Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata walk


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam. Apakah terjemahan tepat bagi istilah bahasa Inggeris "space walk"? Space walk merupakan salah satu aktiviti luar kenderaan yang dilakukan angkasawan bagi menyelenggara atau menjalankan operasi di luar stesen angkasa, yang melibatkan mereka 'berjalan' di ruang angkasa lepas. Terima kasih.Kami mencadangkan padanan istilah dalam bahasa Melayu seperti yang berikut:

space walk - jejak angkasa

Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang tertentu.
Lain-lain22.06.2021
Salam Sejahtera. Saya ingin minta bantuan pihak Tuan untuk beri terjemahan Bahasa Melayu untuk perkataan "walk-in". Ia tiada dalam pangkalan data prpm. Contohnya, "walk-in closet" atau "walk-in interview". Terima kasih.Istilah bahasa Melayu untuk "walk-in interview" ialah temu duga jumpa terus. untuk makluman, belum ada istilah bahasa Melayu ynag khusus untuk "walk-in closet". Walau bagaimanapun, padanan bahasa Melayu yang dicadangkan ialah bilik almari pakaian atau ruang almari pakaian.Istilah24.10.2016
Salam sejahtera, Apakah terjemahan yang sesuai bagi "walk-thru"? Contoh ayat: The Walk-Thru cannot be played Mohon pendapat DBP. Terima kasih.Tiada maklumat walk-thru dalam pangkalan data kami, kecuali data walk through. Untuk maklumat lanjut, sila lihat walk+through&d=346196&#LIHATSINI">http://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=walk+through&d=346196&#LIHATSINI.Penyemakan dan penterjemahan17.08.2017
walk in seminarseminar terbukaLain-lain28.07.2008
1)'walk-in banking' 2)'walk-in 10 minutes banking'1)urusan di bank boleh siap dalam tempoh 10 minit 2)perbankan pantas dalam masa 10 minitTatabahasa07.06.2011
terjemahan dalam bahasa Melayu untuk walk in. Contoh: Warga emas dibenarkan walk in untuk mendapatkan suntikan vaksin.Kami mencadangkan walk-in diterjemahkan sebagai "jumpa terus". Namun, padanan ini bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang atau laras bahasa.Istilah21.02.2022
Saya menghadapi masalah dengan terjemahan WALK -IN SHOWER. Adakah menggunakan BILIK MANDI PANCURAN LUAR terjemahan yang tepat atau PANCURAN KHAS ? Saya percaya Pancuran Khas adalah lebih tepat, minta bantuan pihak Tuan merujuk ayat-ayat di bawah: 1. Complete with double King size bed, walk-in shower and separate bath as well as those all important extra Mal ingredients. 2. Every suite at Hotel Skyler in Syracuse has a private bedroom, safe, iron/ironing board, iHome clock radio, walk-in shower, flat-panel TV, HDTV, and free high-speed wired and wireless internet. All suites also have a refrigerator and desk, and all are smoke-free. 3. If you want to build a custom walk-in shower with curved walls, for example, you will use a custom-floated concrete shower pan. Terima kasih.Untuk makluman puan, dalam data kami tiada padanan khusus dalam bahasa Melayu bagi perkataan "Walk In Shower". Berdasarkan carian kami, perkataan "walk in shower" boleh diterjemahkan kepada "pancuran mudah alih".Istilah17.10.2013
SIDE WALKKAKI LAIMIstilah14.01.2011
Apa perkataan yang sesuai untuk digunakan untuk 'Walk-in-wardrobe' dalam bahasa Malaysia? Walk-in-wardrobe adalah satu bilik (seperti almari) dalam rumah seseorang yang hanya digunakan untuk menyimpan koleksi pakaian.Cadangan terjemahan ialah bilik pakaian.Istilah03.04.2008
Apakah terjemahan untuk terma 'Elephant Walk' iaitu salah satu formasi yang digunakan oleh tentera udara?Kami mencadangkan elephant walk diterjemahkan sebagai "langkah gajah". Namun, padanan ini bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang atau laras bahasa.Istilah27.03.2022
123

Kembali ke atas