Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
walau (kata tugas)
Bersinonim dengan dan sekiranya, dan jika, biar, pun, biarpun, kendati, meski, meskipun.,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
ingin tahu ejaan sebenar untuk perkataan 1) walau bagaimanapun (walau dan bagaimanapun - jarak atau berjauhan) 2) Al-Mulk (al mulk atau al-mulk)

1) walau bagaimanapun (jarak)

2) al-Mulk 

Lain-lain07.09.2009
Salam, yang mana betul: (1) walau pun atau walaupun; (2) apa pun atau ataupun; (3) walau apa pun atau walau apa-apa pun. Terima kasih.Ejaan yang betul ialah:
1) walaupun
2) apa pun
3) walau apa pun
Ejaan15.07.2024
Saya ingin meminta nasihat penggunaan perkataan berikut perlu dijarakkan atau disambungkan :- 1. Walau bagaimanapun 2. Diambilkira 3. Digunapakai

Perkataan tersebut dieja terpisah sebagai dua perkataan.

1. Walau bagaimanapun

1. Diambil kira

3. Diguna pakai 

Istilah16.11.2009
SAYA INGIN BUAT PENGESAHAN TENTANG EJAAN BAGI PERKATAAN : 1. WALAU BAGAIMANAPUN 2. WALAUBAGAIMANAPUN YANG MANA SATUKAH EJAAN YANG BETULEjaan yang betul ialah "walau bagaimanapun".Ejaan24.06.2016
Assalam & Selamat sejahtera, Tuan/Puan, Saya ingin tahu perkataan “di lebih” / “dilebih” dijarakkan atau rapat? Contoh: 1. Walau di mana jua anda berada, nikmati perkhidmatan tanpa sempadan kami dilebih 4,500 Ejen Bank Berdaftar BSN di seluruh negara. 2. Walau di mana jua anda berada, nikmati perkhidmatan tanpa sempadan kami di lebih 4,500 Ejen Bank Berdaftar BSN di seluruh negara. Mohon tunjuk ajar. Terima kasih.Untuk makluman tuan "di" boleh berfungsi kata sendi nama dan imbuhan. "Di' sebagai kata sendi nama hadir di hadapan kata nama seperti di Kuala Lumpur dan di rumah serta dieja terpisah. "Di' sebagai imbuhan dieja bersambung seperti dibuat, dimakan dan dilihat. Dalam ayat contoh yang diberikan kedua-dua "di" berfungsi sebagai kata sendi nama dan dieja terpisah.Tatabahasa04.10.2013
Pada dasarnya 31.12.2000 ialah akhir alap kedua, ini bermakna pada 1.1.2001 bermulalah alap ketiga. Walau bagaimanapun ramai orang menyebut tahun 2001 hingga sekarang sebagai alap baru. Adakah kemungkinan manusia yang hidup alap ini akan hidup pada alap keempat iaitu 1.1.3001? Pakar-pakar bahasa, ahli-ahli politik sepatutnya berhati-hati menggunakan istilah-istilah baru kerana dikhuatiri akan menjadi ikutan generasi muda. Pada masa ini telah menjadi lumrah penggunaan bahasa Melayu dan Inggeris dicampuradukan. Siapa harus dipersalahkan ?saya bersetuju dengan pandangan tuan tersebut. Perkara seperti ini mungkin wujud disebabkan berlakunya salah faham dalam kalangan masyarakat kita pada masa kini.Tatabahasa16.09.2007
Pertanyaan 1 1) Pokok bunga itu _____________ oleh tukang kebun itu supaya kemas. a) ditebang b) dicantas c) ditetak d) dipangkas Pertanyaan: adakah soalan di atas mempunyai lebih daripada satu jawapan berdasarkan kepada konteks soalan? mohon pencerahan. Isikan tempat kosong dalam petikan dengan perkataan sesuai. "Sebagai rakyat Malaysia, kita mestilah sentiasa menunjukkan rasa sayang __________ negara. Kita juga mesti mempertahankan keamanan dan kedaulatan Malaysia supaya dapat dinikmati oleh generasi yang akan datang." Pertanyaan: adakah sendi nama "kepada" jawapan yg betul dan adakah "terhadap" mempunyai makna yang sama dalam konteks ini. Bolehkah kedua-dua jawapan (kepada/terhadap) diterima?1) Pokok bunga itu dicantas/dipangkas oleh tukang kebun itu supaya kemas. Cantas dan pangkas bermaksud dipotong hujungnya supaya cantik.

2) "Sebagai rakyat Malaysia, kita mestilah sentiasa menunjukkan rasa sayang akan negara. Kita juga mesti mempertahankan keamanan dan kedaulatan Malaysia supaya dapat dinikmati oleh generasi yang akan datang." Pernyataan bersifat emotif dan didahului oleh kata adjektif, lazimnya menggunakan kata sendi nama akan. Walau bagaimanapun, boleh juga menggunakan kata sendi nama kepada atau terhadap dalam konteks ayat tersebut.

Tatabahasa18.06.2015
ejaan yang betul bagi perkataan berikut jasa baik atau jasabaik keretapi atau kereta api walau bagaimana pun atau walau bagaimanapunEjaan yang betul bagi perkataan:
1. jasa baik
2. kereta api
3. walau bagaimanapun
Ejaan08.07.2014
walaubagaimanapun atau walau bagaimanapun atau walaubagaimana pun atau walau bagai mana pun. yang mana betul diantara berikutEjaan yang betul ialah walau bagaimanapun. Ada dua cara menulis partikel pun. 1) Kata pun berfungsi sebagai kata tugas yang bererti juga ditulis terpisah daripada kata yang ada di sampingnya. Contohnya: i) Jika dia pergi, saya pun pergi. ii) Jangankan dua kali, sekali pun engkau belum pernah datang ke mari.  2) Ada beberapa perkataan yang ditetapkan ejaannya supaya ditulis serangkai dengan partikel pun, antaranya: adapun, andaipun, biarpun, kendatipun, mahupun, sekalipun, walaupun, ataupun, bagaimanapun, kalaupun, lagipun, meskipun, sungguhpun. Contohnya: Walau bagaimana marah sekalipun dia tidak pernah menengking anaknya. Sila rujuk buku Panduan Ejaan Rumi Bahasa Melayu, terbitan DBP.Ejaan18.05.2011
Selamat sejahtera. Soalan 1 Ayat 1: Kanak-kanak bermain di taman permainan dengan gembira. Ayat 2: Kanak-kanak bermain di taman permainan dengan gembiranya. Ayat 1 dan Ayat 2, yang manakah ayat yang betul? Soalan 2 Ayat 1: Ayah memandu kereta ke pejabat dengan cermat. Ayat 2: Ayah memandu kereta ke pejabat dengan cermatnya. Ayat manakah yang betul? Soalan 3 Adakah perkataan "dengan" hanya boleh digunakan sebagai kata sendi nama? ataupun "dengan" juga boleh digunakan sebagai kata hubung? Sila berikan contoh. Terima kasih.

1. Ayat “Kanak-kanak bermain di taman permainan dengan gembira” dan  “Kanak-kanak bermain di taman permainan dengan gembiranya”, kedua-duanya betul.1">

2. Ayat “Ayah memandu kereta ke pejabat dengan cermat” dan “Ayah memandu kereta ke pejabat dengan cermatnya”, kedua-duanya betul.1">

3. Kata “dengan”  boleh digunakan sebagai kata hubung dan kata sendi nama. Walau bagaimanapun, penggunaannya bergantung pada konteks ayat.
Tatabahasa05.10.2022
12345678910...

Kembali ke atas