Salam Sejahtera, Saya ingin tahu ejaan 'walaubagaimanapun' di eja sebagai walau bagaimana pun @ walaubagaimana pun? | Walau bagaimanapun. | Tatabahasa | 26.08.2009 |
walaubagaimanapun atau walaubagaimana pun? | Ejaan yang betul ialah "walau bagaimanapun". | Ejaan | 14.09.2011 |
"Walau bagaimanapun" atau "Walaubagaimana pun" yang mana lebih tepat? | Ejaan yang betul ialah "Walau bagaimanapun". | Ejaan | 02.01.2025 |
EJAAN TERKINI BAGI PERKATAAN BERIKUT : 1. WALAUBAGAIMANA PUN 2. KE12 3. KOLESTROL 4. BERTERIMAKASIH | Ejaan terkini bagi perkataan-perkatan berikut: - Walau bagaimanapun
- ke-12
- Kolesterol
- Berterima kasih
| Ejaan | 20.04.2011 |
1. Minyak Diesel atau minyak diesel. Adakah ianya nama khas atau nama am ? 2. Ejaan yang betul. Adakah Walau bagaimanapun atau walaubagaimana pun ? 3. Tadbir urus atau urus tadbir ? | 1. minyak diesel 2. walau bagaimanapun 3. Yang betul ialah tadbir urus bagi padanan "governance". | Ejaan | 12.02.2015 |
Assalamualaikom, Saya ingin tahu mana satu ejaan yang betul bagi perkataan berikut:- 1. berkait rapat ...atau berkaitrapat... 2. hubungkait... atau hubung kait.... 3. walaubagaimana pun... atau walau bagaimana pun... 4. Bolehkah sesuatu ayat itu dimulakan dengan perkataan Oleh yang demikian... atau pun Dan....... terima kasih. | Ejaan yang betul ialah berkait rapat, hubung kait, dan walau bagaimanapun. Ayat boleh dimulakan dengan "oleh yang demikian" dan tidak boleh dimulakan dengan "dan". | Ejaan | 14.07.2010 |
walaubagaimanapun atau walau bagaimanapun atau walaubagaimana pun atau walau bagai mana pun. yang mana betul diantara berikut | Ejaan yang betul ialah walau bagaimanapun. Ada dua cara menulis partikel pun. 1) Kata pun berfungsi sebagai kata tugas yang bererti juga ditulis terpisah daripada kata yang ada di sampingnya. Contohnya: i) Jika dia pergi, saya pun pergi. ii) Jangankan dua kali, sekali pun engkau belum pernah datang ke mari. 2) Ada beberapa perkataan yang ditetapkan ejaannya supaya ditulis serangkai dengan partikel pun, antaranya: adapun, andaipun, biarpun, kendatipun, mahupun, sekalipun, walaupun, ataupun, bagaimanapun, kalaupun, lagipun, meskipun, sungguhpun. Contohnya: Walau bagaimana marah sekalipun dia tidak pernah menengking anaknya. Sila rujuk buku Panduan Ejaan Rumi Bahasa Melayu, terbitan DBP. | Ejaan | 18.05.2011 |