03.2010 |
Kedaifan penduduk-penduduk yang mendiami kawasan itu mendapat perhatian daripada wakil rakyat. Saya berpendapat 'penduduk-penduduk' betul. Apa pendapat tuan? | Penduduk bermaksud orang yg menduduki sesuatu daerah (tempat, negeri, dll). Oleh itu, perkataan penduduk dalam ayat tersebut tidak perlu digandakan. Ayat yang betul ialah 'Kedaifan penduduk yang mendiami kawasan itu mendapat perhatian daripada wakil rakyat.' | Tatabahasa | 30.08.2007 |
Kata Sapaan untuk: i ) wakil rakyat ii) usahawan iii) ketua polis daerah iv) kadi daerah | Seorang Ahli Parlimen atau Ahli Dewan Undangan Negeri disapa sebagai "Yang Berhormat", manakala bagi seorang usahawan, ketua polis daerah dan kadi daerah yang tidak bergelar Dato' disapa sebagai "Tuan/Encik". | Lain-lain | 27.05.2011 |
Saya memerlu senarai panggilan contoh wakil rakyat kita panggil Yang Berhormat dan yang lain-lain | Sdr. bolehlah merujuk buku-buku, contohnya buku Dr Awang Sariyan, Santun Berbahasa | Makna | 31.07.2007 |
Bagaimana kita hendak mengenal pasti panggilan hormat untuk tetamu-tetamu jemputan seperti yang berbahagia, yang berusaha, yang dihormati..dan sebagainya. | Yang Berhormat ialah rujukan hormat untuk Ahli Dewan Undangan Negeri (wakil rakyat) yang kebiasaannya memang ada gelaran , Yang Berbahagia untuk jemputan yang ada gelaran kehormat seperti Tan Sri, Tan Seri, Dato', Datuk, tetapi bukan Wakil rakyat, sementara Yang Berusaha ialah rujukan kehormat untuk pengerusi majlis atau penganjur majlis. Harap maklum. | Istilah | 22.08.2006 |
sesuai atau tidak penggunaan KGD "beliau"digunakan untuk orang yang melakukan jenayah seperti menteri,wakil rakyat dan sebagainya. Bukankah penggunaan beliau hanya untuk orang yang dihormati? 2. ejaan yang betul tersergam atau tesergam 3. boleh ke kita menggunakan kata sendi hingga ke Contohnya Ali menunggu Abu dari pagi hingga ke petang. | Kata ganti nama beliau digunakan untuk orang tua dan yang dihormati, lazimnya selagi seseorang itu bergelar (kerana pangkat dan gelaran seperti Datuk, Tan Sri dan sebagainya) beliau masih dihormati. | Lain-lain | 21.10.2009 |
apakah perbezaan YBhg. dato' dengan YB Dato' | YB ialah singkatan untuk Yang Berhormat dan YBhg. singkatan untuk Yang Berbahagia. Panggilan hormat untuk orang yang mendapat gelaran Dato' ialah Yang Berbahagia (YBhg.) tetapi sekiranya individu tersebut seorang wakil rakyat atau lain-lain boleh dipanggil sebagai YB Dato' | Lain-lain | 08.02.2018 |
1.Penggunaan istilah yang tepat untuk "Yang berusaha"dengan "Yang Berbahagia: dalam salutasi semasa ucapan. | Yang Berbahagia digunakan untuk mereka yang bergelar Tan Sri, Puan Sri, Datuk Seri, Datin Seri, Datuk Paduka, Datin Paduka, Dato, Datuk dan Datin (yang bukan wakil rakyat). "Yang Berusaha" lazimnya digunakan untuk individu yang memainkan peranan penting dalam menjayakan sesuatu majlis atau kegiatan yang dianjurkan. Terdapat juga pihak menggunakan sapaan kehormat "Yang Berusaha" untuk pegawai tinggi kerajaan yang kanan tetapi tiada gelaran warisan atau kehormat.
| Lain-lain | 07.10.2016 |
Salam, bagaimanakah cara penulisan kata sapaan untuk seseorang yang berpangkat CEO syarikat swasta dan bergelar Tuan Haji? Adakah Yang Berusaha atau YBhg? | Yang Berusaha. Sapaan 'Yang Berbahagia' hanya digunakan untuk orang-orang yang bergelar seperti Tan Sri, Datuk Seri, Datul dan seumpamanya yang bukan menyandang tugas wakil rakyat. | Istilah | 01.03.2019 |
Apakah kata panggilan untuk Tuan Pengetua?Yang mana lebih tepat "Yang Berbahagia" atau "Yang berusaha".Tolong jelaskan | Gelaran 'Yang Berusaha' lebih tepat kerana 'Yang Berbahagia' lazimnya digunakan untuk mereka yang bergelar Tan Sri, Puan Sri, Datuk Seri, Datin Seri, Datuk Paduka, Datin Paduka, Dato, Datuk dan Datin (yang bukan wakil rakyat). | Lain-lain | 16.03.2012 |